Karnival Pendidikan Sinar Bestari merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor bakal berlangsung bermula 8 hingga 10 September 2023 bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Karnival yang mengetengahkan konsep memacu pendidikan generasi digital itu memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dan guru mengenai pembelajaran luar bilik darjah.
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan. Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar Bestari; dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
Ads
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan
dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga Masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Dalam pada itu, Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba; Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Ads
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Ads
Turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat, crossword puzzle dan banyak lagi. Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bakal merasmikan Karnival Pendidikan
Sinar Bestari pada Jumaat, 8 September 2023, pukul 3 petang.
“Selain guru dan pelajar, karnival ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk membawa anak mereka sekali gus menyaksikan pelbagai pameran menarik secara percuma,” katanya.
Nak gembirakan pasangan tak semestinya dengan hadiah atau benda yang mahal. Kalau kena gayanya benda simple pun sudah boleh buat si dia tersenyum lebar. Seperti yang dikongsikan oleh seorang suami, Ijal Rizal Rohani di Facebook.
Sang suami ini dengan kreativiti yang ada membuat tempat menyimpan kuali untuk isterinya secara DIY, menggunakan peralatan yang mudah didapati dengan bajet yang murah.
Simple tapi sangat berguna untuk menyimpan segala kuali di rumah supaya dapur kelihatan kemas dan tersusun. Semoga bermanfat untuk dicuba!
Diy tmpt simpan kuali/periuk Smlm birthday kesayangan hamba Cek Berry @hakakmisi kiranya ni salah 1 hadiah birthday pkp 2020 utk dia lerrr… Sonyom lebar dio mlm td…cammnia cap eh👍🏼 Alhamdulillah😉
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menarik yang dikongsikan oleh Persatuan Muafakat Johordi facebook mengenai cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Kelebihan Bawang Putih
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalu beli cili boh kat supermarket, simpan tak sampai seminggu, dah berkulat & berbau. Padahal baru guna sekali dua untuk masak. Frust betul.
Nak tahu cara yang mudah nak simpan cili tahan lama, ni caranya.
Langkah Demi Langkah Buat Cili Kisar Tahan Hingga 3 Minggu. Elok Je Dalam Peti Asi Tak Berbau Dan Berkulat.
So meh Kak Izz tunjuk cara buat cili boh yang boleh tahan lama sampai 3 minggu tau. Elok je dalam fridge tak kulat & tak berbau. 1. Gunting cili kering kecik-kecik. Senang nak bagi biji cili tu keluar. 2. Dah siap, tampi guna penapis. Part ni paling best. Puas hati bila tengok biji keluar. 3. Rebus cili kering. Tambah sesudu garam. Rebus dalam 15-20 minit. 4. Lepas rebus, air rebusan tu buang. Tengok air rebus tu kadang-kadang hitam kan. So buang, bilas dengan air, nanti ada lagi saki baki biji terkeluar. 5. Kisar macam biasa. Tambah air ikutlah boleh blend (Kak Izz guna air Coway suhu biasa). Tambah sesudu minyak masak. Ni petua Ibu untuk kasi tahan lama. 6. Dah siap botolkan. Kak Izz asing-asingkan dapat 3 botol, so kalau nak masak guna satu-satu dulu. Heee. Selamat mencubaaaaa.
Edit : Kalau nak guna chopper pun boleh juga. Tapi make sure cilinya pilih betul-betul. Kadang-kadang ada tangkai, tamouk cili, habuk guni & pernah terjumpa gumpal rambut. Takut nanti termakan sekali.
Kredit: Fadiznuur Mohd Zin via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.