Temui Ajal Akibat Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh. Abi & Ummi Beri Ciuman Terakhir Untuk Anak Kesayangan Khaleel Islam!

Share

Tular di media sosial tentang kisah seorang anak kecil berusia 14 bulan  yang menemui ajal di rumah pengasuh gara-gara terjatuh katil. Pelbagai reaksi orang ramai bila mendengar dan mengetahui adanya berlaku kes-kes seperti ini.

Emosi warganet ramai yang tumpang bersedih dengan meluahkan rasa simpati dan tidak putuh-putus mendoakan agar ibu dan ayah mangsa agar sabar menerima dugaan ini.  Apatah lagi perasaan warganet bertambah tersentuh bila melihat status fb ayah mangsa iaitu Ehafizuddin Musa dengan caption Ciuman Terakhir. Ini perkongsiannya.

CIUMAN TERAKHIR

Ini lah ciuman abi Dan ummi yang terakhir untuk anak kesayangan abi KHALEEL ISLAM

Assalamualaikum semua sahabatku yang mulia. Sudilah sedekahkan bacaan alfatihah untuk anak ku khaleel Islam bin Mohamad Ehafizuddin yang sudah kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya adik khaleel ini penghuni syurga ..yang pasti akan berbakti kepada org tuanya kelak..adik panggillah abi Dan ummi nanti di pintu syurga..Abi Dan ummi akan tunggu panggilan adik.

Terima kasih Allah pinjam kan rezeki yang tidak ternilai ini Selama 1tahun 2bulan 29 Hari. Abi Dan ummi serta kakak dhuha sangat gembira dengan kehadiran adik..kami pasti akan rindu semua gelagat adik. Besar Ujian ni dik tapi Abi Dan ummi redho pemergian adik dan yakin dengan qadar Dan qada’ Allah.

Rehatlah adik. Buat Sahabatku mohon doakan kami kuat menghadapi dugaan besar ni.

Menurut laporan Sinar Harian, Ehafizuddin adalah bapa kepada bayi lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari katil rumah pengasuhnya di Paka, Dungun dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Mangsa Khaleel Islam yang berusia 14 bulan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, bayi tersebut mengalami pendarahan dan keretakan tulang di kepala selepas dikatakan terjatuh dari katil ketika bermain di bilik tidur pengasuhnya yang berusia 24 tahun.

“Suspek memaklumkan mangsa sedang bermain sambil melompat-lompat sebelum cuba mengambil kepala pengecas telefon yang terjatuh dan terjatuh secara terlentang ke belakang lalu kepalanya terhentak di lantai,” katanya.
Kes di siasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian, namun iada sebarang tangkapan dibuat setakat hari ini.

Meninjau di  laman Facebook, Ehafizuddin memuat naik foto kucupan terakhir untuk anaknya selain reda atas pemergian bayi tersebut sebelum membawa pulang jenazah ke Ketengah Jaya, Terengganu.

Ujarnya, “ALHAMDULILLAH..Arwah adik khaleel Islam bin mohamad ehafizuddin telah Selamat dikebumikan.. sesungguhnya sangat mudah perjalanan adik. Terima kasih semua yang terlibat dan mendoakan wahai sahabatku yang mulia. Selamat tinggal adik. Jumpa abi Dan umi di syurga”

Sumber : Ehafizuddin Musa Apihje & Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club