Tempe enak dimasak dengan pelbagai menu, sama ada digoreng, dimasak sambal, dijadikan bahan tambahan untuk masakan sayuran dan pelbagai lagi menu dapat dihasilkan dengan menggunakan tempe.
Pun begitu, walau ramai yang tahu cara memasak tempe dalam pelbagai citarasa, namun tidak semua antara kita tahu cara atau proses membuat tempe ini.
Diharapkan dengan perkongsian daripada Puan NorAinon Othman ini dapat membantu untuk sesiapa yang ingin mencuba menghasilkan sendiri tempe homemade. Jom semak.
Projek PKPB ~ CARA BUAT TEMPE
Saya tak ada la pakar pun buat tempe. Baru je cuba dan tak sangka eksperimen saya berjaya.
Di sini saya kongsikan cara buat tempe supaya kawan-kawan pun boleh buat sendiri.
Tak perlu minta izin nak share, ambil saja semoga perkongsian ini bermanfaat.
Saya cari maklumat di google dan minta sedikit panduan dari rakan fb yang asyik tayang eksperimen dia buat macam-macam jenis tempe. Intan la tu…
Resipi buat tempe ni saya olah ikut kesesuaian dan kaedah yang memudahkan kerja saya.
Tempe dibuat melalui proses pemeraman dengan ragi tempe. Jadi jangan guna ragi tapai pulak tau…
Ads
Antara khasiat tempe ialah mencantikkan kulit dan rahsia awet muda, membantu menurunkan berat badan dan kolestrol.
Saya suka makan tempe goreng cicah sambal kicap, buat sambal goreng jawa atau bahan sampingan dalam sambal terung dan kentang. Boleh juga buat sambal tempe, lontong dan lodeh (kalau rajin).
Bahan-bahan :
1 kilogram kacang soya
* Kalau dapat, beli kacang soya Kanada. Ada jual di pasar raya dan di Shopee
1 sudu besar @ sudu makan ragi tempe
* Boleh beli di Shopee, murah je, boleh guna banyak kali
1 sudu besar cuka makan Kertas pembungkus makanan
Cara buat:
1. Mula-mula rendam kacang soya semalaman. Kalau nak senang, malam sebelum nak tidur, rendam dulu, tutup dengan tudung saji.
Bilas kacang soya yang sudah kembang dengan air beberapa kali sehingga bersih.
Ads
2. Rebus setengah jam dengan api sederhana sehingga menggelegak.
3. Bilas dan ramas-ramas untuk menanggalkan kulit kacang sehingga 70 peratus. Biar kacang pecah terbahagi dua pun tak apa. Ketika proses mengasingkan kulit, biarkan sehingga kacang terendam kerana kulitnya akan terapung sebab ringan.
Kaup dengan penapis dan bilas beberapa kali sehingga bersih. Kulit kacang boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman. Nanti tempe dapat, pokok pun kebaboom sebab soya bertindak sebagai booster yang menyuburkan tanaman.
4. Rebus sekali lagi kacang soya sehingga menggelegak. Masukkan 1 sudu besar cuka supaya tempe kita nanti tahan lebih lama.
5. Buang air, bilas hingga bersih.
Ads
6. Toskan dan letakkan kacang dalam dulang untuk proses pengeringan. Seeloknya ratakan dalam dulang besar supaya kacang cepat kering. Saya malas nak tunggu lama, jadi saya keringkan di hadapan kipas selama 3 jam sehingga warnanya kekuningan.
Sambil tunggu kacang kering, boleh la buat kerja lain dulu. Boleh juga jemur kacang di bawah sinaran matahari. Pastikan betul-betul kering ye… Kalau tidak, nanti tempe tak jadi.
7. Gaul kacang dengan 1 sudu makan ragi tempe. Saya gaul guna sarung tangan sebab tak mau kacang banyak kena tangan sebab nak buat tempe ni kena pastikan betul-betul bersih. Basuh dulu sarung tangan sehingga kering baru guna.
8. Kemudian boleh la dibungkus ikut saiz dan cita rasa masing-masing. Saya guna kertas pembungkus makanan sebab senang nak dapat.
9. Simpan dalam suhu bilik. Dalam proses pemeraman, kacang akan berpeluh dan kalau kita sentuh, akan rasa panas macam orang demam .
10. Selepas 20 jam, kita boleh lihat hasilnya. Kacang soya sudah berkabut serangkai mawar. Jadilah tempe yang putih mulus dan kacangnya juga sudah lembut dan dah boleh dimakan.
11. Kalau nak tahan lama, tempe yang dah jadi tu bolehlah disimpan dalam peti sejuk supaya proses fermentasi dapat diperlahankan. Kalau tidak, nanti tempe cepat matang dan jadi tempe busuk.
sumber : NorAinon Othman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika anda ingin membakar kek chiffon agar nampak cantik dan bahagian atas kek tidak terlihat hangus, ada trik yang boleh anda lakukan ketika membakar kek.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat.
Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.
Ini perkongsiannya.
KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)
Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas
Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh
Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.
*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing
* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus
*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kek
* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..
Sumber : Khatijah Mamat via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Crab stick selain enak dijadikan perencah dalam masakan, sebenarnya sedap dan cukup menyelerakan jika digoreng dengan salutan tepung istimewa yang cukup mudah disediakan.
Ini sebagaimana perkongsian resipi crab stick yang viral di page masakan di Facebook baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan, nyata hidangan yang disediakan itu nampak cukup menyelerakan. Sekali gus membuatkan sesiapa pun teruja dan teringin untuk mencubanya.
Apatalah lagi andai naham-bahan telah sedia ada di rumah dan anak-anak sememangnya gemar makan crab stick, jadi apa kata anda sediakan menu ringkas ini untuk dinikmati bersama-sana.
Cara penyediaan
1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)
2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.
4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.