Hendak goreng tempe supaya lembut di dalam dan rasa manis bila dimakan ada acaranya. Nak goreng tempe ada caranya, kena tahu tip yang betul. Kalau tak nanti hasilnya keras bila sudah digoreng dan jadi tidak sedap.
Tempe goreng paling sedap dimakan bersama sambal kicap.
INFO TENTANG TEMPE:
*Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
*Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.
*Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.
Ads
KHASIAT TEMPE:
Untuk dapatkan tempe goreng yang dalamnya lembut dan sedap macam makan kacang rebus boleh guna tip yang dikongsi oleh Norizam Salina. Selain itu tip ini juga akan membuatkan tempe jadi garing di luar. Barulah ‘syok’ makan.
Ads
Jika mahu buat tempe goreng yang sedap, lembut dan tak keras dalamnya guna cara ini;
Rasa Manis, Anak-anak Mesti Suka
1. Potong tempe dan rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit sudah cukup untuk naikkan rasa lemak.
Ads
2. Rendam selama 30 minit atau satu jam kemudian boleh goreng seperti biasa.
3. Hasilnya tempe goreng akan jadi lembut di dalam, sedap dan manis rasanya macam makan kacang rebus. Cara ini juga buat tempe garing di luar, memang ralit makan.
Tip tempe goreng lagi sedap:
Boleh juga tumbuk sedikit ketumbar dan bawang putih kemudian gaul dengan tempe sebelum digoreng.
Biasanya kalau hendak memasak, boleh dikatakan ambil masa yang lama hingga berjam-jam seseorang itu perlu berada di dapur. Apa tidaknya, bermula dari proses penyediaan bahan hinggalah proses memasak, semua itu memerlukan masa untuk disiapkan.
Ini jelas sekali proses memasak itu walau nampak mudah tapi boleh juga meletihkan.
Tidak mahu berasa penat setiap kali memasak, jadi apa kata kita ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Khabbab Jamalludin ini.
Kalini nak share kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena simple dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air: bawang 1:3
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.
*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza.
Kecur air liur rasanya bila sebut laksa di bulan puasa. Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian di hari raya nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan SedapUntuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang pernah makan Nasi Crispy Beef kawasan Wangsa Maju pastinya teringin nak menikmati hidangan ini. Sudah tentu keenakan hidangan ini, membuatkan ramai yang ‘mengidam’ menu ini.
Disebabkan dalam tempoh PKP tentu kita tidak boleh bergerak bebas dalam jarak untuk ke kedai. Buat yang ingin memcuba hidangan ini, apa kita buat sendiri di rumah.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju(kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri. Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan Bahan-bahan: (3-4 orang makan) 400g daging 1 biji bawang Holland 2 sudu besar kicap cair 1 butir telur 2 ulas bawang putih 1 sudu empingan cili 1-2 cawan tepung jagung 1 sudu besar lada sulah 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar cuka 1 sudu besar bijan(disangai) Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat.
Cara masak nasi bawang
Di kedai kawan saya tu Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef
Cuci beras. Letak bawang goreng dan minyaknya. Masukkan garam. Letak sikit mentega atau ghee jika mahu. Tanak nasi macam biasa dalam “rice cooker”.
Cara masak Crispy Beef
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kanji/kentang(potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang(cara masak nasi bawang ada di ruangan komen).