Sejak kerajaan membenarkan rentas negeri dalam tempoh PKPP, rata-rata ibu bapa bertanya mengenai tempat percutian menarik untuk dilawati. Sebenarnya pencarian “tempat percutian menarik” adalah carian yang paling femes pada ketika ini.
Tentu antara kita tak sabar untuk bawa anak-anak pergi bercuti setelah lebih tiga bulan tidak ke mana sejak penularan covid.
Namun walaupun mendapat kebenaran untuk ke tempat percutian, kita masih tetap kena jaga SOP terutama hal penjarakkan, kebersihan diri dan pastikan suhu diukur agar sihat.
Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik tentunya memilih pulau sebagai destinasi.
Begitulah juga dengan kisah Dr Taufiq Razif yang berkongsi pengalaman ketika di Pulau Perhentian, Terengganu bahawa, inilah waktu sesuai untuk bawa keluarga apabila ketiadaan pelancong asing. Katanya, kebiasaan pulau sebegini dikunjungi pelancong yang bercuti dengan pakaian menjolok mata kini sebaliknya pulau ‘selamat’ untuk anak-anak tanpa kehadiran mereka.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Pulau Perhentian tanpa mat saleh gais!
Bagi saya ni masa terbaik kalau nak bersantai, mandi manda dan snorkeling bersama keluarga di Pulau sebab saya boleh kata 90% tempat di Pulau Perhentian ni tak ada mat saleh!
Tak ada dah adegan tutup mata pasangan. Tak ada dah adegan kena mengucap panjang. Tak ada dah adegan kena tunduk mata ke pasir pantai bila nak lalu kawasan yang penuh mat saleh berjemur separa bogel.
Yang mat saleh 10% ni pun ada sebab depa terperangkap masa PKP kot dan mereka terus je stay sini. Rasanyalah.
SOP penjarakkan sosial kat sini pun bagus. Masa sampai ke sini mereka akan buat briefing dulu. Tak boleh duduk rapat rapat, jaga jarak dan kalau ada demam kena lapor.
Mereka juga akan periksa suhu semua yang datang ke sini. Suhu staff mereka pun mereka ambil setiap hari. Memang mereka jaga sebab kesihatan dan keselamatan kita sumber pendapatan mereka semua.
Nak je minta kerajaan letak papan tanda ‘ Dilarang Seksi, Corona Menanti’ di pulau ni biar kita boleh ke sini sesuka tanpa halangan dah nanti.
Serius indah sungguh pengalaman ke Pulau Perhentian kali ini.
Kredit:Taufiq Razif