Bila anak ketagih main telefon memang kesannya bahaya kepada mindanya. Paling menyedihkan bila ibu bapa biarkan anak-anak bermain telefon ketika berada di dalam kawasan ibadat. Bukan sahaja ditempat meja makan sahaja tidak digalakkan, begitu juga dengan masjid.
Perkongsian Dr Taufik Razif ada benarnya. Moga kita muhasabah diri.
……………………………………………………………
Sedih saya bila nampak ramai kanak-kanak duk main henfon masa imam tengah khutbah tadi.
Paling sedih bila nampak 3 orang kanak kanak yang duduk dalam satu barisan saf dengan penuh khusyuk mengadap skrin henfon masing-masing tanpa pedulikan saya yang menjeling mereka.
Rasanya mereka tengah berlawan sesama sendiri dalam game tu kot! Ye, semasa khutbah jumaat sedang berlangsung!
Ada juga di belakang saf sana ada anak anak yang main game sambil tunggu khutbah jumaat selesai.
Ads
JANGAN JADI TREND SUDAH
Benda ni dah jadi trend baru ke? Hilangkan bosan dengar khutbah dengan main game?
Sebak saya. Kenapa bagi anak anak yang belum ada self control yang matang bawa smartfon ke masjid? Dah la tengah khutbah jumaat tu.
Anak anak kita ni dah la jarang dapat ‘sentuhan rohani’ di rumah. Sekurang kurangnya bagi la mereka peluang untuk dapatkan pengisian rohani tu di masjid tiap jumaat.
Ads
Kosong anak kita tu nanti kalau hati dan rohaninya tak diisi!
” Aduh! Saya nak buat macam mana. Anak saya macam dah ketagih dah dengan henfon ”
Allahu..wahai ayah..wahai ibu..
Memang henfon ni boleh membuatkan anak anak kita ketagih. Dopamine dalam otak mereka akan meningkat. Mereka akan jadi enjoy dan rasa tenang.
Anak Akan Terperangkap Dopamine Loop Bila Katagih Main Telefon. Doktor Ini Jelaskan Sebabny
Ads
Masalahnya, lama kelamaan mereka akan terperangkap dalam Dopamine Loop. Mereka jadi craving! Mereka nak lebih lagi. Bagi seminit, nak sejam. Bagi sejam nak sehari!
Sebab tu la tugas kita untuk bantu mereka kawal kemahuan mereka tu! Tu la kenapa mak ayah kena jadi LEADER kepada anak.
Mereka perlukan bimbingan kita.
Mereka perlukan keputusan kita.
Mereka perlukan ketegasan kita.
Ini je saya nak pesan..
” Jom tunjukkan kasih sayang kita dengan tak mengikut semua kemahuan anak kita Kita batasi kerana cinta. Kita batasi kerana kita taknak mereka binasa! ”
p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ?
t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami adalah tempat bergantung bagi seorang isteri, tanpanya disisi hidup seakan hilang arah jadinya.
Begitulah hakikatnya bila suami ‘pergi’ buat selamanya. Bukan mudah untuk lalui hidup secara bersendirian.
Apatah lagi dengan wang peninggalan KWSP yang dirasakan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan, bukan boleh dapat sederap pada isteri. Ada jalan kira-kiranya yang perlu dipatuhi dan memerlukan proses yang memakan masa.
Ini sebagaimana perkongsian lelaki ini ketika berbual dengan seorang kakak tentang wang KWSP suminya yang mencecah ratusan ribu ringgit. Jadi, bolehlah dijadikan peringatan dan sempadan untuk kita semua.
“Akak tak risau sangat kalau suami dah takda nanti. Sebab dia dah letak akak sebagai penama KWSP. Dalam KWSP dia ada RM100,000 juga lah.”
“Eh kak, penama KWSP bukan pemilik mutlak kak. Akak cuma orang yang dinamakan untuk tolong uruskan duit KWSP tu nanti.”
“Habis tu, siapa yang akan dapat duit tu?”
Terkejut akak tu.
“Hak akak 1/8 saja. Kalau 1/8 daripada RM100,000 cuma RM12,500. Tak banyak pun kak. Sebulan dua habis dah.”
“Sikit sangat tu. Biar betul kau ni. So, yang selebihnya dapat kat siapa pula?”
“Duit tu semua akan bahagi ikut faraid. Kalau ikut situasi akak, akak dapat RM12,500, ayah mertua akak dapat RM16,666, mak mertua akak dapat RM16,666, anak lelaki akak yang sorang tu dapat RM36,111, anak perempuan akak lagi sorang tu dapat RM18,055. Itu pun bukannya dapat terus duit tu.”
“Lama ke urusannya?”
“Biasa ambil masa bertahun-tahun jugalah baru setel. Itu pun depend kepada kerjasama daripada semua ahli waris faraid tu.”
“Betul lama tu. Macam mana anak nak survive dengan anak-anak still sekolah lagi. Dahlah akak ni surirumah.”
Bergenang dah air mata akak tu.
“Jangan nangis kak. Nasib baik akak tau awal pasal ni. Memang ramai orang tak tau pun kak. Selalu anggap KWSP dapat semua kat dia kalau suami letak nama dia sebagai penama.”
Untuk faraid ni setiap orang lain-lain tau. Boleh download app iFaraid Calculator. Masukkan detail keluarga kau. Nanti boleh tau % untuk setiap waris faraid kau.
Secara umum, pembahagian dia macam ni,
1) Ayah si mati: 1/6
2) Ibu si mati: 1/6
3) Isteri: 1/8
4) Baki akan dapat kat anak-anak. Anak lelaki dapat dua bahagian dan anak perempuan pula satu bahagian.
5) Kalau tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah si mati. Dan sekiranya ayah si mati tiada, maka adik beradik seibu sebapa si mati turut layak untuk dapat.
5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI
1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia tahu nombor PIN ATM. Baru tau?
2. Wang dalam KWSP suami bukan hak mutlak isteri walaupun dia adalah penama. Sebagai penama dia hanyalah Wasi untuk menguruskan wang tersebut untuk difaraidkan. Hanya 1/8 hak si isteri. Tak banyak pun kan?
3. Isteri tetap perlu wang untuk teruskan hidup bersama anak-anak sebelum proses faraid selesai. Survival mode on. Dah bersedia?
4. Isteri perlukan wang untuk pelbagai kos bagi menguruskan harta faraid tersebut seperti fee guaman, pengangkutan dan lain-lain.
5. Isteri perlukan wang bagi menebus harta daripada pihak lain yang berhak faraid ke atas harta tersebut, contohnya rumah yang tersimpan seribu kenangan bersama suami, kereta dan lain-lain. Ada dah ke duit untuk tebus harta tu?
Suami kena cerita pasal ni kat isteri masing-masing. Isteri anda bakal laluinya. Ramai betul isteri yang sengsara selepas kematian suami.
Padahal, kalau si suami sudi allocate RM40 sebulan pun dah boleh dapat buat Hibah Takaful pampasan RM50,000 kepada isteri. Kalau kematian suami sebab kemalangan, isteri akan dapat double, pampasan RM100,000.
Istimewa Hibah Takaful ni,
Pengganti gaji jika kematian suami.
Penerima hibah adalah pemilik mutlak.
Untuk langsaikan hutang.
Tiada kos guaman.
Tidak melalui proses faraid.
Sebagai contoh, komitmen bulanan RM3,000. Setahun sama dengan RM36,000.
Kalau ada Hibah Takaful pampasan RM100,000 boleh juga tampung komitmen bulanan RM3,000 tu selama 3 tahun.
Sediakanlah sedikit hibah takaful untuk mereka yang tersayang bagi memudahkan urusan mereka kelak.
Bolehlah mereka bernafas sementara nak tunggu urusan faraid tu selesai, mungkin ambil masa bertahun-tahun lamanya.
Suami outstation seminggu, bagi isteri duit belanja RM100 dah cukup. Tapi kalau suami “outstation” selama-lamanya takkan tak nak tinggalkan apa-apa, kan.
Isteri pujuklah suami masing-masing untuk buat Hibah Takaful ni selagi masih sempat.
Suami dan ayah yang baik, dia takkan tinggalkan isteri dan anak-anak melarat, merempat dan menderita.
Menjadi ketua keluarga bukanlah tugas yang mudah. Lelaki sebagai ketua rumah tangga perlu tunjukkan teladan yang baik terhadap anggota keluarga.
Bergelar suami atau ayah tentu ada cabarannya. Biarpun diuji, namun perlu kuat semangat dan emosi untuk memastikan keluarga mendapat kehidupan yang sempurna.
Begitulah luahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kerja kebajikkannya.
Setiap kali menghadapi halangan hidup, sentiasa memberi motivasi dalam diri bahawa dirinya perlu kuat demi keluarga.
Pesanan ayahnya juga sentiasa menjadi pendoman untuk teruskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan kerja kebajikannya.
_____________________
Pohon doakan buat ayah saya yer.. I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil jer. Katil ni boleh naikkan sikit. Dia kata saya nak solat atas kerusi. Beginilah kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat.
Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius. Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk mercedes. Kereta control. Saya masa tu happy sangat. Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian. Ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli ayamas. Makan bersama. Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
AYAH KUAT DEMI KELUARGA.
Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap 2 hari tulis surat pada ayah. Arwah Mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca.
Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah sakit. Dengan dapat cium tangan ayah jer dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya saya kan ‘ayah’.
PERANAN SEBAGAI AYAH
Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah. Saya kan suami. Saya kan hamba Allah. Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini. Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat. Selamanya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.
Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya. Tidak akan menimpa apapun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan.
Sumber: Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa,inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran. Tanpa mengira latar belakang keluarga itu sama ada daripada pendapatan tinggi atau rendah, masing-masing inginkan berharap anak-anak mendapat peluang pembelajaran yang sempurna untuk masa depan yang lebih cemerlang. Ia termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Baru-baru ini, syarat kemasukan SBP yang mengutamakan kepada golongan B40 ini telah memberi impak yang positif kepada warga ini. Walaupun mendapat pelbagai reaksi, namun hakikatnya ia mempunyai banyak memberi manfaat. Melalui perkongsian dilaman facebooknya sebentar tadi, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik melahirkan rasa terharu, apabila dapat membantu mengembalikan syarat SBP kepada warga B40 dan berharap generasi ini masa akan datang dapat membantu keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.
Saya tidak pernah menyangka, mengembalikan SBP kepada warga B40 adalah keputusan paling penting yang pernah dibuat semenjak saya masuk ke pejabat 8 bulan yang lalu.
Bumiputera yang kurang berkemampuan akhirnya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, untuk membantu mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka di masa depan.
Untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM1000, lebih dari 800 murid yang ditawarkan pada kemasukan kali ini bakal mengubah nasib keluarga mereka, untuk 10 tahun ke hadapan. Manakala untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM4000 pula, lebih dari 4000 murid ditawarkan tempat.
Bayangkan lebih dari 5000 keluarga, sebahagian besarnya adalah Bumiputera, bakal keluar dari kelompok B40 kerana diberikan peluang serta akses kepada pendidikan yang lebih baik dalam jangka masa 10 tahun ke hadapan.
Mereka ini, yang saya temui menjual maruku di kaki lima, yang menjual ikan di pasar, yang menoreh getah, sehinggalah yang cuma menternak ikan keli; mengucapkan terima kasih kerana membenarkan anak-anak mereka masuk ke sekolah berasrama penuh di seluruh negara. Mereka sangat bersyukur kerana anak mereka dapat masuk ke SBP.
Dan saya takkan lupakan senyuman mereka ketika bersalaman dengan saya.
Kerana saya percaya, di mata mereka, masa depan yang lebih cerah akhirnya mengetuk pintu rumah masing-masing.
Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...