Bercuti adalah salah satu bentuk riadah yang sering menjadi antara agenda wajib bila tibanya musim cuti sekolah. Rata-rata ibu bapa akan cuba meluangkan masa bersama anak-anak dengan bercuti di kawasan peranginan sama ada di dalam Malaysia mahu pun luar negara. Selain dapat mengisi masa cuti dan menggembirakan anak-anak, kita sebagi ibu bapa juga dapat ‘mencuri’ masa untuk berehat setelah puas bekerja sepanjang tahun.
Bertepatan dengan niat asal ingin bercuti bagi menenangkan minda, pemilihan lokasi dan hotel penginapan yang selesa menjadi keutamaan. Malah atas sebab ini juga kita akan mencari tawaran harga terbaik untuk memastikan pakej percutian kita sekeluarga tidak membebankan.
Hal ini menjadi suatu kelebihan untuk penjawat awam termasuklah pesara kerajaan menikmati kemudahan penginapan dengan kos yang murah
dan selesa di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) di kawasan-kawasan peranginan terpilih.Jika anda masih belum ketahui cara atau tip membuat tempahan, ikuti perkongsian salah seorang penjawat awam ini yang sering berpeluang membuat tempahan dan menginap di beberapa buah Rumah Peranginan Persekutuan. Semoga info ini memberi manfaat.
Ini menurut katanya:
“Saya dan keluarga boleh dikatakan sudah menginap di semua lokasi RPP yang ada di Semenanjung Malaysia.
“Sekarang saya nak kongsikan tip nak dapatkan tempahan RPP ni. Saya tahu ramai penjawat awam yang dah cuba nak mohon tapi sering kali hampa apabila semua tempahan dah penuh.”
Tip membuat tempahan
6. Bila nak buat tempahan, sila login waktu capaian internet anda laju dan tidak tersekat-sekat.
7. Bila nak tempah, anda lihat jadual tempahan tersebut dibuka, cuba login dan semak sehari sebelum tarikh tempahan dibuka, saya syorkan anda semak di waktu tengah malam.
8. Bila dah dapat tempahan, buat bayaran dengan segera supaya anda tidak terlepas peluang yang dah dapat. Jika bayaran tidak diterima dalam tempoh yang telah dinyatakan, anda mungkin dah susah nak dapatkan tempahan baru.
9. Bila dah dapat menginap di RPP, sila jaga segala peralatan yang ada di RPP. Pihak pengurusan RPP ada rekod mengenai diri anda. Jika terdapat sebarang laporan yang tidak baik semasa anda menginap di RPP, anda mungkin dah tak boleh di situ lagi.
10. Setiap seminggu sekali, anda cubalah untuk login dan semak kekosongan di RPP walaupun sebelum ini anda tengok semua RPP dah penuh ditempah. Ini adalah kerana ada kemungkinan mereka yang dah tempah sebelum ini tidak selesaikan bayaran atau membatalkan tempahan mereka.
11. Tip paling penting ialah jangan mudah putus asa. Sentiasa mencuba untuk dapatkan tempahan dan buat semakan selalu.
Sumber : hasrulhassan.com