Kisah percintaan antara anak Sheila Rusly dan adik Fasha Sandha pernah dilaporkan di media massa sebelum ini. Namun masing-masing mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, Sheila Rusly memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang memeluk seorang wanita yang mengenakan busana putih.
Dalam pada itu, wajah manis dan cantik Elisya turut dimuat jurumekap yang dikenali sebagai Ijoy yang menunjukkan pelakon berusia 22 tahun itu tampil menawan dalam busana putih itu.
Setiap orang tak sama perjalanan hidupnya, ada yang tinggal bersama, tak kurang ada yang terpaksa berjauhan dengan pasangan. Dengan kata lain, PJJ yakni perkahwinan jarak jauh.
Dan tidak semua orang mampu melalui perjalanan hidup berjauhan dengan pasangan lebih-lebih lagi jika ada anak. Bukan satu tugas yang mudah, kena bijak membahagikan masa.
Begitu pun, orang sekeliling terutama keluarga dan rakan-rakan perlu memberi sokongan dan tidak lokek menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
Namun tidak semua orang faham akan situasi PJJ. Demikian secebis kisah yang dikongsikan oleh Najibah Mustaffa menerusi laman facebooknya.
JANGAN SESEKALI UKUR KEHIDUPAN ORANG GUNA PEMBARIS KITA
Dulu masa saya PJJ dengan suami, tak jauh pun Kuantan – Temerloh. Sekitar 2 jam perjalanan. Bila saya bercerita perihal sukarnya saya PJJ, urus dua anak sendiri. Ada lah rakan sekerja yang memandang remeh keluhan saya. Padanya tiada apa sangatlah setakat PJJ begitu. Ada orang lagi lama, lagi jauh.
Perasaan saya masa tu terhenyak. Rasa jatuh berkeping keping. Oh gajah pada mata saya, hanya kuman pada mata orang yang memandang.
Lalu saya belajar. Jangan mengatakan perkara yang sama kepada orang yang sedang dalam kasut ujian. Jangan diremehkan, sebaliknya bantulah menguatkan sebuah perasaan. Hulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kita kuat hadapi sesebuah situasi, belum tentu orang lain sama.
Sebab, pembaris kita tak pernah sama. Dan tak akan pernah.
Syukurnya Maghrib ini bila baca berita Ustazah yang hilang itu sudah ditemui selamat. Ustazah ini juga teruji dengan jarak jauh antara rumah dengan sekolah. Setiap hari bangun seawal pagi, membelah malam yang masih pekat dan memandu ratusan kilometer untuk ke sekolah.
Yang buat rasa sebal di dalam hati bila ada komen komen tak fikir sensitiviti lebih kurang begini.
“Alah, setakat ulang alik kerja macam itu, isteri kawan aku relaks je. Bahagia je. Anak pun ramai. ”
“Ala. Acah acah depression je ustazah ni. ”
” Ustazah tak kuat iman.”
” Kalau dah tak boleh nak mengajar. Lepas je jawatan tu bagi orang lain. ”
Allahu. Kita akhir zaman ni begini lah. Laju sangat menaip sampai lupa nak tapis kata kata ikut batasan adab, akhlak dan perikemanusiaan. Seolah olah kalis benar dari ujian.
Semua nak ulas ikut pembaris sendiri. Walhal kita tak tahu pun cerita sebenar.
Kita sedar atau pun tidak. Simpati atau empati ke tidak. Kenyataannya wanita hari ini ramai yang terpaksa jadi kuat. Lebih daripada kemampuan dirinya. Urus rumahtangga, bekerja, sampaikan tiada masa untuk diri sendiri.
Sakit, tahan.
Sedih, pendam.
Penat, biarkan.
Dan sudah lama tak mampu ukir senyuman.
Sedar tak sedar ramai wanita kemurungan dan ada penyakit mental. Antara punca kerana gaya hidup yang menekan hari ini. Tambah lagi tiada sistem sokongan sekeliling terutama suami. Banyak kes pengabaian rumahtangga.
Kes kelar anak. Nak terjun jambatan. Lemas kat laut.
Antara secebis kisah berkaitan isteri, ibu, wanita yang kita pernah dengar. Kita tak tahu berapa ramai lagi jiwa jiwa ini yang sedang berduka. Belum sembuh.
Keadaan jadi lagi buruk bila ada jenis lelaki yang nak samakan kudrat wanita dengan dirinya lelaki bab bekerja etc. Walhal jika diri mereka diminta mengurus rumahtangga sebagaimana wanita. Belum tentu bagaimana.
Kita mungkin lupa satu perkara. Wanita dan lelaki ini Allah jadikan berbeza design dan software nya. Fizikal pun tak sama. Apatah lagi emosi, kemampuan diri.
Kalau pun tak boleh empati. Simpati sahaja sudah cukup.
Najibah Mustaffa
Berkata lah yang baik. Atau pun diam sahaja. Ikut pesan Rasulullah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang kata susah nak menyimpan duit terutamanya wanita. Bayangkan jika bawa duit seratus ke pasar, pasti habis dibelanja. Semua rasanya nak beli.
Malah, baki duit belanja pun akan dihabiskan sehingga barang bukan keperluan pun beli ajer.
Untuk itu, ada caranya agar berbelanja secara berhemah supaya kita dapat menyimpan setiap bulan. Bukanya boros membeli sehingga duit dapur bulanan pun tak cukup.
Ayuh kita lihat trik yang dilakukan oleh puan Mis Watie Resaliza yang menyimpan baki perbelanjaan barang dapurnya di dalam plastik disertakan dengan tarikh.
Katanya cara packing ini membantu mengelak dirinya daripada membeli barang bukan keperluan. Secara tidak langsung cara ini, beliau dapat melihat baki mengikut yang dibelanjakan. Juga cara untuk menyimpan duit dengan mudah.
Ikuti perkongsiannya.
PACKING BAKI DUIT IKUT TARIKH
Just share idea baru saya. Baki duit lauk yang husbnd bagi saya packing macam ni..Sebab kalau tak packing entah kemana duit tu beli yang tdk2.
Kalau beli sarapan atau pergi sarapan time bayar ada baki. Husband hulur kat saya so dapat la idea utk packing duit baki setiap hari.
Sekurang2 nanti cukup sebulan nampk la duitnyekan… seblum2 ni saya tak saving baki-baki duit. Semua masuk dompet masuk handbeg and akan guna untuk beli apa-apa.
Sekarang tidak lagi…hihihihihi. Bagus tak idea ni? Cukup sebulan saya akan kira. Semoga suri-suri pun boleh buat jugak tak kira berapa pun jumlah. Boleh je packing macam ni.
Menarik cara ini! Mungkin bagi yang berbelanja secara mingguan boleh cuba cara ini dengan packing tarikh mengikut mingguan.
Dugaan paling besar sebenarnya bagi seorang isteri adalah bersabar dengan suaminya sendiri. Kenapa begitu? Ini dijelaskan secara detail melalui perkongsian daripada Bahagian Dakwah, Jakim.
Atas alasan itu, kita sebagai isteri kena hadam perkongsian ini agar dapat mendidik diri lebih sabar dan sekali gus menjadi isteri penyejuk di hati suami.
Ini Perkongsiannya:
Menjadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita-makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.