Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.
Pada usia lima hingga enam tahun anak-anak sedang berada pada usia pra sekolah. Kebiasaannya, besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Sesetengah makanan dipercayai berupaya membantu meningkatkan fungsi minda. Si manja perlu dibekalkan dengan makanan yang kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh. Selain itu, sajian yang kaya minyak omega 3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang, walnut, minyak canola, bijan. Selain itu kekacang dan telur yang diperkaya kandungan omega 3 juga adalah opsyen terbaik.
Makanan yang berkarbohidrat juga diperlukan dalam kuantiti yang sederhana dalam diet mereka. Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh dan aprikot kering adalah contoh karbohidrat kompleks yang digalakkan untuk menajamkan minda anak-anak.
Makanan yang kaya choline seperti telur dan kekacang amat penting untuk otak membina memori. Vitamin A yang banyak didapati dalam buah-buahan sayuran berdaun hijau gelap, jingga dan kuning membantu mengoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati.
Ads
Pemakanan seperti ini dapat membantu anak-anak mendapat minda untuk cerdas. Selain itu, otak mereka juga sedang ‘bersenam’ dengan melakukan aktiviti bermain. Otak yang aktif akan mudah untuk menerima seberapa banyak maklumat yang berguna. Hal ini juga meningkatkan keyakinan diri dan akan dapat memperkayakan pengalaman mereka.
TELUR SEBAGAI SARAPAN ANAK-ANAK KITA
Ads
80335509_2722143061139085_1195246989969719296_o
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meningkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Ads
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mempelbagaikan menu untuk dinikmati bersama keluarga, selain kita menyajikan hidangan utama seperti nasi dan lauk pauk, akan lebih sempurna jika turut dihidangkan manisan sebagai pencuci mulut.
Jadi apa kata kali ini mencuba rasa resipi chesekut yang dikongsikan oleh Laila Aznam ini. Menyediakannya cukup mudah, tanpa perlu dimasak!
RESEPI CHEESEKUT
Tak perlu oven senang dan sedap .
Bahan-bahan:
500gm cream cheese ( philadelphia atau tatura)
1 tin susu pekat manis
1 kotak kecil fresh milk
1peket biskuit Deluxe Crackers ( apa-apa brand pun boleh )
Nestum
Cara-cara;
1. Masukkan cream cheese ,susu pekat manis dan 4 tbsp fresh milk kedalam mixer putar hingga sebati .
2. Lapik loyang dengan plastic
3. Celup biskut dalam fresh milk ,lepas tu susun dalam loyang untuk buat tapak (lapisan pertama)
* celup sekejap sahaja biskut tu , kalau lama-lama rendam jadi lembik .
4. Tuang adunan cream cheese ke biskut dan ratakan .Taburkan nestum.
Ulang step yang sama sehingga habis atau cukup untuk buat lapisan yang terakhir .
5. Pastikan lapisan terakhir ialah cream cheese, tabur nestum .
6. Dah siap masuk ke peti sejuk bahagian chiller semalam ,esok baru boleh dipotong .
Tentunya ramai yang mengemari masakan berasaskan mee. Sebenarnya pelbagai masakan yang boleh dibuat menggunakan mee kuning.
Namun, asyik beli mee kuning di kedai aje, apa kata buat sendiri di rumah pun boleh. Paling penting tiada bahan pengawet. Jika tak ada mesin khas pun boleh saja.
Sebenarnya mudah aje nak buat mee kuning. Ikuti resipi perkongsian puan Norain Naim.
Mee homemade 4 bahan saja
Percubaan buat mee kuning membuahkan hasil. Lama dah nak buat tapi kelmarin baru berkesempatan. Siapa yang nak cuba tu jom cikedot resepi
Bahan
300 gram tepung gandum 1 biji telur sedikit garam air suam
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak2 je tau sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Masa canai nipis tu tabur taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat kan dia. Sila tengok gambar ye. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.
4. Ok dah boleh potong nipis2. Macam ain tak de mesin canai mee tu jadi potong guna manual, guna tangan. Yang ni kite suruh suami yang potong . Ikut masing2 nak nipis mana
Video:
5. Rebus 5 minit atau sampai mee lembut
6. Toskan mee tadi dalam air sejuk atau berais. Kite tak nak mee terlebih kembang. Letak sikit minyak bagi cantik berderai.
Alhamdulillah, siap dah mee kite. Boleh la buat mee goreng ke, mee sup ke, mee kari ke. Senang kan?
Bahan2 pun mudah dapat, tak de bahan kimia Asid borik tu. Selamat mencuba mak mak sekalian
P/S : Ada yang tanye tak perlu letak pewarna ke? Bagi ain macam ni pun dah cantik warna dia. Kalau nak letak juga boleh letak serbuk kunyit sikit
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...