Kalau mengupas telur rebus dalam kuantiti yang banyak memang buat rasa stress. Maklum sahaja ia ambil masa yang agak lama dan mengupas telur bukanlah semudah yang disangka kalau tak tahu caranya.
Kalau kulit remuk dan pecah, lagi tambah sukar untuk dikupas. Adakalanya hasil kupasan telur rebus kita tidaklah cantik dan licin permukaannya.
Bagaimana nak jadikan cepat, pantas dan hasilnya pun tip top? Puan Waherda Basiron berkongsi di facebooknya cara-cara memastikan telur lebih mudah dikupas. Jom kita cuba.
Hari ni Kek Da tak nak share resepi. Nak share #tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je ..
Cara-caranya:
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambahkan air.
2. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telurnya. Terus masukkan sahaja.
3. Masukkan sesudu garam dan campurkan sesudu minyak masak.
4. Rebus lebih kurang 15 hingga 20 minit, sehingga air menggelegak.
5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.
SIAP!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Kredit: Waherda Basiron
“Daddy Dah Nak On Duty.” Isteri Fizo Omar selamat Bersalin bayi perempuan. Tahniah!
Pelakon Fizo Omar berkongsi berita gembira, isterinya selamat melahirkan cahaya mata supung mereka.
Berita tersebut dimuatnaik oleh menerusi satu hantaran di Instagram yang melihatkan gambar butiran isterinya, Fazeera Nazri Azrai dan bayi perempuan mereka.
Menerusi perkongsian tersebut, Fizo melahirkan rasa syukur atas kurniaan zuriat tersebut dan berterima kasih atas doa orang ramai, selain memberitahu bayi tersebut lahir dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Alhamdulillah, satu lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan 2 minggu lebih awal dari EDD (anggaran tarikh kelahiran).
“Ibu dalam keadaan selamat dan bayi comel,”tulis Fizo..
Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Hospital Andorra atas layanan hospitaliti yang mesra.
“Terima kasih kepada @andorrahospitalofficial atas layanan hospitaliti yang baik dan mesra. Kami sangat gembira dengan keramahan kakitangan, tim yang menyambut kelahiran yang sangat prihatin dan membantu segala keperluan terutamanya terhadap ibu dan bayi.
“Terima kasih istimewa kepada @drkhamsiahmudaofficial kerana sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan kehamilan dan kelahiran bayi.”luahnya di laman Instagram.
Sumber: fizoomar
Resipi Sup Tulang Ala Thai Patutlah Sedap, Rupanya Ada Bahan Tumis Penyedap Rasa. Mesti Cuba!
Lazimnya apabila meraikan Hari Raya Aidiladha, masakan sup tulang adalah wajib selepas selesai majlis korban. Rasa enak daging segar akan membuatkan sup tulang menjadi lebih sedap.
Pelbagai resipi sup tulang menjadi pilihan kita antaranya resipi sup tulang ala thai sebagaimana perkongsian ini. Boleh cuba buat resipi ini. Penyediaanya pun mudah!
SUP TULANG/DAGING ALA THAI
BAHAN :
2 kg tulang
1kg daging lembu/gearbox -rebus semua hingga lembut
1 batang saderi (hiris)
3 helai daun bay
3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jadi pahit)
1 biji buah keras (blend)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 btg serai (ketuk)
1 btg lobak (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong)
2 biji tomato (belah 4)
Cili padi 5 btg
kiub maggi Lembu 1 kiub
BAHAN TUMBUK @ KISAR :
Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/sy ambil isi dlm sup bunjut tulang, blend skli dgn bawang). Daun ketumbar dan perahan limau nipis
CARA:
Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk. sy tak ambil air rebusan. Didihkan air dalam periuk, masukkan halia (ketuk), bawang holland hiris, serai (ketuk) biarkan mendidih.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk/kisar, daun limau purut, daun bay, kiub lembu dan masukkan 2sdb rempah sup, (saya guna rempah sup adabi) masak sehingga naik bau . Masukkan 3 sekawan.
Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan. , masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang n lobak empuk.
Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa. Siap.Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice then makan dgn sambal kicap.
Resepi perkongsian sahabat saya. Saya gabungkan sedikit resepi ala thai saya.
Kredit: Sharla Rose
“Ambil Masa Lama Tenangkan Anak Sebelum Urus Jenazah.” Sempat Salam & Cium Tangan, Suami Kongsi Momen Terakhir Bersama!
Semalam seorang jururawat dan pemandu Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) maut manakala seorang doktor cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori tangki.
Kejadian jam 10 pagi semalam itu menyebabkan Mohd Zuhairi Abdullah, 35, yang memandu kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Julayha Kudus, 39, jururawat di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, yang duduk di bahagian penumpang belakang, maut di lokasi kejadian.
Manakala Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, cedera di kepala namun difahamkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Mereka yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dilaporkan dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di Nenasi, Pekan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof , kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mangsa dari arah Pekan menghala ke Rompin.
“Lori tangki itu juga dipercayai turut melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang suri rumah bersama dua anaknya, menyebabkan Myvi itu terbabas ke bahu jalan.
Mohd Razli berkata pemandu Myvi yang berusia 41 tahun dan anak perempuan berusia lima tahun bagaimanapun hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nenasi, Pekan manakala seorang lagi anaknya yang berusia 12 tahun tidak cedera.
Pemandu lori tangki yang berasal dari Mersing, Johor juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, suami Julayha, Asmawi Yusoff, 45, berkata, dia sempat melihat jenazah isterinya terbaring di bahu jalan, selepas dihantar rakannya ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh suami kepada rakan isterinya itu.
Dia yang merupakan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, turut mengikut kenderaan yang membawa jenazah ke Hospital Pekan sebelum pulang ke rumah, untuk memberitahu berita sedih itu kepada empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.
“Saya mengambil masa agak lama di rumah untuk menenangkan anak-anak, sebelum kembali ke hospital bagi menguruskan jenazah. Saya tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir isteri bersalam dan mencium tangan saya, yang menjadi rutin arwah sebelum keluar bekerja, katanya.
Sementara itu, isteri Mohd Zuhairi Abdullah memberitahu, pesanan WhatsApp dihantar tidak berbalas terungkai selepas menerima panggilan telefon memaklumkan suaminya maut.
Nor Hayati, 35, yang merupakan suri rumah berkata, dia menghantar pesanan itu pada 10 pagi bagi memaklumkan perihal anak-anak yang menjadi rutin harian mereka berdua ketika suaminya keluar bekerja.
“Saya menganggap suami tidak membalas kerana sedang memandu, memandangkan dia beritahu akan ke Tanjung Batu ketika keluar rumah pada 7 pagi. Sekitar 11 pagi, adik ipar telefon memberitahu suami meninggal kemalangan.
“Saya tidak percaya dan cuba menghubungi telefonnya namun langsung tidak berdering. Tak lama kemudian, seorang lagi kawan suami menyampaikan berita sedih itu, untuk kali kedua,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan di sini.
Nor Hayati berkata, suaminya sudah 10 tahun bertugas di Pekan selepas berpindah dari Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands pada 2010 dan mereka mempunyai empat orang anak berusia antara dua hingga sembilan tahun.
Mohd Zuhairi juga menurut Nor Hayati, ada menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung sebelah isterinya itu di Terengganu, kerana sudah lama mereka tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November lalu.
Credit photo : Mohd Faizol Abdul Aziz | Bernama & Ebit Lew Supporters