Telur Masin Rebus, Enak Juga Dibuat Nasi Goreng Macam Ni!

Share

Buntu tidak tahu menu apa yang mampu menawan selera seisi keluarga untuk sarapan, apa kata sediakan Nasi Goreng Telur Masin ini.

RESIPI NASI GORENG TELUR MASIN

Resepi nasi goreng special yang ramai cakap sedap gila ni admin dah cuba masak, memang sedap!

BAHAN-BAHAN:
2 Biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang – di potong pendek
2 biji cili padi – sila tambah jika suka pedas

Cara menyediakannya:

 

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.

2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan seketika.

3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.

4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.

5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.

6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

Sumber : Fiza via Resipi Viral Terbaik