Bila lauk yang dihidang kurang menyelerakan, cuba makan bersama telur masin. Pasti berselera jadinya.
Oleh itu tidak salah kiranya kita buat siap-siap telur masin untuk dijadikan stok untuk menu bersahur mahu pun berbuka puasa.
Umumnya telur masin dibuat menggunakan telur itik, namun tidak kurang enak rasanya bila menggunakan telur ayam.
Cara penyediaanya seperti yang dikongsikan oleh Noraida Abd Rashid ini. Selamat mencuba.
Telur masin home made guna telor ayam ja.. pembuka selera time sahur, ada yang suka tak?
Ini cara buatnya :
-telur 30bji
-2 cawan garam + 6 cawan air (lebih siket air tak apa kalau tak nak masin sangat). Masak sampai garam larut. Sejukkan air.
Beli balang di shopee dengan klik DI SINI
-telur cuci bersih, susun dalam balang, masukkan air garam yang dah sejuk tadi.
-simpan tempat gelap 2 minggu.
-cukup 2 minggu keluarkan air garam tukar air masak biasa, masuk peti ais, nak makan baru keluarkan.
Selamat mencuba.
Sumber : Noraida Abd Rashid
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club