-telur cuci bersih, susun dalam balang, masukkan air garam yang dah sejuk tadi.
-simpan tempat gelap 2 minggu.
-cukup 2 minggu keluarkan air garam tukar air masak biasa, masuk peti ais, nak makan baru keluarkan.
Menikmati ikan bakar yang dimasak dengan menggunakan arang, diakui mempunyai rasa yang tersendiri. Pun begitu tidak semua antara kita dapat menyediakan ikan bakar seperti itu. Apatah lagi jika rumah tiada laman. Tentu sukar untuk sediakan ikan bakar ini.
Pun begitu andai sekali sekala teringin untuk menyediakan menu ikan bakar untuk keluarga, apa kata buat je seperti Dr Kamarul Ariffin kongsikan ini.
Menurutnya, dengan teknik membakar di dalam kuali pun boleh dapatkan rasa dan aroma ikan bakar seperti dibakar di atas bara. Nak tahu bagaimana cara dan resipinya. Ini perkongsiannya.
Ikan Bakar Rica Manado
OK, kali ni saya cuma nak kongsi cara saya bakar ikan besar atas kuali leper, dan dapatkan hasil yang menarik rupanya, dan ada aroma macam ikan bakar atas bara. Semua orang boleh buat.
Ikan Bakar Rica Manado by Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.
Bahan-bahan: 3 orang makan
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah
2 ulas bawamh putih
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1.Ikan ni kita belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tu macam ni. Saya paling suka belah ikan siakap macam ni. Cantik dan cepat masak.
2. Bawang merah, bawamg putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus. Kenapa saya kisar lagi cili kisar ni bersama bahan lain? Sebab, kalau sikit sangat bahan nak dikisar, sukar nak dapat kisaran halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Daun limau purut, sekali! Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu(perencah) ni.
5. Lumurkan bumbu pada ikan mentah. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali. Ni saya lumur dalam ikan dulu.
6. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengam daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Saya guna kuali non-stick.
7. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula, dan masak sampai air tadi kering.
Inilah hasilnya jika kalian tenang dan sabar. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Saya hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam. Peh!
Close up! Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Tengok, isi masak sempurna. Malah, daun pisang dibawah tu tak hangus sangat pun. Oklah!
Kalau hendak diikutkan ada banyak sahaja resepi kuih muih yang mudah dan cepat untuk dibuat sendiri sebagai juadah berbuka puasa. Sama ada menyediakan menu orang dulu-dulu ataupun menu viral orang sekarang, semuanya terserah pada anda.
Namun jika buntu atau tiada idea, apa kata sediakan kuih Popis atau juga dikenali sebagai Popia Pisang dengan pilihan pelbagai jenis topping yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar untuk menikmatinya.
Paling syok, mudah sahaja disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat Popis sebagai juadah istimewa hari ini untuk keluarga tercinta seperti resipi yang dikongsikan oleh Nur Amira Hamidi
POPIS (POPIA PISANG)
Bahan-bahan:
Kulit popia
Pisang
Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan popia)
Susu pekat (guna untuk topping cheese)
Jem coklat pilihan
Serbuk Oreo
Cheedar cheese
Cornflakes
Nestum
Cara-cara:
2.Ambil sekeping kulit popia, letakkan pisang di tengah-tengah.
3.Kemudian balutkan pisang itu dengan kulit popia.
4.Letakkan bancuhan tepung gandum untuk lekatkan kulit popia.
5.Gulungkan mengikut jumlah yang anda inginkan.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
6.Gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga keperang-perangan.
7.Letakkan topping coklat pilihan anda.
8.Kemudian taburkan topping mengikut citarasa masing-masing. Boleh guna oreo, nutella, nestum, cheese, cornflakes da lain-lain. Dan siap untuk dinikmati.
Tempe enak dimasak dengan pelbagai menu, sama ada digoreng, dimasak sambal, dijadikan bahan tambahan untuk masakan sayuran dan pelbagai lagi menu dapat dihasilkan dengan menggunakan tempe.
Pun begitu, walau ramai yang tahu cara memasak tempe dalam pelbagai citarasa, namun tidak semua antara kita tahu cara atau proses membuat tempe ini.
Diharapkan dengan perkongsian daripada Puan NorAinon Othman ini dapat membantu untuk sesiapa yang ingin mencuba menghasilkan sendiri tempe homemade. Jom semak.
Projek PKPB ~ CARA BUAT TEMPE
Saya tak ada la pakar pun buat tempe. Baru je cuba dan tak sangka eksperimen saya berjaya.
Di sini saya kongsikan cara buat tempe supaya kawan-kawan pun boleh buat sendiri.
Tak perlu minta izin nak share, ambil saja semoga perkongsian ini bermanfaat.
Saya cari maklumat di google dan minta sedikit panduan dari rakan fb yang asyik tayang eksperimen dia buat macam-macam jenis tempe. Intan la tu…
Resipi buat tempe ni saya olah ikut kesesuaian dan kaedah yang memudahkan kerja saya.
Tempe dibuat melalui proses pemeraman dengan ragi tempe. Jadi jangan guna ragi tapai pulak tau…
Antara khasiat tempe ialah mencantikkan kulit dan rahsia awet muda, membantu menurunkan berat badan dan kolestrol.
Saya suka makan tempe goreng cicah sambal kicap, buat sambal goreng jawa atau bahan sampingan dalam sambal terung dan kentang. Boleh juga buat sambal tempe, lontong dan lodeh (kalau rajin).
Bahan-bahan :
1 kilogram kacang soya
* Kalau dapat, beli kacang soya Kanada. Ada jual di pasar raya dan di Shopee
1 sudu besar @ sudu makan ragi tempe
* Boleh beli di Shopee, murah je, boleh guna banyak kali
1 sudu besar cuka makan Kertas pembungkus makanan
Cara buat:
1. Mula-mula rendam kacang soya semalaman. Kalau nak senang, malam sebelum nak tidur, rendam dulu, tutup dengan tudung saji.
Bilas kacang soya yang sudah kembang dengan air beberapa kali sehingga bersih.
2. Rebus setengah jam dengan api sederhana sehingga menggelegak.
3. Bilas dan ramas-ramas untuk menanggalkan kulit kacang sehingga 70 peratus. Biar kacang pecah terbahagi dua pun tak apa. Ketika proses mengasingkan kulit, biarkan sehingga kacang terendam kerana kulitnya akan terapung sebab ringan.
Kaup dengan penapis dan bilas beberapa kali sehingga bersih. Kulit kacang boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman. Nanti tempe dapat, pokok pun kebaboom sebab soya bertindak sebagai booster yang menyuburkan tanaman.
4. Rebus sekali lagi kacang soya sehingga menggelegak. Masukkan 1 sudu besar cuka supaya tempe kita nanti tahan lebih lama.
5. Buang air, bilas hingga bersih.
6. Toskan dan letakkan kacang dalam dulang untuk proses pengeringan. Seeloknya ratakan dalam dulang besar supaya kacang cepat kering. Saya malas nak tunggu lama, jadi saya keringkan di hadapan kipas selama 3 jam sehingga warnanya kekuningan.
Sambil tunggu kacang kering, boleh la buat kerja lain dulu. Boleh juga jemur kacang di bawah sinaran matahari. Pastikan betul-betul kering ye… Kalau tidak, nanti tempe tak jadi.
7. Gaul kacang dengan 1 sudu makan ragi tempe. Saya gaul guna sarung tangan sebab tak mau kacang banyak kena tangan sebab nak buat tempe ni kena pastikan betul-betul bersih. Basuh dulu sarung tangan sehingga kering baru guna.
8. Kemudian boleh la dibungkus ikut saiz dan cita rasa masing-masing. Saya guna kertas pembungkus makanan sebab senang nak dapat.
9. Simpan dalam suhu bilik. Dalam proses pemeraman, kacang akan berpeluh dan kalau kita sentuh, akan rasa panas macam orang demam .
10. Selepas 20 jam, kita boleh lihat hasilnya. Kacang soya sudah berkabut serangkai mawar. Jadilah tempe yang putih mulus dan kacangnya juga sudah lembut dan dah boleh dimakan.
11. Kalau nak tahan lama, tempe yang dah jadi tu bolehlah disimpan dalam peti sejuk supaya proses fermentasi dapat diperlahankan. Kalau tidak, nanti tempe cepat matang dan jadi tempe busuk.
sumber : NorAinon Othman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di