Apabila hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan, tentunya ketandusan idea untuk memasak hidangan keluarga.
Selain membeli tempahan lauk di luar, apa kata cuba menu ringkas ni tapi cukup menggoda selera!
Malah, bahan-bahan pun jimat. Sesuai sangat untuk kita berjimat cermat ketika ini.
Bahan asasnya ringkas sahaja iaitu telur, cili kering, bawang putih dan ikan bilis.
Berikut resipinya.
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA MEMBUATNYA. MUDAH AJE!
SIAP!
Selamat mencuba.Boleh jadi lauk untuk hidangan esok!
Kredit: Wan LuQman
Sosej Homemade Ikut Citarasa Sendiri. Lebih Sedap & Confrim Berkhasiat!
Sosej adalah makanan segera yang sememangnya amat digemari oleh kanak-
Sosej sememangnya bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah kita juga sering menggunakan sosej sebagai bahan tambahan penyedap hidangan di dalam menu spagetti, nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
Pun begitu, jika terlalu kerap mengambil hidangan segera dikatakan tidak elok untuk kesihatan. Atas kesedaran ini, sebaiknya kita sediakan sendiri sosej yang mana kita lebih arif akan bahan-bahan yang dimasukkan di dalam ramuan sosej tersebut.
Nak tahu resipi untuk menyediakan sosej ini? Rupanya mudah sahaja dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Semoga dengan perkongsian daripada Puan Zaini Talib ini, dapatlah kita sediakan menu sosej yang enak dan berkhasiat untuk seisi keluarga.
Ini perkongsian resipinya…
“Salam..saya pon dah cuba buat sosej homemade..saya share yaSaya cuma guna bahan bahan mudah yang dalam simpanan saja ikut citarasa masing masing na.”
Bahan bahan
600gm dada ayam
1 bawang besar
2 tangkai cili kering (jika suka pedas saya tak letak nak bagi anak makan)
4 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam jika suka
Sedikit garam
2 biji telur
* 4 sudu tepung ubi
Sedikit serbuk oregano jika suka
Sedikit daun ketumbar -saya tambah sebab suka
Sayur sayur macam carrot mushroom jika suka..saya takda stok tak letak..saya tambah capsicum (cili benggala) sikit tu ja
Cara-cara
1.Potong ayam kecil-kecil dan satukan bahan-bahan-bahan lain kecuali tepung ubi * ke dalam food processer. Blend halus kesemuanya .2.Kemudian masukkan dalam bekas dan tambah tepung ubi.
3.Kacau sebati.
4.Masukkan adunan ayam dalam piping beg.
5.Kemudian paip masukkan dalam plastik aiskrim atau boleh paip atas cling flim dan gulung ketat-ketat.
6. Pintal kedua dua hujung, sebab nak bentuk ala-ala sosej kan.
Proses nak masukkan dalam plastik aiskrim tu kena sabar sebab tak senang sangat sebab bila padat takda ruang udara susah nak penuhkan plastik aisskim- sebab tu sosej kita pendik-pendik tu ja tapi takpa buat slow slow dah dapat rentak mudahla jadinya. Buat sampai habis.
7.Dah siap boleh la direbus atau dikukus lebih kurang 15minit atau sehingga masak ya. Saya kukus.
Ekstra tip :
Kalau yang tak mau kukus or rebus pakai plastik ala-ala health conscious bolehla frozen dulu bagi keras..then buang plastik baru rebus atau kukus…tapi saya rebus ja terus…sekali sekali ja nak buat..insyaAllah yakin.
Ok dah siap dah sosej kita. Nak makan macam tu saja pon boleh, nak grill pun boleh! Yang lebih tu bulehla nak frozen.
SELAMAT MENCUBA
credit : Zaini Talib via MAHN
Roti Kukus Cheese Kaya Meleleh, Amboi Terliurnya, Rugilah Kalau Tak Nak Cuba!
Amboi terliurnya tengok resipi roti kukus meleleh macam ni. Serius..kalau tengah lapar, boleh habis tiga biji roti sekaligus. Resipi simple macam ni bukan sahaja anak-anak suka, kita yang dewasa pun boleh tahan juga kalau ada depan mata. Sekali ngap sahaja. Sedap!
Resipi yang dikongsikan oleh Resipi Sedap di facebook ni memang menarik. Paling pentingbahannya tak banyak, jimat kos dan sedap. Jadi jomlah cuba petang atau malam ni buat anak-anak kita.
Tengah malam macam ni kalau lapar mesti nak cari masakan yang simple selain maggi kann. Serius..resipi ni memang sedap. Nom nom nom.
Jom kita buat roti kukus cheese leleh ni. Resepinya pun senang je.
ROTI KUKUS CHEESE KAYA MELELEH
Bahan-bahan:
Roti bun
Beberapa keping Cheese
Inti kaya
Sedikit buttercup atau marjerin
Caranya:
1. Belah dua roti di tengahnya.
2. Kemudian sapukan butter atau marjerin, sapukan kaya dan letak cheese.
3. Sapu sedikit butter atau marjerin di atas bun sebelum dikukus. Kukus selama 5 minit dan siap.
Kredit: Resipi Sedap
Ada Apa Dalam Sepotong Keju?
Orang kita memang tersangatlah suka makan cheese atau keju. Lagi meleleh lagi nampakmenyelerakan.
Sebenarnya keju memang banyak khasiatnya namun janganlah diambil berlebih-lebihan. Lebih-lebih lagi yang ada masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi dan sebagainya. Tak baik makan selalu.
Di pasaran terdapat banyak jenis keju yang buat kita jatuh hati. Keju Parmesan, Mozzarella,Cheddar, Cream Cheese, Ricotta dan banyak lagi, semua ini punya khasiatnya yang tersendiri.
Walau apa pun jenisnya, keju memang diperbuat daripada susu segar manakala peringkat memadat dan pemeraman sepanjang proses pembuatannya semakin meningkatkan nilai khasiat keju. Kalau nak tahu keju mengandungi protein yang sangat tinggi berbanding susu segar.
Selain kandungan nutrisi, keju juga tinggi dengan kandungan kabohidrat, lemak, zat besi dan fosdor. Dengan pengambilan 100 gram keju, keperluan kalsium anda adalah sekitar 20 hingga 25% daripada keperluan kalsium sehari.
Mengambil keju dalam menu harian boleh mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuatkan tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi dalam keju juga sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies kerana unsur yang terdapat di dalamnya mampu memperkuatkan kekuatan kalsium gigi. Hebat kan?
Masak Sambal Macam Nak Berperang Terpercik Satu Dapur! Ini Cara Mudah Nak Elakkannya
Nak tahu tips masak sambal nasi lemak yang sedap? Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Wan Rosni di bawah.
Menurut beliau, satu keluarga puji sedap sambal nasi lemak hasil air tangannya. Siap tanya letak apa dalam sambal sampai sedap macam tu.
Jom sama-sama baca cara buat sambal nasi lemak yang sedap beserta tips supaya sambal tak terpecik satu dapur.
Tips Masak Sambal Nasi Lemak Sedap & Tak Terpercik Satu Dapur
Bahan-bahan:
10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Ikan bilis segenggam (kisar kasar)
Cili kering kisar (15 tangkai)
Gula melaka
Gula
Asam gelugur
Garam secubit
Cara-cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan segenggam ikan bilis. (kisar kasar saja)
2. Tumis bahan kisar sehingga betul-betul garing. Kemudian baru masukkan cili kering kisar. Kacau sekali sekala saja.
3. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan asam gelugur.
4. Apabila kuah hampir kering, masukkan ikan bilis setengah mangkuk dan juga secubit garam.
Tips sambal tak terpercik:
- Guna api perlahan dan kacau sekali sekala sahaja
- Waktu kisar bawang, letakkan ikan bilis segenggam dan jangan kisar hancur sangat. Tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan lain
Selamat mencuba!
Kredit: Wan Rosni