
Apabila hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan, tentunya ketandusan idea untuk memasak hidangan keluarga.
Selain membeli tempahan lauk di luar, apa kata cuba menu ringkas ni tapi cukup menggoda selera!
Malah, bahan-bahan pun jimat. Sesuai sangat untuk kita berjimat cermat ketika ini.
Bahan asasnya ringkas sahaja iaitu telur, cili kering, bawang putih dan ikan bilis.
Berikut resipinya.
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA MEMBUATNYA. MUDAH AJE!
SIAP!
Selamat mencuba.Boleh jadi lauk untuk hidangan esok!
Kredit: Wan LuQman
Rupanya Teknik Ni Paling Cepat Masak Bubur Kacang Hijau, Memang Cepat Empuk, Tak Perlu Masak Dan Rendam Berjam-Jam. Patutlah Ramai Share Cara Ni!

Sedapnya bubur kacang hijau durian ini. Biarpun cara memasak bubur kacang hijau begitu ringkas tetapi proses untuk memasak mengambil masa yang lama.
Mana taknya, kacang perlu direndam atau dimasak dalam tempoh yang lama supaya kacangnya menjadi empuk.
Bagaimapun ada cara untuk memastikan masakan pencuci mulut ini menjadi lebih cepat. Tak sampai 20 minit dah siap!
Seterusnya ikuti perkongsian cara ini. Memang menjadi!
Suka makan bubur kacang?
Ni saya bagi tips lembut kan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam , tak payah rebus lama-lama. Kompom cepat masak dan jimat gas, boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang.
Rupanya ini cara paling mudah
Tips ni tak perlu untuk yang ada priuk PC ye. Basuh bersih-bersih kacang hijau, pastu bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.
Pastu Frozen kan,bila-bila nak masak,tak payah nyah beku,masuk dalam periuk dan tambah kan air,terus rebus.
Tak sampai 20 minit kacang dah kembang,senang dan jimat masa.
Selamat mencuba!
Sumber: Seri Ramlan

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
<<<<<
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Beli Seikat, Guna Setangkai! Ini Cara Simpan Lebihan Daun Kari Tahan Berbulan

Selalu kalau beli daun kari kat pasar atau kat pasaraya, mesti akan ada lebih! Nak dibuang kang sayang pula, jadinya kena la simpan. Nak simpan, kena ada caranya.. Barulah tahan lama!
Jom ikut cara simpan ini supaya dapat tahan lama dan tidak rosak seperti yang dikongsikan oleh Emma Zam di bawah. Baru tak membazir!
Tips Simpan Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan
Ikut cara ini:
1. Jemur daun kari sehingga kering.
2. Bila dah kering, simpan daun kari ke dalam balang.
3. Bila nak masak, tinggal cekup saja. Bau kekal sama.
Tips tambahan:
Cuci bersih daun kari terlebih dahulu sebelum dikeringkan.
Boleh simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.
Sumber: Emma Zam
“Mak Peminat KFC, Mesti Ajak Pergi Makan Sebulan Sekali”. Sekarang Sediakan Sendiri & Resipinya!

Perkongsian daripada seorang anak tentang ibunya yang begitu meminati ayam goreng KFC, mencuit hati juga dibaca.
Dan ini perkongsian penuh daripadanya, malah turut dikongsikan resipi homemade untuk buat ayam ala-ala KFC. Boleh dicuba.
Mak umur 64 tahun peminat ayam kfc,suka sangat! Dalam sebulan mest ada ajak pergi makan. Hari cuti ni singgah bermalam kat rumah mak,saya sampai-sampai je teros cakap jom makan kfc, saya balas ‘esok je lah mak’.
Pagi-pagi tadi mak cakap lagi niari kita tak payah masak lah..makan kfc je,tunggu cucu-cucu yang lain datang. saya iya kan aja.
Kelentung kelentang kat dapur ,nah mak kfc!
Senyum sampai ke telinga Madam Saya ni.
Sambil makan sambil sambil puji sedap..
Alhamdulillah..suka bebeno die.kawan-kawan doakan mak saya panjang umur dan sihat selalu ya.resipi senang sangat-sangat.Nah saya sertakan pada yang sudi.
Resipi ayam
Tepung bistari (bancuh agak-agak jangan cair sangat)
Tepung gandum + tepung bistari satukan (kering)
Cara-cara
1.Gaulkan ayam dengan tepung yang sudah di bancuh tadi,perapkan setengah jam.
2.Salutkan ayam dengan tepung kering tadi dan goreng api sederhana besar.
Coleslow
Carrot,kobis,kismis,bawang merah-sagat halus
Gaul semua dengan mayonis.
Dannn siap!
Sumber : Rahayu Maulot via MAHN