Anda pernah dengar tak atau menikmati hidangan bernama telur goreng kelapa parut? Hidangan ini adalah pertama kali buat penulis, namun konsepnya lebih kurang sama dengan hidangan lempeng kelapa yang biasa penulis makan.
Tidak mustahil sekiranya anda pun tidak pernah tahu kerana tidak terkira banyaknya makanan yang wujud di dunia ini. Justeru itu, jika anda ingin mencubanya apa kata ikut resepi mudah di bawah yang dikongsikan oleh Puan Wan Shaz Hanis berdasarkan resepi emak mertuanya.
Balik rumah emak mertua, pertama kali makan telur goreng kelapa parut. Lepas itu ada bawang merah, ada bawang putih, ikan bilis.
Pelik sangat sebab memang tak pernah makan kelapa dicampur telur.
Selalu yang saya makan lepat pisang campur kelapa parut, lempeng kelapa. Tapi kali ni menu mak mertua.
RESEPI TELUR GORENG KELAPA PARUT!
BAHAN-BAHAN:
Ads
Bawang merah.
Bawang putih.
Ikan bilis.
Lada (kalau nak pedas). *tumbuk bahan-bahan di atas tapi jangan terlalu lumat atau hancur.
Telur
Kelapa parut muda.
Garam & ajinomoto
Serbuk kunyit
CARA-CARANYA:
1. Ditumbuk kesemuanya jangan terlalu lumat atau hancur sebabnya nak bagi rasa rasa bawang, ikan, bilis dan lada.
Ads
2. Apabila kesemuanya sudah ditumbuk, pecahkan telur dan godak-godak telur.
3. Masukkan kesemua yang telah ditumbuk dan masukkan garam, ajinomoto dan kunyit sikit.
Ads
4. Selepas itu gaul kesemuanya termasuk kelapa parut muda sehingga rata.
5. Panaskan minyak masukkan ke kuali, masak dengan api yang sangat perlahan.
Masak sehingga rata sehingga keluar bau kelapa. Sangat-sangat SEDAPPP!
Masakan ayam goreng memang makanan mesti ada untuk seisi keluarga terutama anak-anak. Masakan ini jika dihidangkan hari-hari memang tak jemu! Makan panas-panas memang terangkat.
Namun, nak buat ayam goreng menjadi lebih sedap bukan main goreng dengan kunyit aje, ada rahsia perapan ayam sehingga membuatkan ayam goreng memberikan aroma yang menyelerakan. Memang sedap meletop!
Sebagaimana resipi wanita ini yang juga merupakan peniaga ayam goreng. Beliau berkongsi resipi ayam goreng berharga seringgit sehingga mencecah 9K share.
Tentu ada rahsia perapan yang kita kena tahu.
Ikuti perkongsiannya.
Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah Alhamdulillah rezeki.. oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya
Ni akak masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama
Resepi ayam goreng seringgit
Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya.
Ayam seekor potong 22-24
Bahan-bahan:
Ayam sekor potong 22-24 Bawang putih 5 ulas Bawang besar saiz kecik (1) Halia 1 inci Lada hitam 1 sudu kecil Lada putih 1 sudu kecil Serbuk kari 1 sudu besar Garam dan serbuk perasa adabi *kalau tak suka letak serbuk kari pun takpe..kari tu kalau letak sesudu je pun dia tak rasa kari atau berempah..cuma utk bagi sedap dan wangi je.
Gambar hiasan
Kisar semua bahan sampai halus. Perap pada ayam.
Resepi tepung salut
1 cawan tepung bestari pedas 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup) 1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya;
1.Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..perapan tu kalau nampak pekat sangat..tambah air sikit..(perapan tak perlu pekat ye) Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.. 2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul dlm bekas tu 3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam 4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit) 5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas. *boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup(saya tak buat) 6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik) 7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam. 8.Hidangkan panas-panas.. 9.Makannn
#Untuk lebih senang boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain Tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit, saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh) #Boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.
Resipi yang mudah terutama bila ahli keluarga berkumpul. Apa lagi jom buat!
Asyik makan ayam dengan daging sahaja Syawal ni jemu juga kan. Nak menu yang mudah cepat disiapkan pastinya sardin yang jadi pilihan kan.
Puan Zurina Zulkefli berkongsi tip cara buat Sambal Sardin yang mudah,cepat tapi super sedap. Biasanya sambal dibuat menggunakan cili kisar kan, tetapi resipi ini menggunakan serbuk cili
Pertama kali cuba masak guna serbuk tu waktu banjir tu la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai. Hari pertama memang masak sardin je la. Takde cili kering apatah lagi blender, jadi Saya guna serbuk cili untuk menumis.
Harini saya nk cuba masak guna serbuk cili sebab teringat-reingat rasa dia dikala harini dengar perkhabaran beberapa daerah di Pahang mula dinaiki banjir.
Doa saya semoga semuanya selamat dan banjir tidak berlarutan.
Bahan paling mudah disediakan dan cepat. Ikan Sardin 1 tin, 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, beberapa tangkai cili api dan paling penting serbuk cili babas.
Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijau tu biarkan je, saya campak akhir sekali ke dalam masakan.
Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.
Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Ni kalau ada hirisan halia ni lagi wangi ni.
Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan 1 asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Saya campak cili hijau utk rasa picit-picit masa makan dengan nasi nanti.
Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan ulam pucuk bayam brazil. Selamat mencuba.
Kek yang lembut dan gebu sudah semestinya akan menjadi idaman buat yang gemar makanan pastri. Jika asyik tak jadi atau kek tak naik, banyak puncanya salah satunya penggunaan telur yang salah.
Terdapat pelbagai tip untuk pembuatan kek, biskut, roti dan juga kuih-muih yang melibatkan telur. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan dalam adunan & melembabkan teksturnya.
Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain.
Namun, kadang kala, agar sukar memperolehi telur gred A di setengah kedai. Tak perlu risau, jika berlaku situasi begini, ada kiraannya untuk memastikan kek tetap gebu walaupun menggunakan telur gred lain.
Menarik dengan perkongsian ini, ia menjelaskan cara kiraan bagi sebiji telur mengikut gred telur. Biasanya jika sukatan bahan tak tepat seperti terlebih telur akan menyebabkan kek berderai. Jadi cara formula puan Nieza Nor Hamnira ini dapat membantu untuk anda menghasilkan kek yang lebih gebu dan lembut.
Ikuti perkongsian ini.
Selalu share tips ni dalam kelas buat kek je, tapi ni rasa patut juga share secara terbuka dengan sesiapa yang memerlukan. Supaya ramai yang faham yang buat kek ni taklah strict sangat, banyak syarat dan terma. Padahal guna apa ada je pun boleh. Ni nak share tentang penggunaan telur dalam pembuatan kek.
MITOS (KEPERCAYAAN) : Gred telur ikut saiz dia. Nak buat kek kena ada telur gred A. Takde telur gred A tak boleh buat kek.
FAKTA : Gred telur bukan ikut saiz, dia ikut berat. Bukan semua tempat atau kawasan ada jual telur gred A Telur yang selalu ada kat kedai runcit, biasanya gred B Resepi biasanya tulis berapa biji, bukan gram. Nak buat kek boleh je guna telur gred apapun. Janji berat yang diperlukan tu cukup.
TIPS & FORMULA (*KAMPUNG) SUPAYA SENANG FAHAM : Telur Gred A (tanpa kulit) sekitar 55 gram Telur Gred B (tanpa kulit) sekitar 50 gram Telur Gred C (tanpa kulit) sekitar 45 gram Telur Gred D (tanpa kulit) sekitar 40 gram
CONTOH : Resepi buat kek selalunya dia tulis 4 biji telur (A) – selalunya memang tak sebut gred A. Kena faham sendiri. Tapi telur yang ada kat rumah kita tu jenis gred B, boleh ke? Boleh. Sebenarnya resepi tu nak guna berapa gram telur? Sebenarnya resepi tu nak guna 4 biji x 55 gram = 220 gram Jadi, telur yang ada kat rumah kita ada berapa gram kalau 4 biji? 4 biji x 50 gram = 200 gram Kita kurang 20gram rupanya. Satu biji (lebih kurang) 50 gram. Nak dapatkan 20 gram macamana pulak?
PENYELESAIAN : Ambil 4 biji telur, pecahkan, asingkan. Ambil lagi sebiji, pecahkan, kacau rata, tuang setengah (tak perlu la timbang, jenuh mak nak ikut nau-nau perinciannya.. hehe) ke dalam bekas telur yang 4 tadi. Jadilah 200+20gram = 220 gram (lebih kurang)
Itu kalau nak spesifik sangat, kalau nak lagi sempoi, pecahkan je terus 5 biji gred B tu. Takde hal. Ini semua untuk pemahaman lebih baik, lebih sempoi lagi je. Bukan mesti patut ikut tepat tetap gitu.
Halal je la, masa putar, masukkan sedikit demi sedikit telur tu, putarlah sampai sebati. Bila dah faham formula telur ni, senang cerita. Sekarang selesai masalah! Tak perlu pergi ke tempat jauh redam nak beli telur gred A punya pasal. Kat kedai runcit depan pun boleh, janji tahu dan faham formula telur dalam kek.
Dan yang perlu berlebih-lebih melimpah ruah dalam resepi ialah, kasih sayang. Acewah :: Disclaimer : Haaa.. jangan ada yang claim telur gred B yang dia timbang kat rumah tu 62gram pulak. Kan saya dah kata, ini formula *kampung saya yang saya guna dan faham dalam bisnes kek-kek saya sejak 9 tahun lepas. Setakat ini, menjadi – Alhamdulillah.
Sila panjang-panjangkan, moga ia bermanfaat sebagaimana ia bermanfaat buat saya dan keluarga.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...