Rasanya ala-ala seperti kulit ayam yang crunchy. Sedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi
Bagi yang nak rasa telur goreng crispy, nah admin kongsikan resipi viral yang membuatkan ramai berminat nak cuba.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Siti Zalikha menerusi group Masak Apa Hari Ini. Menurutnya, suami dan ibu mentuanya cukup gemar dengan resipi ini.
Viral betul telur goreng crispy ni ye..penangan tiktok betul. Serious sedapp😊😊 rase macam kulit ayam.
Bahan-bahan:
Telur 2 biji
Secukup rasa
Sedikit chili flakes
Kacau seperti nak buat telur dadar
Cara membuat:
Gunakan pan untuk membuat telur ini. Lagi nipis lagi bagus.
Celupkan tepung yang siap digoreng dengan tepung bestari dan celupkan dengan air. Kemudian celupkan semula dengan tepung bestari.
Goreng dengan menggunakan minyak. Api jangan terlalu kuat takut hangus.
Dah siap. Rupa macam kulit ayam Kan.
Selamat mencuba. Suami dan mertua suke sangat❤
“Sukar Terima Anak Pergi Sekaligus, Yang Bongsu Masih Menyusu.” Isteri Panggil Nama Anak Dalam Tidur, Bantal & Lampin Pengubat Rindu
Bukan mudah untuk menerima hakikat perginya insan tersayang buat selama-lamanya. Namun Itulah yang terpaksa dilalui Mimi Doleng, 28.
Lebih memilukan dia kehilangan dua orang anak sekaligus. Berat untuk diterima lebih-lebih lagi anak bongsunya masih menyusu badan.
Malah dia mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.
Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota, semalam.
Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.
Mimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.
“Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.
“Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit… rasa sebak berada di situ teringatkan mereka,” katanya.
Menurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.
“Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah,” katanya mengalami bengkak susu sejak semalam.
Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.
“Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.
“Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada,” katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.
Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Lahir Je Anak Kedua, Anak Sulung Perlu Diutamakan.” Ibu Ni Kongsi Tip Pastikan Anak Sulung ‘Terima’ Adik!
Saat mengetahui bakal menimang cahaya mata lagi, ibu dan bapa adalah orang yang paling gembira. Lebih-lebih lagi sudah lama menantikan untuk menambah ahli baru dalam keluarga. Tetapi bagaimana pula dengan penerimaan anak sulung?
Tidak dinafikan sesetengah anak sulung sukar untuk menerima situasi tersebut, bimbang kasih sayang teralih kepada adik baru. Tetapi ada juga yang teruja bakal bergelar abang atau kakak.
Jadi, untuk memastikan anak sulung menerima keadaan tersebut dengan baik, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam hal ini. Bimbang emosi anak terganggu dengan kehadiran ‘adik’ nanti.
Jom baca perkongsian puan Mastura Mohd Ismail ,ibu anak tiga ini berkenaan isu ini.
LAHIR JE ANAK KEDUA, ANAK SULUNG LAH YG PERLU DIBERI KEUTAMAAN
Teringat saya tentang pengalaman tak berapa nak indah ketika saya melahirkan anak kedua saya.
Sejujurnya, saya belajar banyak sgt tentang parenting melalui KESILAPAN KESILAPAN saya. Sebab tu saya suka sharing2 dengan kalian semua supaya kita semua tak melakukan kesilapan yg sama. Huhu
Masa saya mengandungkan Aleya, anak kedua saya, saya langsung tak bagitahu Amna yg dia bakal dapat adik. Err pernah la jugak bagitau sekali dua camtu tapi sekadar bagitau camtu je la entah la dia faham ke tidak.
Time tu, saya masih houseman lagi. Dugaan houseman (cehh alasan kan haha) dan sebagainya membuatkan saya memang tak terfikir pun yg sebenarnya dari dalam kandungan lagi kita sepatutnya dah mula guide dan educate anak sulung kita yg dia akn menjadi seorang abang/ kakak dan sebagainya.
Macamtulah punya noob nya saya dulu
Jadi, apa KESANNYA pada Amna?
Lahir je Aleya, bila bawak Aleya balik rumah, Amna mula pukul dan cakar adik dia.
Pantang nampak adik tidur, tau tau je dah bercalar. Bayangkan lah, dah la umur tak sampai seminggu pun lagi dah kena robek dgn kakak.
Tak ada ilmu parenting
Saya agak tertekan ketika itu. Time tu takda ilmu parenting bagai ni. Amna asyik kena marah je. Kesiannyaa lah hai bila teringat balik
Time tu saya just fikir “ Oh Amna tak ready lagi kut ni “
Walhal, saya sendiri pun tak pernah readykan dia.
Bila adik dah mula merangkak, relationship diorang masih sama. Amna buat hal dia, adik buat hal adik dan of course adik lebih banyak berkepit dgn saya.
Masuk je usia Amna 3 tahun setengah, time tu saya dah mula ada kesedaran sket. Time tu dah start fikir tadika, dah kenal Kinderkaizen dan dah kenal ramai ikon parenting
Saya tertarik dengan satu quote dari Puan Adlil Rajiah. Katanya, bila lahir je anak yg kedua atau ketiga mahupun keempat, yg SULUNG lah yg paling perlu diberi keutamaan!
Saya pelik sungguh time tu.
Biar betul!
Lama saya nak hadam statement tu.
Dari situ lah titik tolak permulaan saya mula membaca tentang parenting ni.
Okay teori dah hadam. Praktikal pulak sekarang. So apa saya buat?
Buat anak sulung rasa disayangi dan dihargai
Ada satu malam tu, saya nekad. Saya rasa saya kena cuba buat anak sulung saya rasa disayangi dan dihargai WALAUPUN dia dah ada adik.
Saya kena harmonikan suasana diorang dua ni takdelah asyik nak bergaduh je kan.
Dan saya faham semua ni adalah PROSES yg akan memakan masa
So saya terus bagitau suami, saya nak masa kejap dlm setengah jam. Nak bawak Amna keluar jalan jap. Bonding time omputeh kata. Husband izinkan.
Bila saya ajak Amna, Amna mula tu mcm serba salah tau mimik muka dia, or mungkin dia pelik kut ummi dia ni buang tebiat ke apa ni
Dalam kereta saya tak tengok fon langsung, saya borak borak dgn Amna, saya bagitau betapa saya sayaanggg sangat kat Amna betapa saya bangga Amna jadi seorang kakak yg baik dan sebagainya.
Semua benda benda positif, saya sebut SEIKHLAS HATI depan Amna. Memang moment dlm kereta tu, masih saya ingat dgn jelas sampai sekarang.
Ummi, thank you ummi
Kemudian saya bawak Amna gi supermarket TF kasi dia main mainan yg 50 sen pastu pusing2 ada lagu tu. Punya lah excited muka dia time tu Allahu….
Lepastu saya tanya dia nak apa.
Katanya nak makan aiskrim.
Saya bawak pergi beli aiskrim rainbow favourite dia.
Then kitorang makan sama sama dlm kereta sebab dah nak balik dah.
Tapi masa otw balik tu, yg buat saya terharu dan terkesan sampailah sekarang ni pun dok terngiang ngiang lagi moment tu, Amna cakap kat saya time tgh traffic light merah sambil makan aiskrim dia tu,
“ Ummi, thank you Ummi “
Kenapa? Saya tanya.
“ Thank you sebab bawak Amna jalan, tak marah Amna, and bagi je Amna main apa Amna nak. Amna happy sangat lah Ummi. Happy sangat sangat “ kata Amna sambil dok habiskan aiskrim dia.
Memang itulah kata kata dia sebijik sebijik saya tulis tu
Saya sedih gila rasa time tu!
Saya bawak dia tak sampai setengah jam pun rasanya tapi dia punya hargai tu haihh.
Rasa mcm ya Allah apa lah aku dah buat kat anak sulung aku ni.
Apalah yg dia rasa ek bila dia dpt adik, pastu dia lah yg dok tolong kita buang pampers adik, tlg angkat beg la, tlg macam macam pastu kita pun sampai TAKDA MASA utk dia.
Itulah titik tolak saya untuk sentiasa allocate masa berdua je dengan Amna. (Terutama time adik2 dia tidur) Tak perlu lama pun. Dalam 10-15 minit memadai.
3 Benda simple beli jiwa anak sulung
Ada 3 benda simple yg saya selalu konsisten buat utk BELI JIWA anak sulung saya ni :
1) Saya akan dukung Amna sambil pusingkan dan terbangkan dia macam Spiderman tu (sebab dia suka sgt sy buat camtu cuma yela, skrg dia dah besar dah jarang dah buat, benda ni kite selalu buat kat budak kecik je kn, tapi saya still buat kat dia sebab dia HAPPY sgt bila saya dukung dia mcm tu)
2) Saya akan geletek dia. Kdg kdg saya perasan saya dah jarang geletek dia. Yelah, dah makin besar kan. Bila geletek Amna, memang mood dia terus super duper happy sebab dia sorang je kena geletek. Rasa macam special gitu.
3) Saya akan pretend dia mcm baby.
Cth lepas mandi, time nak pakai baju tu sy akan dukung dia sambil dia baring tu sambil cakap,
“ alaa baby ummi ni alaa baby manje manje ummi ni meh nak sapu lotion meh”
pastu pakaikan baju dia sambil buat mcm gaya gaya baby. Urut urut sikit. Kadang2 saya saje ambik minyak telon Ayyash utk urut perut dia
Selalunya Amna akan malu malu and gelak gelak je sebab dia tahu saya nak main2 je ngan dia, but point saya is, saya just nak INSTALL MEMORY dia yg dia pernah jadi baby pada saya dan selamanya my baby!
Alaaa type ni pun dah nak nangis dah
Begitulah..
Bila EMOSI anak sulung terjaga, senang untuk dia menunjukkan tingkah laku yg baik baik untuk adik adik dia ikut.
InsyaAllah semoga tips ni bermanfaat buat kalian yg turut mempunyai anak sulung.
Selalu selalulah kita curik masa utk spend time BERDUA saja dgn diorang.
Tak semestinya wajib bawak keluar, tak semestinya dgn material, tapi cukup dengan MASA YANG BERKUALITI kita guna ketika bersama mereka
Semoga bermanfaat! Doakan saya juga ya
Mastura Ismail
Mak anak 3 yg masih struggle
Dekor Ruang Dapur Guna Wirenet. Ruang Sempit Nampak Lebih Kemas & Tersusun. Mudah & Berbaloi!
Nak dekor ruang dapur tapi tak banyak modal, nah admin kongsikan tip yang cukup mudah dan menjimatkan ini yang hanya menggunakan wirenet. Hasil perkongsian dari Noor Hafiza Mohamad. Cukup simple tapi banyak manfaatnya.Ramai orang tak tahu kegunaan jaring ni ..
Jaring ini dipanggil WIRENET !
Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
Antara kegunaannya adalah sebagai tempat susun bekas rempah, gantung sudip dan fry pan, dijadikan rak, gantung kaktus kecil, dekorasi meja belajar, organize alatulis dan banyak lagi.
Cara gantung wirenet ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan sis sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri.
Sis beli di DAISO, setiap satu jaring dan bakul berharga RM5.90.
Kedai2 lain yang boleh dapatkan WIRENET adalah:
– DAISO
– MR DIY
– KAISON
– IKEA
Selamat mendeko
Noor Hafiza Mohamad