‘Telur Dah Jadi Bubur.’ Lebih 100 Biji Telur Pecah Gara-gara Anak Kecil Ini

Share

‘Telur Dah Jadi Bubur.’  Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh seorang ibu apabila melihat anaknya bermain dengan telur mentah yang sudah pecah.

Baru-baru ini tular video di aplikasi Tiktok yang menunjukkan seorang kanak-kanak gembira bermain dengan telur yang telah dipecahkannya. Difahamkan lebih 100 biji telur telah dipecahkan gara-gara bermain bersama abang dan kakaknya.

Mungkin ramai yang pelik, kenapa terlalu banyak telur yang disimpan oleh keluarga ini. Sebenarnya telur-telur itu adalah untuk digunakan dalam perniagaan murtabak yang diusahakan oleh keluarga ini.

Bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut menzahirkan rasa redha dengan tindakan anaknya itu menerusi kapsyen  ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’.

Artikel Berkaitan

Sejurus video itu telah tular, majoriti besar orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan sang ibu tersebut apatah lagi telur sangat sukar untuk diperolehi sekarang kerana dipercayai kekurangan stok.

@rais_murtabak_kadok anak oh anak…sabar jela…telur dah jadi bubur#CapCut #usahawanmuda #abgmurtabakkadok #fyp ♬ bunyi asal – Rais_Murtabak_Kadok

“Ya Allah anak, bukan mudah hendak dapat telur sekarang, menangislah emak awak adik, sabarlah kakak, budak cerdik memang banyak telatahnya,” komen seorang pengguna TikTok.

“Allahuakhbar, kena sabar yang paling tinggi buat ibu bapa dia, telur dekat sini susah dapat tetapi awak boleh mandi telur ye? Tinggal masuk dalam kuali sahaja ni, comel sungguhlah telatah budak-budak,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Telur ibarat perkara penting dah sekarang adik, awak boleh sampai seratus lebih biji telur awak pecahkan dan buat mandi, bertuah sungguh la budak kecik ini,” usik pengguna TikTok itu.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang lebih memikirkan bagaimana cara hendak membersihkan telur-telur yang telah dipecahkan itu kerana pastinya akan meninggalkan bau yang hanyir dan kurang enak.

“Kalau aku menangis bukan sebab susah dapat atau harga telur tetapi sebab kena bersihkan, itu yang tidak sanggup dengan bau hanyir lagi, nasib bukan anak aku, anak duhai anak,” tulis pengguna TikTok itu.

“Telur memang susah hendak dibersihkan, sudah bersih pun akan ada lagi bau hanyir dia. Memang boleh menangis masa hendak bersihkan ini,” kongsi pengguna yang lainnya.

Mesti Baca :

Tip / Petua

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club