Telur dadar adalah salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan. Namun menggoreng tanpa skill pastinya telur dadar yang disediakan tidak menarik gayanya.
Malah bagi memastikan telur dadar lebih enak dan gebu ada beberapa cara yang boleh anda lakukan. Paling popular dengan praktik 6 cara ini. Selamat mencuba!
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul telur dengan lebih lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis telur yang telah dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan sedikit air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah perahan limau nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan serbuk penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!