Telur Dadar Halia Bukan Jer Sedap, Bagus Untuk Penghidap Asma. Anak-Anak Pun Suka Ni!

Share

Ramai menganggap penyakit asma atau lelah sebagai tidak serius dan kurang diambil peduli mengenainya. Tetapi yang menghidapinya tahu bagaimana rasa apabila diserang penyakit ini. Kerana itu, ubat asma seperti inhaler sentiasa di sisi.

Malah, ada juga yang terpaksa berpantang makanan tertentu untuk mengelakkan masalah asma menyerang. Pelbagai cara dan kaedah dikongsikan untuk mengelakkan penyakit ini baik dari segi perubatan moden mahupun tradisional.Ada yang sesuai ada yang tidak, semuanya bergantung kepada ketahanan diri individu tersebut.

Salah satu petua yang dikongsikan oleh wanita ini adalah dengan mengamalkan telur dadar yang dicampur halia di dalamnya. Menurut Mulianis Ahmad, petua tersebut diperoleh dari seorang wanita cina.


Mase kecik dulu sy sakit asma teruk.. Kebetulan kat klinik ade duduk sebelah unty cina.. Die bg resepi petua.. Die ckp org cina jarang sakit asma.. Halia tua tumbuk masukkan telur + garam.. Goreng..

Walau pun asma masih ade.. Tp resepi ni sedap.. Ari2 makan pun x jemu..

Dah lama sy x buat .. Semlm sy try buat bg anak2 makan .. Mereka pun suka .. Berebut.. Ari ni masak yg same lg.. X yah lauk lain.. Lg pun suami outsn layan ni aje..

Bahan-bahan

2 biji telur

2 inci halia di tumbuk lumat

sedikit garam

Cara membuat:

Tumbuk halia sehingga lumat.

Masukkan ke dalam telur dan sedikit garam.

Kacau sehingga sebati bahan-bahan tersebut.

Kemudian, goreng telur dadar hingga garing.

Ini antara petua yang boleh diamalkan bagi pesakit asma. Namun semuanya bergantung kepada tubuh seseorang individu tersebut. Tidak salah untuk mencuba kan. Lagipun halia memang diketahui sangat bagus sebagai agen membuang angin dalam badan.

 

 

 

 

credit : Mulianis Ahmad‎