‘Telinganya Tidak Memahami, Tetapi Matanya Belajar Memerhati’. Imam Muda Asyraf Kongsi Tip Didik Anak!

Share

Cara mendidik anak-anak bukan boleh dilakukan asal boleh, tetapi perlu perhatian khusus dan ia juga merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari.

Lantas apabila melihat cara Imam Muda Asyraf mendidik anak-anak yang masih kecil agar mencintai kisah-kisah nabi, wajar kita contohi.

Mengulas tentang itu, Imam Muda Asyraf berkongsi tip di akaun instagramnya. Menurutnya, apa yang penting adalah mendidik kebiasaan pada anak-anaknya. Sama ada mereka faham atau tidak adalah perkara kedua.

Menurutnya lagi, cuba bercerita serba sedikit tentang gelagat anak-anaknya. Pastinya setiap anak itu berbeza perangainya.

Katanya lagi, biarpun setiap hari sibuk memberi ceramah dan kuliah di merata tempat, namun jika ada ruang masa akan digunakan sebaik mungkin walau sekadar membacakan sebaris  hadith.

Untuk itu bersamalah kita didik diri untuk menyuburkan majlis ta’lim dengan membaca Al Quran dan Hadith bersama-sama di rrumah.Semoga hidayah Allah bersinar di dalam setiap hati ahli keluarga yang kita cintai.

Sumber : Instagram Imam Muda Asyraf