Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di akaun fbnya pada 1 Okt lalu memang benar-benar membuat sesiapa pun tersentuh hati dan sayu membacanya. Kali ini bukan kisah biasa-biasa, namun ustaz yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz air mata’ ini dengan rendah hati memohon untuk kita semua mendoakan kesihatannya.
Apa yang pasti, setiap baris ayat yang dipaparkan, cukup menginsafkan sekali gus mendidik diri sesiapa jua untuk tahu rasa bersyukur walau dalam apa jua keadaannya. Oleh itu, ayuh bersama kita doakan kesembuhan buat ustaz kesayangan ramai ini.
Ini perkongsiannya
Ads
Dengan rendah hati pohon doa semua yer..Allah uji dan beri sesuatu kerana dia sayang. Telinga sebelah kanan saya dah tak dengar apa-apa. Mula-mula tahu rasa sebak sangat. Bila Dr kata mungkin sebab saraf setelah diperiksa..
Rasa nak menangis sebab masa nak peluk orang masa ceramah tiba-tiba rasa kurang stabil. Dan bila ceramah saya dah tak boleh agak suara saya kuat ke perlahan. Tapi syukur kerana saya cuma rasa cakap pada hati saya sendiri..syukur ada sebelah lagi boleh dengar..
Ads
Ujian kerana kasih sayang Allah. Dah lama dia beri pelbagai nikmat. Bila hilang nikmat ni terasa sayu sangat.
Ads
Disebalik ujian ada rahmat Allah. Itulah saya harapkan keampunan Allah atas segala dosa. Rupanya hilang satu nikmat ini saya semakin peka pada sekeliling. Saya belajar melihat semuanya dengan mata dan belajar merasainya..
Buat semua sahabat pohon doakan saya yer. Dengan rendah diri saya minta maaf pada semua yer semua kesalahan dan dosa saya..saya cuma insan yang lemah dan berdosa. Saya doakan semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat..-ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meraikan hari ulang tahun kelahiran menjadi suatu detik yang cukup menggembirakan dan membahagiakan sesiapapun, apatah lagi buat anak-anak. Keterujaan akan jelas terpancar di wajah anak-anak ini andai sambutan tersebut dirai bersama kawan-kawannya.
Sedar hal itu, alangkah bagusnya jika sambutan tersebut dibuat di sekolah. Namun adakah hal ini dibenarkan oleh pihak sekolah atau bagaimana cara sewajarnya ibu ayah lakukan untuk merialisasikan majlis sambutan hari lahir anak di sekolah.
Oleh itu, jom semak perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh semoga bermanfaat untuk ibu ayah yang berhajat hendak raikan hari jadi anak di sekolah.
Hari ini aku nak kongsi tentang sambutan hari jadi di sekolah. Apa yang boleh dan apa yang tak sesuai kau buat.
Zaman sekarang, ada satu budaya yang bagus (pada aku) bila murid menyambut hari lahir. Kebanyakan ibu bapa bersedekah dan memberi hadiah pada kawan-kawan anak mereka di hari lahir anak mereka.
Kalau dulu, kita yang kena bagi hadiah pada birthday boy/girl. Zaman la ni, bila anak sambut hari lahir, ibu bapa akan bagi goodies bag kat kawan-kawan sekelas anak mereka.
Siap masak mee, nasi, kuih dan juga kek sambutan hari lahir. Hal ini tak salah. Boleh sambut di sekolah dengan syarat, minta izin pentadbir dan guru kelas. Itu syarat utama. Jangan masuk main redah sahaja.
Biasanya, pentadbir dan guru kelas akan benarkan. Sambutan biasanya dibuat pada waktu rehat murid. Malah, kadang-kadang guru-guru pun dijemput sama. Alhamdulillah. Rezeki.
Panduan Buat Ibu Ayah
Cuma aku nak bagi sedikit panduan untuk ibu bapa yang berhajat nak sambut hari lahir anak mereka di sekolah.
1. Minta izin pihak sekolah. Ini syarat utama. Memang ada yang jenis redah tanpa izin.
2. Berpakaian sopan. Pernah ada seorang ibu datang dengan kawan-kawan yang seksi meksi. Sampai aku tak tahu mahu melihat dada ayam KFC atau dada orang. Hormat kak. Hormat peraturan sekolah.
3. Tak payah guna lilin untuk letak atas kek. Bahaya. Sebelum ada kejadian yang tak diingini, baik kita cegah awal, ye tak?
4. Bawa goodies bag dan makanan secukupnya untuk murid kelas tersebut, DAN sediakan juga satu untuk guru yang handle sambutan hari lahir itu.
Cikgu bukan lapar sangat nak makan, mereka boleh je makan kat kantin. Tapi itu sebagai adab dan tanda menghormati guru yang sanggup tidak turun rehat dan handle majlis anak kita. Bantu agih hadiah dan sebagainya.
Ramai parent suka letak jajan/cekedis atau junk food dalam goodies bag. Memang la budak-budak suka, tapi itu makanan tak sihat kan? Tak payahlah letak.
Budak-budak ni, bagi hadiah apa pun mereka seronok. Baik, aku bagi cadangan apa yang sesuai letak dalam goodies bag tu.
a) Air susu/milo kotak. b) Epal, roti, muffin cake. c) Alat tulis. Pensel, pemadam, pembaris. d) Angpau. RM1 pun seronok sangat dah budak-budak.
Angpau untuk cikgu sekali. Sebaiknya letak 5 keping not RM100. Itu sebaiknya. Tak lah. Aku gurau je bab angpau cikgu tu. Kau serius sangat dah kenapa?
Tapi point aku nombor 5 tu tolonglah kau ambil berat. Tolong sangat-sangat ya!
Bila sambut birthday di sekolah…
Ada orang berpendapat, budaya begini tak elok kerana murid yang tak mampu pula dengki lihat kawan mereka sambut hari lahir dengan grand dan meriah. Itu kata mereka.
Namun, aku berpendapat sambutan begini sangat bagus kerana :-
i) Menggalakkan budaya bersedekah. ii) Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa. iii) Murid dari keluarga kurang senang dapat hadiah dan makan yang sedap-sedap.
Pernah aku dengar murid-murid bercakap sesama mereka,
” Bestlah sambutan hari jadi ni. Dapat hadiah. Kalau sambutan hari jadi ada setiap hari kan seronok.”
Kan bagus begitu. Murid yang kurang mampu pun terasa mereka diraikan pada hari lahir kawan mereka yang agak berada.
Apa pun, terpulanglah pada pandangan kalian. Yang berhajat nak buat sambutan hari lahir anak kat sekolah, mohon hadam semua point aku.
Andai seseorang ibu atau isteri ingin membuat perubahan besar pada diet harian demi mendapatkan berat badan unggul bagi dirinya, pasti sesetengahnya merasakan ianya bukanlah kerja mudah.
Apatah lagi, jika setiap hari sudah menjadi rutin harian memasak hidangan yang enak untuk dijamah oleh seisi keluarga. Pasti sahaja, bila terlihat pelbagai menu tersebut akan secara tidak sengaja, kita sendiri boleh makan bertambah pula jadinya. Ini sekali gus membantutkan usaha untuk berdiet.
Pun begitu, jika anda rajin menyediakan menu berasaskan cendawan ia sebenarnya baik untuk anda sekeluarga. Bukan sahaja dikatakan boleh bantu turunkan berat badan, malah banyak lagi khasiatnya.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh coach Syai Aizat di akaun fb. Jom semak apa katanya.
SIHAT DENGAN SI CENDAWAN
Siapa suka cendawan? Berita baik untuk anda. Bukan setakat sedap dimakan, tapi juga sebagai ‘nature medicine’. Siapa yang ingin menurunkan berat badan, sangat bagus untuk diamalkan.
Kebaikan Cendawan :
1. Fat-Free, tinggi fiber, sangat rendah kalori
(1/2 mangkuk – 10kcal)
2. Tinggi mineral – mengandungi Postassium, Selenium, Riboflavin, Thiamin, Folate, B6, Niacin (B3) dan ZInc.
3. Mengandungi Phytochemical & Glutamic acid
Dapat membantu untuk :
1. Menurunkan berat badan
2. Meningkatkan sistem imun
3. Mencegah kanser
4. Menurunkan tekanan darah
5. Menurunkan kolestrol
Ia boleh diambil sebagai ‘pengganti daging’ kerana sifat kekenyalan dan mineral yang tinggi.
Saya share menu sihat cendawan
Bahan-Bahan
1.Cendawan
2.Bawang merah+ bawang putih
3.Lada hitam
4.Cili padi
5.Telor
6. Air
7.Secubit Garam
Cara-caranya
Didihkan air,masukkan bawang merah,putih,cili padi,kacau-kacau.Kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan telor,tunggu masak masukkan secubit garam dan tutup api.
Emak-emak mesti ada anak yang sangat gemar makan kuih karipap. Malah kalau boleh nak bawa bekal karipap setiap hari ke sekolah. Karipap ini bahan-bahan membuatnya ringkas sahaja cuma sedikit renyah.
Oleh itu sebaiknya setiap kali membuat karipap, terus buat dalam kuantiti yang banyak dan frozen kan. Karipap frozen ini mampu tahan sehingga 6 bulan walaupun tanpa pengawet.
Melalui perkongsian Puan Mar di facebooknya, terdapat cara mudah untuk frozen kan karipap iaitu hanya perlu membakar di dalam oven.
Kebaikan membakar karipap ini adalah ia langsung tidak menggunakan minyak menyebabkan ia kurang berminyak apabila digoreng nanti berbanding jika kita menggorengnya separuh masak sebelum disejuk beku. Malah teksturnya juga lebih rangup dan sedap setelah digoreng nanti.
Cara-cara Membakar Dalam Oven
Mula-mula susun karipap di atas tray. Pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain agar pembakaran nanti sekata semuanya.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan tetapkan suhu kepada 160 darjah celcius dan dibakar selama 20-25 minit.
Setelah masak keluarkan dan biar ia sejuk dahulu pada suhu bilik kemudian bolehlah disusun di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam freezer. Karipap frozen ini mampu tahan lama sehingga 6 bulan walaupun tidak diletakkan pengawet.
Tip Goreng Karipap Agar Cantik Sekata
Kelebihan membakar karipap dalam ketuhar ialah apabila digoreng selain kurang berminyak, teksturnya juga lebih cantik dan tidak mengerutu walaupun kita kurang mahir menggoreng.
Pertama sekali setelah dikeluarkan dari freezer, biarkan di luar lebih kurang 15-20 minit. Kemudian gorengkan ia di dalam minyak panas menggunakan api yang perlahan. Balik-balikkan ia sehingga coklat kekuningan. Memandangkan karipap ini telah disejuk bekukan maka proses menggorengnya hanya mengambil masa lima minit.
Resepi Inti Karipap Sardin Untuk 100 biji
3 biji bawang besar- dikisar
Setengah labu bawang putih- dikisar
1 senduk cili boh atau cili kisar
1 tin sardin
1 kilo ikan sardin- direbus atau boleh guna pressure cooker
Mix vegetables
Garam,gula dan perasa secukupnya
Mula-mula tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kisar atau cili boh ke dalamnya dan kacau sehingga naik minyak.
Setelah cili sudah kelihatan naik minyak, masukkan sardin tin dan isi ikan sardin yang telah direbus tadi.
Kemudian masukkan mix vege dan kacau sehingga kering. Pastikan inti ini tidak berair agar bila membuat karipap nanti kelihatan kemas dan senang kelim.
Akhir sekali perasakan dengan gula, garam dan bahan perisa. Adunan inti ini cukup untuk membuat 100 biji karipap.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.