Semenjak anak-anak kita tidak boleh  ke sekolah akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan 18 Mac lalu oleh kerajaan, nyata itu bukanlah alasan untuk anak-anak kita tidak mengulangkaji buku pelajaran.

Apatah lagi usaha dan iniasiatif guru-guru telah menggunakan aplikasi whatapps  untuk berkongsi nota dan memberikan latihan kepada anak murid, usaha ini harus dipuji.

Apa yang pasti tujuan murni ini bagi memastikan anak-anak kita terus dapat belajar walau tidak dapat pergi ke sekolah seperi biasa akibat Covid-19 ini.

Pun begitu, kita juga sedia maklum tidak semua pelajar tersebut terdiri daripada keluarga berkemampuan, ada sebahagiannya tidak mempunyai telefon pintar.

Pun begitu, memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, pastinya ramai berlapang dada bila mana YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.

IKLAN

Inisiatif belajar dari rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.

Telefon Pintar Percuma Untuk Keluarga B40, Mudahkan Anak Belajar Di Rumah!

IKLAN

 

Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

IKLAN

Guru beri nama pelajar yang layak

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan YTL memohon kerjasama guru sekolah terbabit tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.

Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka.

Kemukakan pendaftaran 

Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.

sumber : Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI