Dalam perjalanan ke sesuatu destinasi, tak sah kalau kita tak lalu di lebuhraya. Kalau kita perasan kita selalu nampak telefon berwarna oren di sisi jalan lebuhraya, tapi jarang kita lihat orang sedang menggunakan telefon tersebut kan?
Telefon tersebut merupakan telefon kecemasan yang boleh digunakan oleh semua sekiranya terdapat sebarang kecemaran atau mengalami kesukaran di tengah jalan. Memang pada zaman sekarang boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai telefon bimbit sendiri, tetapi tahukah anda ingin menghubungi nombor apa dan siapa kita nak menghubungi semasa kecemasan itu? tidak semua sedia maklum akan nombor kecemasan yang sedia ada.
Mesej ini dibawakan oleh Falken
Telefon kecemasan tersebut bukanlah ‘saja-saja’ di letakkan di lokasi tersebut. Ada sebab tertentu telefon oren itu berada di lokasi itu, antaranya apabila menggunakan telefon kecemasan tersebut, ia akan secara automatik menghantar maklumat lokasi kepada pembantu kecemasan secara automatik menggunakan ELS. Jika ELS dimatikan, pembawa mudah alih anda mungkin masih menghantar lokasi peranti semasa anda membuat panggilan atau menghantar teks kecemasan.
Ini perkongsian dari Abambobby9398 pekerja lebuhraya yang memuat naik video di Tiktok cara menggunakan telefon kecemasan. Anda hanya perlu menekan satu-satunya butang hijau yang ada pada telefon tersebut dan hanya menunggu isyarat panggilan dari pihak generator dan anda boleh menyatakan masalah kecemasan anda dan menunggu pihak lebuhraya untuk tiba dan menyampaikan bantuan.
Ads
Selepas ini, sesiapa saja boleh menggunakan telefon tersebut untuk mendapatkan bantuan semasa kecemasan. Dapatkan bantuan dengan segera, berhati-hati dijalan raya!
Sebagaimana kita semua tahu, baru-baru ini kumpulan Wings telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Pun begitu, kenangan sepanjang berada di bumi barakah menjadi lebih manis apabila vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie menyambut ulang tahu kelahirannya ke-54 di Makkah.
Menerusi Facebook Maulana Helmi, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dapat dilihat sedang diraikan bersama jemaah lain termasuk anggota Wings.
“Sanah Helwah Dato Awie Al Pamalo sempena Hari Lahir yang ke-54 tahun. Didoakan semoga Dato kekal sihat walafiat dan diberkati oleh Allah S.W.T dalam kehidupan Dato di dunia dan di akhirat,”ucap Maulana Helmi.
Sementara itu, Awie meluahkan rasa syukur kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran di Makkah.
“Terima kasih banyak-banyak. Syukur dalam banyak-banyak tempat, kita ditemukan di Makkah al Mukarramah ini.
“Saya sangat-sangat gembira dan terima kasih Datuk Mat yang merealisasikan impian ini untuk membawa bersama sahabat dunia akhirat saya, Wings. Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai saya,” katanya yang kelihatan sangat ceria.
Awie memaklumkan di awal pembabitan dalam bidang seni, dia dan Sham menubuhkan Wings dengan rock & roll.
“Tapi di akhir-akhir penghujung ini kita tubuhkan satu kumpulan baru lagi ‘Wings On Fire’ pergi umrah. Terima kasih banyak-banyak sebab doa-doa semua,” katanya.
Semua rakan jemaah turut menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu buat penyanyi hebat ini.
Alangkah bertuahnya badan bila dikurniakan menantu lelaki atau perempuan yang baik, menjaga dan menyayangi diri kita seperti ibu kandung sendiri. Tidak dengan itu, murah hati pula membeli hadiah sebagai tanda kasih.
Berkongsi kisah Abdul Muiez Ruslee ini umpamnya, seroang menantu yang memberikan hadiah istimewa kepada ibu mertuanya yang telah lama teringin membeli emas bolehlah dijadikan inpirasi.
Menurutnya, apa yang dikongsikan bukanlah bertujuan menunjuk kaya apatah lagi berduit, namun apa yang dilakukan semua itu adalah sebagai mencipta satu kenangan indah untuk dirinya dengan dapat menghadiahkan barang kemas.
Ini memandangkan ibunya sudah meninggal dunia , dan kini cuma ibu mertua lah tempat untuknya menumpang kasih seorang ibu.
Belikan Gelang Emas & Cincin Untuk Mak Mertua
Semalam saya nampak mak mentua bagi duit dekat isteri. Minta simpankan. Kumpul-kumpul nak beli cincin, katanya.
Allahu akbar. Kasihannya. Saya cuba congak-congak duit yang ada dalam bank. Cukup.
Saya buat carian di Google. Kedai emas Seri Iskandar. Ada. Saya hubungi kedai itu.
Kedai tutup pukul 6. Saya tengok jam. Ada 15 minit lagi. Saya minta jangan tutup dahulu. Kami nak datang.
Sampai saja di kedai, saya minta emak pilih satu gelang emas. Selesai, bayar.
Mak kata, nanti nak datang lagi lepas duit cukup. Nak beli cincin pula.
Saya congak-congak lagi duit dalam akaun. InsyaAllah sebentuk cincin lagi boleh lepas.
Terus saya minta mak pilih cincin pula. Selesai dan saya bayar.
Saya bercerita bukan nak tunjuk saya kaya atau berduit. Tidak.
Cuma saya terkenang. Sepanjang mak saya hidup, saya tak pernah belikan barang kemas untuk mak.
Masa itu, duit nak lepas hidup sendiri pun paras hidung je. Sekarang, Allah bagi rezeki sikit. Saya nak bagi dekat mak sendiri, mak dah takda. Dah 8 bulan mak meninggal.
Belikan Ayah Baju Baru
Dulu masa kecik, ingat tak kita pernah cakap dekat mak. Saya fikir, kita semua pernah sebut benda yang sama. “Nanti dah besar, saya belikan mak emas ya.”
Sekarang dah besar, pernah tak kita belikan?
Saya teringat tentang itu dan saya tak nak penyesalan itu datang lagi.
Balik Negeri Sembilan hari itu, saya tengok baju-baju ayah dah kusam. Saya belikan dua helai baju di Freeport A Famosa. Suka betul ayah.
Masa jamuan akikah, ayah pakai. Ayah tunjuk dekat saya. “Ayah pakai baju yang kau beli.”
Rakan-rakan dapat bayangkan tak apa perasaan saya? Agak-agak bagaimana perasaan ayah pula?
Saya tulis status ni pun menitik air mata.
Terkenang, sepanjang mak hidup, tak sempat saya nak berbakti. Malu dengan adik. Betapa beruntungnya dia, dapat berkhidmat untuk mak sehingga nafas mak yang terakhir.
Nak berbakti pun sempat, inikan pula nak belikan gelang emas.
Harta Bertambah Berkat
Kadang-kadang kita rasa duit tak cukup nak beri khidmat untuk mak ayah.
Tapi percayalah, harta yang kita beri kepada mak ayah itu sangat berkat.
Yang tak cukup, insyaAllah, Allah akan cukupkan.
Lepas mak dapat hadiah, terus mak doakan kami.
Dah 8 bulan saya tak dapat doa seorang mak.
Tapi, semalam saya dapat dengar doa dari seorang mak dengan jelas.
Saya minta dekat mak. Doakan semoga kami menang cabutan Al-Awfar. Semoga dapat kami tebus semua gelang mak di Ar-rahnu.
Kawan-kawan.
Sementara mak ayah masih hidup, santunilah mereka. Penuhi hajat mereka.
Benar, kita kadang-kadang pun tak berduit. Tapi cuba fikir, lepas kita keluarkan duit dekat mak ayah, pernah tak kita kelaparan? Pernah tak kita tak makan?
Tak, kan?
Kita kata tak ada duit untuk mak ayah, tapi kita boleh melancong sana sini. Beli barang branded itu ini.
Saya tak cakap dekat orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.
Malah, kalau kita sedar, rezeki kita semakin melimpah.
Bukan hanya sekadar duit, mungkin juga melalui jalan lain. Antaranya hati kita tenang, kereta tak pernah rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai, kerja kita dipermudahkan, tak pernah kena marah dengan bos, tak stress.
Ya, itu semua mungkin asbab kita menyantuni mak ayah.
Berbaktilah sementara mereka masih hidup. Semoga berkat hidup kita.
Berbaktilah dengan cara kita. Sikit cara sikit. Banyak cara banyak.
Jika tak mahu menyesal di kemudian hari.
Jika ada perabot lama yang kita miliki sejak zaman bujang hingga kini sudah beranak pinak, kadang kala dilihat sudah tidak sesuai lagi untuk ditempat di dalam rumah. Ianya nampak tidak menarik, contohnyaseperti laci plastik bertingkat ini.
Hendak dibuang sayang dan atas sebab itu juga, seorang isteri ini berkongsi idea apa yang dilakukan olehnya untuk pastikan laci plastik kepunyaan suaminya itu untuk tampil dengan imej baharu dengan cara yang mudah dan ringkas.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Nak share projek lama dah ni. Mase tu ingat nak buang dah laci ni.Laci zaman suami bujang.
Suami bising cakap laci tu elok lagi. Mahal tau die beli.. Die kate la.. Saya tak beli sy xtau la.. Haha. Sy survey2 ade la dlm RM 90+. Ok fine. Kalau xbg buang.. Meh sini mokcik nak deco.
Maybe bole bg idea kt kwn2 dalam group ni pulak.
Bahan-bahan – wallpaper sticker jenis tebal, kotak utk lapik. Dan semangat yg kental.
sumber : Lya Amilia Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal, apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri...