
Ketika dalam tempoh ini, pastinya kita semua terpisah dengan orang tua di kampung. Dalam tempoh ini juga tentu kita risau soal bekalan makanan. Tak salah untuk kita tanya khabar ibu bapa di kampung mengenai bekalan makanan.
Sebagaimana perkongsian ini.
Sebak dengar kisah kawan saya yang ke rumah seorang jirannya, seorang makcik tua.
Daripada luar rumahnya nampak macam rumah biasa biasa tapi bila dah jumpa sendiri dan tanya depan depan rupanya makcik ni tak ada duit langsung dah.
” Anak anak tak bantu ke makcik? “
Rupanya semua anak anak makcik ni bagi alasan diri sendiri dan keluarga pun tak cukup makan.
Terkedu. Sedih. Speechless semua ada.
Tolong ya semua yang masih ada mak dan ayah tu. Ibubapa ni walaupun mereka tak buka mulut dan tak pernah mengadu pun pada kita, tolong ya telefon dan tanya khabar mereka.
” Mak, mak apa khabar?”
” Mak, harini makan apa mak?”
” Ayah, beras kat rumah ada stok lagi tak ayah?”
” Mak, ikan ayam dalam peti ada banyak lagi?”
Mak ayah kita ni takkan mengadu pada kita walau apa pun keadaan mereka. Sebab apa? Sebab walau sesusah mana pun mereka, mereka tetap taknak susahkan anak anaknya!
Allah. Inilah Unconditional Love seorang mak seorang ayah. Sampai ke mati pun mereka taknak susahkan anak anak mereka walau diri sendiri pun dah di hujung tanduk.
Sebak.
Sumber: Taufiq Razif
Anak Hidap Penyakit Yang Jarang Berlaku, Ayah Ni Ikhtiar Cari Penawar Dengan Bina Makmal Sendiri!

Kita selalu mendengar ungkapan bahawa kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini , berusaha tanpa mengenal jemu untuk mencari penawar penyakit anaknya disebabkan masalah genetik yang jarang berlaku iaitu sindrom Menkes.
Pun begitu, penutupan sempadan antarabangsa menyebabkan usaha merawat penyakit anaknya yang tiada di China sukar dilakukan hingga akhirnya ayah ini memaksa dirinya memulakan penyelidikan dan belajar mengenai farmaseutikal.
Memetik kisah hebat seorang ayah ini di myMetro, difahamkan anaknya yang diberi nama Haoyang yang berusia dua tahun mungkin boleh hidup beberapa bulan lagi.
Bina Makmal Sendiri
Maka, Xu Wei – bapanya yang terdesak mahu melihat anaknya menjalani kehidupan lebih baik, membina makmal perubatan di kediaman mereka untuk menghasilkan penawar.
“Saya tiada masa berfikir sama ada cara ini berhasil atau tidak. Saya tahu ia perlu dibuat,” katanya.
Sindrom Menkes memberi kesan bagaimana kuprum yang juga bahagian penting otak dan perkembangan sistem saraf diproses dalam badan.
Penghidap sindrom ini biasa hidup tidak melebihi usia tiga tahun.
Namun, Xu yang hanya memiliki tahap pendidikan sehingga sekolah tinggi dan menjalankan perniagaan dalam talian tidak berputus asa demi anaknya.
“Walaupun dia tidak boleh bergerak atau bercakap, dia masih ada jiwa dan perasaan,” katanya sambil memangku Haoyang untuk memberikannya madu dicampur air.
Usaha Selagi Boleh
Selepas mengetahui ubat mengurangkan gejala dihadapi anaknya tiada di China, Xu memulakan penyelidikan dan mengajar diri sendiri mengenai farmaseutikal.
Kebanyakan dokumen dalam talian berkaitan sindrom berkenaan dalam bahasa Inggeris, namun Xu menggunakan perisian penterjemahan untuk memahami bahan bacaannya.
Apabila mendapati histadin kuprum boleh membantu, dia menyediakan peralatan dan menciptanya, mencampurkan kuprum klorida dihidrat dengan histidin, natrium hidroksida dan air.
Xu kini memberi Haoyang dos harian ubat buatan sendiri yang memberikan kanak-kanak itu sebahagian daripada kuprum yang hilang pada tubuhnya.
Ahli kimia amatur itu mendakwa, beberapa ujian darah kembali normal dua minggu selepas memulakan rawatan.
Kanak-kanak itu tidak boleh bercakap, tetapi dia tersenyum apabila bapanya mengusap kepala.
Tetapi enam minggu selepas membabitkan diri dalam projek itu, Xu menghasilkan botol histidin kuprum pertamanya.
Untuk mengujinya dia terlebih dahulu bereksperimen dengan arnab dan kemudian menyuntik ramuan itu ke dalam badannya.
“Arnab itu kelihatan baik, saya juga tiada masalah, maka saya cuba pada anak saya,” katanya.
Dia kemudian meningkatkan dos secara beransur-ansur. Tetapi ubat itu bukan penawar.
Profesor Annick Toutain, pakar penyakit jarang jumpa di Hospital Universiti Tours di Perancis berkata, rawatan itu hanya berkesan terhadap anomali genetik tertentu jika ia diberikan sejak awal, iaitu dalam tiga minggu pertama kehidupan.
Katanya, selepas itu rawatan hanya mengurangkan gejala, tanpa membawa kepada pemulihan.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Risau Anak Asyik Main Tablet Cuti Sekolah. Praktis Cara Nak Handle Mereka Seperti Dikongsi Oleh Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ini

Bila cuti sekolah, sudah tentu anak-anak pun ‘cuti’ sekali daripada memegang buku dan membuat homework. Malah dengan gelagat anak-anak ini, ada ibu-ibu menjadi ‘harimau’ setiap hari mengaum apabila ada anak-anak buat perangai dan ada juga asyik berkepit dengan tablet. Risau kan!.
Bagi ibu-ibu yang bercuti habiskan cuti tahunan atau suri rumahtangga, usah pening kepala, masih ada masa lagi untuk handle anak-anak secara SIHAT ketika cuti sekolah ni.
Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ini , Noor Hayati Abdul Hamid berkongsi ilmu bagaimana untuk mengendalikan anak-anak. Beliau juga merupakan Founder Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak Naluri Kreatif ( FB Naluri Kreatif) dan Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd. Sugguh ilmu perkongsian ini. Boleh diprakstikan ketika cuti sekolah ni. Jom cuba cara ini!
________________________________________________________________________
CERIA DI MUSIM CUTI SEKOLAH
Mengurus anak-anak kena ada strategi
Strategi pengurusan banyak membantu ibubapa have a ‘smooth sailing time’ dengan anak-anak. Banyak boleh kurangkan kejutan dari anak-anak terjatuh, anak tertumpah air, anak tak nak tidur, mandi tak nak kluar, berebut mainan, iri hati sikit ngan adik, sedih menyendiri, buat kerja tak nak berhenti, nak basuh pinggan, nak makan sendiri dan berselerak, the list goes on and on.
Bagaimana nak meghadapinya?
.
1. Kita bangun awal
Mak ayah bangun lebih awal daripada anak-anak, makan dulu sebelum anak bangun. Minuman istimewa untuk mak dan yang istimewa untuk ayah. Bila anak bangun nanti makan lagi.
2. Aktiviti telah siap difikirkan
Dah ada plan dah hari tu nak buat apa nak anak-anak buat kerja dalam rumah, nak tolong mak masak, nak tolong mak kemas bilik, nak buat gardening, nak gi jogging, dan lain-lain. Mindset dah ada, persiapan dah dibuat utk libatkan anak dalam aktiviti itu
3. Persiapan sebelum rancangan
Kalau urusan memasak, bawang-bawang merah putih, halia, siap-siap dah dipotong pada hari minggu, simpan dalam peti. Urusan masak kalau mak bekerja, masak pada hari minggu, suami jaga anak kejap sambil mamanya masak 2-3 jenis masakan lauk utama dan freeze dalam peti ais. Guna container kedap udara, Biodegradable seperti tupperware dan yang seangkatannya. Belajar cara nak freeze makanan dengan sihat. Kalau masak sendiri, ianya lebih sehat, lebih jimat pun ya juga.
4. Ajak anak tidur awal
Ajak anak tidur awal, sebab esok ada nak naik MRT contohnya atau nak ke swimming pool. Tarik perhatian anak kepada aktivit yang digemarinya. Anak yang sihat, cukup tidur akan lebih ceria dan lebih senang diuruskan berbanding dengan nak yg keletihan.
.
5. Bahan telah siap disediakan
Pastikan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti bersama anak disediakan lebih awal. Kalau gardening, ada sarung tangan, pengorek tanah saiz kanak-kanak, penyapu, bekas tong sampah
.
6. Ibu bapa ceria sambut anak bangun tidur
Sambut anak dengan muka ceria pagi-pagi seolah-olahnya kita sedang menunggu dia bangun. Suara yang mendamaikan. Anak-anak dapat mesej mak/ayahnya sayang dan akan lebih senang mendengar kata kita.
.
7. Urusan anak di restoran
Kalau di restoran, anak yang kecil letakkan sebelah ibu, adik beradik yang pantang duduk dekat sebab bergaduh, dijarakkan. Borak-borak dengan mereka untuk tarik perhatian kepada suasana, persekitaran restoran, teka teki yg sesuai, bincang pasal menu, nama masakan, nama ikan, jenis minuman, sayur-sayuranan yang ada sebagai contoh. Air minuman diletakkn dihadapan pinggan anak dan bukan sebelah kanan pinggan anak-anak sebab kebarangkalian terkena siku anak amat tinggi.
.
8. Keselamatan sepanjang masa
Pastikan keselamatan anak sentiasa diutamakan. Kalau ajak anak naik tangga, pastikan mak/ayah ada disamping. Kalau ajar anak guna gunting, garpu, pastikan keselamatannya. Anak kecil suka mencuba dan agak kuat keinginannya membuat sesuatu yang mereka belum mahir ibu dan ayahnya akan bantu memahirkannya bukan membantutkannya terus.
.
9. Ikut rutin harian, sediakan sebelum diminta
Sediakan permainan, minuman, atau makanan kegemaran anak sebelum diminta. Kalau anak minta sesuatu, cuba cepat-cepat kita penuhi, jangan sampai anak dah hilang sabar baru nak dipenuhi permintaannya. Contoh anak nak minum susu. Perhatikan waktu makan minumnya, waktu penatnya. Sudah tentu dalam waktu-wakti begini adalah lebih sukar. So prevention is better than cure .
.
10. Seimbang aktiviti aktif dan pasif
Adakan waktu santai bersama yang seimbang yang aktif dan yang pasif. Jogging bersama adalah contoh aktiviti aktif, baca buku bersama dan mak ayah becerita dan berbincang-bincang adalah jenis pasif.
.
Semoga jiwa perasaan anak serta intelek dan fisikalnya terbelai, di jana dapat tumbuh selari sepadu alam ertikata mengenal kehidupan sebenarnya.
SELAMAT MENCUBA!
Anak Hampir Dilarikan Orang Depan Sekolah. Ayah Ni Kongsikan Insiden Tu!

Keterujaan ibu ayah masa kini berkongsi tentang gambar keluarga dan anak, lokasi, aktiviti harian di media sosial, hakikatnya jika terlalu berkongsi info, itu boleh mengundang padah.
Atas alasan ini juga, seorang ayah yang dikenali sebagai Ihsan Zainal, tidak berkongsi terlalu terbuka mengenai hal keluarganya di media sosial.

Pun begitu, perkongsiannya kali ini tentang kisah anaknya yang hampir-hampir diculik di depan pagar sekolah. Diharapkan kisah ini dapat membuka mata dan kesedaran ibu ayah diluar sana agar tidak terlalu mendedahkan identiti diri serta keluarga di media sosial.
Nak tahu lanjut kisahnya, jom baca perkongsian ni.
Tu sebab aku tak share sangat pasal anak anak aku dalam wall aku.. baik g sekolah atau memana ke..
Semalam je terjadi satu peristiwa dimana ketika wife aku nak jemput balik anak aku sorang ni.. tetiba ntah mana sorang tu pakai smart.. nak jemput anak aku.. dengan hanya terbalikkan nama nya.. rasanya “try n error” kot.. kebetulan wife aku dibelakang die turut terdengar nama anak aku..
Namun nasib baik cikgunya mengenali wife aku, yelakan.. sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah.. tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka.. cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapa nya.. fuhhh disitu kita nampak tanggungjawab guru sangat berat.. bukan hanya semasa waktu kelas, tetapi juga selepas kelas..
Orang tu siap cakap apa tau? “owhh tersalah sekolah dan berlalu pergi” mana mungkin banyak banyak sekolah ko boleh tersalah dengan sebut nama murid boleh dikatakan 90% betul.. cumanya terbalik je..
Perkara ini turut diberitahu kepada guru besar sekolahnya untuk tindakan lanjut.. guru besar sangat terkejut dan memandang serius perkara ini.. aku juga berharap agar mak ayah sentiasa alert dengan perkara ini..
Elak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial.. macam-macam boleh terjadi.. mungkin bukan kerana budak, tapi mungkin kerana perasaan lain terhadap mak ayah ke boleh jadi..
sumber : Ihsan Zainal