“Telah Kembali Ke Rahmatullah Cucunda Kami.” Sistem Sokongan Hayat Dihentikan, Cucu Prof Dr Muhaya Meninggal Dunia

Share

Prof Dr Muhaya pagi tadi mengumumkan berita kematian cucunya dalam satu perkongsian di laman instagramnya.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.


Cucu lelaki Prof Muhaya yang berusia dua tahun lima bulan, Muhammad Ahmad Aiman meninggal dunia pada pukul 9.50 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur. Cucu Dr Muhaya dimasukkan ke PPUKM pada Isnin. Muhammad merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan sakit sejak kecil.

Sebelum itu, Prof Muhaya ada memuat naik perkongsian mengenai cucunya yang tenat di hospital dan bergantung kepada sistem sokongan hayat.
Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.
Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.

Sumber: IGprofmuhaya1 dratiyahazmi