Sering juga terjadi, bila tetamu datang ke rumah masa itu jugalah kita akan mengeluarkan teko yang tersimpan lama di dalam kebainet untuk digunakan semasa menghidang minuman.
Namun apa yang mengecewakan, teko tersebut mempunyai bau yang tidak menyenangkan dan ini sekali gus merosakkan mood untuk kita menggunakan teko yang kita rasakan terbaik untuk digunakan oleh tetamu yang bertandang.
Tahukah anda, sebenarnya ada cara atau petua untuk elakkan daripada semua ni berlaku. Untuk itu, jom cuba 3 cara ini.
Cara 1
Ambil daun pandan dan dipotong 2 inci kemudian masukkan ke dalam teko sebelum disimpan kemas di dalam almari. Cara ini akan menjadikan teko bukan sahaja berbau harum malah mengelakkan lipas daripada bersarang di dalam kabinet dapur.
Cara 2
1. Basuh bersih teko dan keringkan.
2. Masukkan uncang teh dan letakkan di dalam teko. Simpan kemas di dalam kabinet.
3. Hasilnya teko akan tidak berbau hapak dan kekal harum.
Cara 3
Sebelum teko ingin disimpan lama, cuci terlebih dahulu dengan soda bikarbonat untuk pastikan mampu menyerap dan menghapuskan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Caranya mudah, campurkan soda ini dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam teko dan biarkan seketika sebelum di bilas. Kemudian keringkan dan bolehlah disimpan teko tersebut untuk digunakan di masa akan datang tanpa ada kesan bau yang tidak diingini.
Selamat mencuba!