Menikmati kerang bakar atau kerang rebus yang dicicah dengan sos memang leka makan dibuatnya, sedar-sedar habis sepinggan besar kerang yang terhidang. Pun begitu ramai juga yang rasa agak leceh juga untuk menyediakan hidangan berasaskan kerang ini.
Belum lagi bab hendak mencuci kerang hingga bersih malah hendak memasaknya pun jika silap gaya kerang terasa liat dan tidak enak pula untuk dimakan.
Pun begitu, tahukah anda ada teknik memasak kerang untuk pastikan isinya kekal juicy dan tidak liat bahkan apa yang hebatnya masa memasak hanya seminit sahaja diperlukan. Teknik ini telah dikongsikan di aplikasi TikTok oleh pemilik akaun @ibuazzah dan berjaya meraih 111.7K tontonan umum.
Jadi bolehlah anda cuba hujung minggu ini untuk menikmati hidangan kerang bersama seisi keluarga.
TEKNIK REBUS KERANG ISI KEKAL JUICY, SEMINIT JE DAH SIAP
Langkah 1: Sediakan periuk yang berisi air. Masak hingga mendidih.
Langkah 2 :Masukkan kerang yang telah dicuci bersih ke dalam periuk yang telah mendidih tadi. Kemudian tutup penutup periuk.
Ads
Langkah 3 : Biarkan selama 1 minit dan tutup api.
Langkah 4 : Angkat dan toskan. Kemudian sedia untuk dihidang.
Inilah hasilnya. Kerang sangat mudah dikopek dan isinya tidak liat bahkan kekal juicy.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebut sahaja Nasi Kak Wok pasti ramai yang membayangkan kuah gulainya yang cair tapi sedap serta sambal belacan yang power tu kan.
Di tambah lagi dengan ayam gorengnya yang dimakan panas-panas memang terangkat. Patutlah kalau nak makan di kedai sentiasa penuh dengan orang ramai.
Jika keluarga anda memang menggemari nasi ala kak wok, apa kata ibu-ibu buat sendiri. Admin kongsikan resipi yang simple je tapi mudah bagi yang baru belajar nak masak menu ini. Jom tengok perkongsian dari Rose Farra. Nasi Ala Kak Wook Taim panas panas merecikk. Ratah ayam part paling syiokkk.
Model utama:
Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tauuu.
Gulai Ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan
Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap. Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam – potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit – 1 sudu kecik
~serbuk cili – 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai
#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!
Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing. Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa Cara-caranya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
Nati #Share tau boleh tukar nama sendiri dari kak wook jadi nasi name sendiri.
Resepi asal by Rosmaliza Omar.
Mida olah cara masak je sikit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita. Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telur
dan yakult. Hebat!
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Hormon Bagi Pokok Berbuah (Hingga patah dahan)
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 botol yakult
Caranya:
1. Masukkan dan campur kedua-duanya ke dalam botol air mineral 500 ml.
2. Goncang dan biarkan diperam selama 3 hari.
Tip nak gunakannya pula begini:
Untuk semua jenis pokok
Untuk semburan/spray keseluruhan pokok:
Ambil 2 hingga 3 sudu makan campur 20 litre air.
Untuk siraman ke tanah:
Ambil 5 sudu makan campur 20 litre air.
Ketika ini kita masih kekal di rumah bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Jadi bagi yang suka berkebun boleh cuba menanam pokok terung.
Tidak perlu tanah yang luas, hanya mengunakan pasu sahaja. Namun untuk berkebun ni kena ada ilmu dan cara yang betul bagi memastikan tanaman subur.
Ikuti perkongsian lelaki ini cara menanam terung dalam pasu.
KAEDAH TANAM TERUNG. Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu. Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan bekas dan medium. Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu BAJA NLEGROW Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja. 2. Penanaman pokok. Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama. 3. Penjagaan.
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat. Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli. Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir. 4. Pemangkasan. Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun. 5. Lalat buah. Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia. 6. Siraman. Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik. 7. Kebersihan. Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mat pun sedap memandang. So, itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.