Teknik Latihan Kuatkan Paru-Paru Selepas Sembuh Jangkitan Covid-19

Share

Teknik latihan kuatkan paru-paru sangat penting diamalkan oleh bekas pesakit Covid-19 yang sudah sembuh. Kebanyakan mereka sering mengadu kerap mengalami masalah pernafasan selepas mereka bebas daripada virus tersebut.

Ini kerana virus berkenaan telah menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum sakit.

Situasi kesukaran untuk bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit Covid-19 berasa tidak selesa dan bimbang dengan situasi tersebut.

Perkongsian Dr. Arisman MD yang memuatnaik video mengenai teknik latihan untuk menguatkan semula paru-paru selepas terkena jangkitan Covid-19 memang sangat bermanfaat.

Teknik Latihan Kuatkan Paru-Paru

  1. Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.
  2. Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.
  3. Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.
  4. Tahan nafas selama 4 saat.
  5. Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.

Amalkan Latihan ini setiap hari, lama-kelamaan InsyaAllah anda akan dapat bernafas dengan lebih lancar selepas tiu. Jika masih berterusan mengalami masalah pernafasan, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan dihospital.

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub

)