Teknik kelar bukan lagi mitos bagi menggalakkan pokok berbuah lebat. Sebelum ini ramai yang berkongsikan kaedah ‘ugutan’ atau takik untuk pokok yang malas berbuah. Ada yang kata itu hanyalah mitos.
Tahukah anda bahawa rupa-rupanya teknik ini terbukti berkesan. Teknik ini telah digunakan oleh pekebun-pekebun untuk memaksa pokok buah di seluruh dunia. Bagaimanapun pekebun profesional tidak menggunakan teknik takik. Mereka menggunakan kelaran atau lebih dikenali dengan nama Gridling Techinque.
Teknik kelaran atau gridling ini bukan sahaja untuk memaksa pokok berbuah. Ada banyak lagi manfaat antaranya buah yang dihasilkan rasanya lebih manis.
Di mana kelaran perlu dilakukan?
-Pangkal dahan-dahan utama
-Sekeliling paksi pokok
Cara-cara Gridling Technique
1. Gunakan pisau yang telah di nyah kuman (strill) dan tajam. Buat satu kelaran asas sekeliling dahan.
2. Lakukan kelaran kedua dengan jarak tidak lebih 5mm. Untuk pokok kecil seperti pokok tin, jarak 2 mm sudah memadai.
3. Tanggal atau kupas bahagian kelaran dari batang pokok.
4. Selepas kelar, terpulang pada anda sama ada nak tutup bahagian kelaran dengan plastik atau cat. Dibiarkan begitu sahaja pun boleh cuma ia tidak cantik dan mudah terkena ancaman penyakit.
Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.
a) Bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.
b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.
Info tambahan:
Pastikan baja yang digunakan tinggi P(Potassium) dan K (kalium) Elak menggunakan baja tinggi N(Nitrogen) akan menyebabkan pokok anda mabuk daun.
Semoga selepas ini, pokok-pokok buah-buahan yang kita tanam akan ‘rajin’ berbuah menggunakan teknik ini, dengan izinNYA.
Sumber: Abdul Hamid Ahmad
Kredit foto top image: Freepik