Nak tanam sayuran berdaun ini tidaklah sesukar mana sebenarnya. Jika tahu tekniknya pokok-pokok ini akan mengeluarkan hasil yang lumayan. Hanya tanam sepokok dua sudah memadai untuk menjadi bekalan sayuran sekeluarga. Malah paling menyeronokkan apabila kita dapat menikmati sayur yang kita yakin bebas kimia dan lebih sihat.
Melalui perkongsian pakar tanaman iaitu saudara Azuan Abdullah di facebook nya, beliau berkongsi cara-cara bagaimana penjagaan bayamnya yang ditanam di dalam polistrin. Rutin penjagaan ini bukan sahaja menghasilkan sayur yang ‘gemok’ dan subur malah bercambah dengan rimbun sekali. Jom kita ikuti info yang dikongsikan beliau.
Cara Tanam Gaya Azuan Abdullah
Ini pokok bayam merah yang AA tanam dalam kotak polisterine. Kat bawah kotak tu buat lubang supaya air tak bertakung.
Media tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 1 bahagian tanah + 1 bahagian kompos + 1 bahagian pasir.
AA letak di tepi rumah. Cahaya tak dapat penuh pun. Dapat sebelah pagi dan tengahari je.
2 kali seminggu siram dengan pati baja sisa ikan bilis + air laut. Hari yang lain siram air biasa je, jika media kering.
Kawalan perosak dan foliar, 100% organik. Campur sekali, kira buat macam coktail. Instant control + pati insang ikan + air laut + mol kangkung. Spray bawah daun seminggu sekali.
CARA MUDAH BUAT PLANT BOOSTER ORGANIK SENDIRI DIRUMAH
2-3 minggu ni ramai sahabat yang tanya macam mana cara nak buat Plant Booster (PB) secara organic. Ada juga yang siap nak beli SOP PB tersebut.
Ads
Nak buat PB ni tak lah susah sangat pun. Bahan-bahan yang kita gunakan pun hampir 100% ada di dapur rumah kita.
PERALATAN
Pisau : 1 unit
Bekas yang ada penutup kapasiti 20 liter : 2 unit . Eloknya bahagian atas dan bahagian bawah bekas adalah sama saiz.
Penapis : 1 unit
BAHAN-BAHAN
Air bersih : 10 liter. Nak lagi elok, guna air hujan atau air perigi.
Pisang : 1 kg
Nanas : 1 kg
Betik : 1 kg
Kangkung : 0.6 kg
Labu manis : 1 kg
Belacan : 0.6 kg
Telur : 2 biji
Gula Merah : 0.6 kg
Ragi : 1 biji
Susu segar : 1 liter
KAEDAH PEMBUATAN.
Potong pisang lebih kurang saiz 2-3 cm.
Potong betik lebih kurang saiz 2-3 cm.
Potong nanas lebih kurang saiz 2-3 cm
Potong kangkung lebih kurang saiz 2-3 cm.
Potong belacan lebih kurang saiz 2-3 cm
Letakkan semua bahan-bahan diatas yang telah siap dipotong didalam 1 bekas. Nak gaul sekali pun boleh. Saya tak gaul pun.
Blender separa hancur semua bahan diatas. Jika kita blender terlalu hancur, proses menapis nanti akan jadi sukar nanti
Blender sikit-sikit ya. Nak campur pun boleh, tak campur pun boleh. Masa blender tu, letak air sikit ya.
Pastikan belacan diblender bersama bahan yang lain untuk elakkan ia melekat pada blender.
Letakkan semua bahan yang telah diblender di dalam bekas. Kita label bekas tu sebagai Bekas A untuk lebih mudah faham.
Pecahkan telur dan masukkan ke dalam Bekas A. Dengan kulit-kulit sekali saya masukkan, tak ada masalah. Janji telur tu mesti dipecahkan.
Masukkan gula merah ke dalam Bekas A.
Masukkan susu ke dalam Bekas A.
Masukkan semua baki air ke dalam Bekas A.
Pastikan Bekas A yang telah siap dimasukkan semua bahan tersebut mempunyai 1/3 ruang udara. Ianya penting untuk proses pemeraman berlaku dengan sempurna. Jika ruang udara tak sampai 1/3, tukar bekas. Jika tak tukar bekas, risiko untuk Plant Booster yang kita buat tak menjadi adalah sangat tinggi.
Kacau semua campuran tersebut hingga sebati.
Hiris nipis-nipis buah labu.
Hirisan buah labu diletakkan didalam Bekas A yang mengandungi semua campuran bahan tadi.
Pastikan hirisan labu yang kita letak tu dapat menutup semua permukaan campuran di dalam Bekas A tersebut.
Ads
Hancurkan ragi dan tabur diatas hirisan buah labu yang berada di dalam Bekas A.
Tutup Bekas A tersebut. Jangan ketatkan penutup. Memadai letak sahaja penutup diatas bekas tersebut.
Peram secara partially anaerobic selama 1 minggu ditempat redup.
Lepas seminggu, biasanya Plant Booster telah matang bila ada miselium putih dipermukaan larutan.
Tapis larutan tersebut dan simpan ditempat yang redup. Lagi baik simpan ditempat gelap. Ianya boleh tahan 6-8 bulan.
CARA-CARA PENGGUNAAN
Ini contoh penggunaan untuk 1 liter air. Jika sahabat nak guna untuk kuantiti air yang lebih banyak, boleh darab sendiri ya berapa kuantiti yang diperlukan.
Masukkan 1 liter air ke dalam bekas penyembur. Nak lagi elok, guna air hujan atau air telaga. Kalau tak ada, bubuh je air paip.
Masukkan 5-25 ml Plant Booster ke dalam langkah 1. Kuantiti Plant Booster bergantung pada umur dan jenis tanaman. 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan.
Spray pada semua daun. Eloknya sembur awal-awal pagi.
Semburan Plant Booster boleh dibuat bersama dengan Fish Amino Asid dan racun organic. Bahasa mudahnya, Plant Booster boleh dicampurkan dengan Fish Amino Asid dan racun organic dalam satu alat penyembur.
Ulang langkah 4 setiap1-2 minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok.
Sahabat,
Dalam Plant Booster yang kita buat ni ada mikroorganisma yang berfaedah. Ia memberi kesan kepada pertumbuhan, membaikbulih dan meningkatkan hasil tanaman.
Plant Booster ni tak terhad pada tanaman sahaja. Kita juga boleh guna untuk semburan pada tanah.
Dalam pembuatan baja organic seperti bokashi, kita gunakan PB sebagai ganti kepada EM.
Perlu kita ingat, Plant Booster ni bukan baja ya. Ia adalah penggalak tumbesaran semulajadi yang kita hasilkan melalui proses fermentasi.
Tolong kongsikan tips ini pada yang lain SEBAB mungkin ianya akan sangat berguna untuk mereka juga.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Masalah berat badan antara yang sering dihadapi oleh ramai ibu-ibu, apatah lagi setelah melalui proses melahirkan anak. Sedar ada berlakunya penambahan berat badan, hakikatnya bukan tidak dikawal selera makan. Namun usaha berdiet kadang-kadang tidak menjadi.
Untuk itu, apa kata mencuba petua yang diamalkan ini. Dikatakan berat badannya turun 10kg selepas 2 bulan. Angka yang besar dan bolehlahsesiapa yang menghadapi masalah berat badan tersenyum selepas ini melihat perubahan diri.
Jom semak apa yang perlu dilakukan.
“Saya share petua yang buatkan saya kurus dari 56kg jadi 46kg (sebab saya rendah)“-Isteri Educated
Cara-caranya:
Ketika nasi tengah mendidih masukkan bawang putih yang telah dicuci bersama dengan kulitnya sekali.
Letakkan di atas nasi dan tutup sedikit dengan sedikit nasi.
Kemudian biarkan nasi masak seperti biasa.
Kemudian apabila telah masak, keluarkan bawang putih tadi dan kupas kulitnya.
Sedia untuk dimakan.
Ini kesannya
“Amalkan 2 kali sehari.. memang tak pantang ais ke cafein ke apa.. makan pun bernafsu ja.. tapi turun 10kg selama 2 bulan.. agak lambat tapi berbaloi la untuk yang nak berjimat dan paling best ibu yang menyusu pun boleh try sebab dia tak kacau or dropkan susu pun
“Jangan risau, tak berbau kuat pun dan nasi yang di masak pun tak berbau bawang.. try la mana tau serasi dengan ibu-ibu..”
Pun begitu banyak lagi petua lain yang boleh diamalkan untuk tujuan menurunkan berat badan dan menghilangkan kesan buncit yang ada pada bahagian perut. Di sini dirangkumkan beberapa petua yang berkaitan dan pilihlah yang mana dirasakan paling mudah dan serasi dengan badan anda.
1-Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Air asam jawa sebagai minuman harian
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Teh hijau turunkan berat badan
Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk kayu manis dan madu.
5. Badan langsing selepas bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini, iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Teh + limau nipis kempiskan perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
8. Limau nipis + kapur sirih sebagai masker perut
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
9. Daun lidah buaya dan asam jawa
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila beli bahan basah tentu hal yang paling rumit adalah memastikan bahan-bahan disimpan dalam peti ais secara sistematik.
Mana taknya jika salah caranya proses memasak menjadi lambat. Bagi puan Firda Ashaary menggunakan plastik jenis zip lock sebagai salah satu trik untuk mennyimpan bahan basah dengan mudah. Nak lihat caranya ikuti perkongsian ini.
Dulu aku suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.
Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual. Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia. Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun. Kemudian dia pun bercerita,
“Ohhh KakFida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik.” “Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?” aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya. “Ehh bakpo nok lekatnyo KakFida. Lepah(lepas) kito boh plastik, kito letok la dale bekah(bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende(rendam). Mudoh lagi gitu.”
Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan. “Nati kak nok try lah.” jawap aku sambil tersengih.
Guna Ziplock
Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging. Lepas potong semua, aku pun masukan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais. Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak. Paru pun aku rebus seksiap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.
Satu plastik satu kali masak
Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah. Keluarkan dan rendam ja dalam air. Ehh betullah, Lebih cepat defrost berbanding dulu.
Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.
Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.
Tengkiu jiran bagi tips berguna. Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong. Tapi tetap ada isi.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Umumnya dibulan puasa ini kita akan memyediakan pelbagai menu untuk keluarga berbuka. Kadang-kadang hingga berlebih-lebih dan ini menyebabkan pembaziran.
Lantaran itu, kita perlu kreatif untuk menggunakan lebihan makanan tersebut agar tidak dibiarkan menjadi basi dan terbuang begitu sahaja.
Contohnya jika ada lebihan nasi. Selain boleh dijadikan menu masi goreng untuk bersahur, ada beberapa menu lain yang juga boleh dihasilkan daripada lebihan nasi tersebut. Ayuh kita ketahuinya!
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...