Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Sebelum Raya, Guna Lemon Jer. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Untuk memastikan rumah sentiasa bersih serba serbi, memanglah tak mudah untuk dilakukan. penat juga kadang-kadang tapi akan jadi aktiviti yang menyeronokkan apabila melihat hasilnya.

Untuk ibu-ibu yang tak suka guna bahan kimia untuk mencuci kediaman, apa kata kita bertukar kepada menggunakan bahan alami yang lebih selamat. Jom semak tip yang dikongsikan oleh saudari Fyza Shah ini.


10 Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Guna Lemon Sebelum Raya

Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi -lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan.

Kak Fyza percaya pada bahan asas semulajadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.

Boleh #Share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna.

1- Segarkan peti sejuk
Lemon di potong dua, kulitnya kita kikis dan masukkan ke dalam peti sejuk

2- Loyang karat
Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat

3- Pisau dan spatula
Cuci dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.

4- Jari kuning berkunyit
Yang ni campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli kat jari tangan sampai kesan kunyit hilang

5- Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.

6- Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.

7-Buang bau hapak

Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.

8- Buang bau hanyir

Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.

9- Cuci papan pemotong

Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging

10- Hilangkan kesan kopi

Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.

Ini rupanya sebab yang Kak Fyza cari sendiri macam mana lemon mudahkan kerja kita kat dapur.

Kelebihan lemon:
1- Mampu menjadi agen pembersih yang sangat bagus dan hebat sama macam cuka

2- Bauan sitrus dari lemon memberi kesegaran dan kesan energetik pada kita

3- Asid didalam lemon bersifat anti bakteria, anti septik merupakan pencerah semulajadi .

4- Minyak yang terdapat pada lemon boleh mencuci dengan bersih dan memberi kesan kilatan. (Konsep hanya minyak menarik kotoran berminyak)