Manusia memang tidak lepas daripada menghadapi masalah. Ia termasuk masalah rumahtangga, tempat kerja, pembelajaran dan sebagainya.
Masalah ini jika dibiarkan akan makan diri hingga boleh menjejaskan kehidupan pribadi kita.
Dengan kita mudah, akibat terlalu berfikir ia akan memberi kesan kepada tekanan, gelisah dan sebagainya. Malah jika dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh mengakibatkan tekanan perasaan, malah boleh membawa maut tanpa sedar.
Sebagaimana perkongsian Pakar Terapi, Dr Norzi Malek, masalah tekanan ini boleh diatasi dengan menggunakan kaedah Brain Dump iaitu cara untuk tenangkan minda. Nak tahu lebih lanjut ikuti penjelasannya.
#Part1
Jika kalian selalu over thinking, ada Anxiety, Depression, Panic Attack, stress atau lost di dalam kehidupan harian, saya akan cadangkan kaedah Brain Dump untuk meringankan fikiran (Declutter your mind and thought).
1. Brain Dump adalah kaedah yang sangat mudah untuk clearkan minda kita, dan menguruskan pemikiran serta otak kita.
2. Brain Dump sangat membantu dalam meningkatkan fokus pada perkara penting yang perlu dilakukan.
3. Teknik ini sangat berkesan untuk mencegah Panic Attack, Anxiety, Depression serta mengurangkan keserabutan hidup kita.
4. Yang paling penting, Brain Dump sangat membantu dalam menguruskan masa kita dengan lebih berkualiti serta mengurangkan over thinking.
5. Ini bermaksud, aktiviti ini dapat membantu kita menjadi orang yang lebih tenang dan produktif.
Buat aktiviti Brain Dump
6. Bahan yang diperlukan untuk aktiviti Brain Dump adalah sebuah Notebook, sebatang pen, highlight atau sehelai kertas jika kalian tidak mahu menggunakan notebook.
7. Tuliskan setiap perkara yang berlegar di dalam fikiran kita sekarang.
– Apa yang sedang kita risaukan?
– Apa yang kerap kita terlupa?
– Apa yang ingin sekali kita lakukan?
– Apa aktiviti yang jika kita lakukan dapat menaikkan semangat kita?
– Peristiwa negatif yang mengganggu fikiran kita?
– Peristiwa penting yang akan muncul (birthday, kenduri, mesyuarat).
– Impian kita yang tidak terlaksana.
– Aktiviti untuk mencapai impian kita.
– Aktiviti harian yang perlu dilakukan segera.
– Orang yang annoying hari ini.
– Apa yang menganggu fikiran kita.
– Apa aktiviti segera yang perlu kita lakukan tanpa tangguh.
Tuliskan semuanya.
8. Biasanya saya akan cadangkan client saya untuk melakukan aktiviti ini di dalam notebook khas untuk aktiviti Brain Dump.
Ini membolehkan client saya melihat kembali aktiviti Brain Dump yang lepas untuk melihat pattern pemikiran dan kenapa hari itu beliau rasa down dan serabut.
9. Dengan mempunyai Notebook Brain Dump, kalian akan dapati ada hari tertentu penuh buku catatan itu, dan ada hari tertentu hanya beberapa point sahaja.
10. Cadangan saya, kalian boleh memilih untuk melakukan secara harian atau seminggu sekali.
Tetapi cadangan terbaik saya adalah kalian wajar lakukan setiap kali kalian down, serabut, stuck dengan sesuatu problem atau isu, sedang marah-marah atau emosi kurang stabil.
Aktiviti Brain Dump ini sangat membantu untuk kita relakskan kembali diri kita serta menyusun hidup pada jalan yang lebih tenang.
Saya share percuma banyak aktiviti therapy di sini :
https://t.me/norzimalek
Sumber: Norzi Malek
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520