Teknik Bercakap Dan Peluk Anak Berbeza Ikut Jantina Anak, Barulah Anak-anak Mendengar Kata
Sebenarnya ada teknik bercakap dan memeluk anak supaya mereka mudah mendengar nasihat kita. Selama ini kita tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.
Perkongsian daripada Tadika Permata Raudah tentang kaedah Neuro Languistic Programme semasa berkomunikasi dan memeluk anak mengikut jantina lelaki dan perempuan ini sesuai mama dan papa amalkan. Ia supaya apa yang dinasihatkan lebih berkesan pada anak.
Berikut dikongsikan teknik bercakap dan memeluk anak menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme).
Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak-anak bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai-santai saja, sambil makan-makan petang. Ok kan?
Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan bila tahu tekniknya ni.
Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau.
Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata. Selamat mencuba Teknik Islamic NLP.
Sumber: Tadika Permata Raudah dan Anum Nurhanum
Kredit foto: Pexels