Teknik Bawa Air Satu Gelas Penuh Tanpa Tumpah, Ajar Anak Fokus Matlamat Hidup & Elak Sangka Buruk. Deep Perkongsian Doktor Ini.

Share

Tidak dinafikan bila bergelar ibu bapa ni memang ada cabaran didik anak. Begitu juga untuk membentuk sikap yang postif dalam diri anak.

Jika salah pendekatannya akan memberi kesan kepada kehidupan dan cara pemikiranya. Begitulah juga dengan coretan Doktor Zubaidi Haji Ahmad tentang didikan pembentukan sikap kepada anak-anak.

Beliau berkongsi kisah seorang bapa yang menggunakan pendekatan psikologi untuk mendidik anaknya supaya bersangka baik dengan orang dan mempunyai matlamat hidup. Dengan hanya menggunakan teknik membawa air penuh tanpa tumpah ia memberi pengajaran berguna buat anaknya.

Ikuti perkongsian ini.

Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, “Yah mulai hari ini saya tidak mahu ke masjid lagi”
“Kenapa?” tanya ayahnya, “kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain”.

BAWA AIR TANPA TUMPAH, DIDIK JADI FOKUS DAN ADA MATLAMAT

Ayahnya pun berfikir sejenak dan berkata, “baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu”


“Apa dia, ayah?”
“Ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah”
Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.
Sesampai di rumah ayahnya bertanya, “Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?”
“Sudah”.
“Ada yg tumpah?”,
“Tidak”.
“Ada di masjid tadi orang yang sibuk dengan gadgetnya?”.
“Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini”, jawab si anak.
“Ada di masjid tadi orang2 yang bercerita keburukkan orang lain?”
“Saya tidak dengar kerana saya hanya tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini”.

Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, “Begitulah kehidupan. Jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak ada masa untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kamu sibuk menilai kualiti orang lain sehingga kamu lupa nenilai kualiti dirimu”.


Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain. Fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif.
Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad