Ibu bapa mana yang tak suka bila anak-anak boleh membaca lebih awal dari usia kan. Pelbagai cara dicuba kepada anak-anak bagi tujuan tersebut. Namun ada yang sukar atau sedikit ‘lambat’ untuk menyerap apa yang diajar
Kebiasaannya, ibu bapa akan membeli buku-buku dan alat menulis seperti pensel akan dibeli dan diberikan kepada anak dalam usaha untuk membolehkan mereka mudah menguasai teknik membaca.
Namun, wanita ini berkongsi cara yang cukup mudah dan untuk dipraktikkan. Tip ini dikongsikan oleh saudari Afifah Salleh
Disleksia
Ada seorang kenalan saya kat fb ni dia tanya pendapat dan teknik macam mana saya mengajar supaya kanak-kanak dapat cepat membaca. Anak dia mengalami masalah disleksia dah berumur 7 tahun namun masih belum dapat menguasai membaca. Dan sering keliru huruf b dan d, nombor dan lain-lain.
Jadi saya nak share pengalaman saya dulu mengajar kat sekolah tabika dan ini tips yang sangat mudah diamalkan tapi malam ni kita hanya fokus kanak-kanak yang sering keliru antara huruf b dan d.
Tips dia ajarkan anak buat thumbs up macam dalam gambar kedua tu. Minta anak tengok jari mereka sendiri. Cakap dengan mereka, tangan makan (kanan) adalah huruf “d” iaitu daging. Katakan kat anak “makan DAGING” sambil buat aksi tengah makan. Tangan cebok (kiri) adalah huruf “b” iaitu bersih. Kata kat anak pula “cebok BERSIH” tekankan huruf “b”. Sentiasa praktiskan dengan anak dan buat aktiviti menulis sambil mereka tengok jari sendiri sampai mereka mahir.
Jika ada anak murid cikgu-cikgu yang sering keliru antara huruf b dan d boleh cuba aktiviti yang sangat mudah ini.