Tekanan boleh menyebabkan masalah darah beku berlaku. Eh, takutnya! Jangan main-main dengan bab tekanan dalam hidup ya!
Tekanan atau stres memang perkara normal dalam kehidupan hari ini. Semua orang akan mengalaminya sama ada disebabkan oleh masalah hubungan, keluarga, kerjaya ataupun kewangan.
Tetapi mungkin tak ramai yang tahu, tekanan boleh menyebabkan darah beku. Stres merupakan satu tindak balas normal manusia kepada apa-apa jenis permintaan ataupun ancaman.
Apabila badan mengesan sesuatu bahaya, stress akan mengambil alih dan membuatkan kita lebih fokus, bertenaga dan berwaspada.
Tindak balas yang dikenali sebagai fight-or-flight response ini juga bertanggungjawab menyelamatkan kita ketika dalam kecemasan.
Walaupun stres mampu memberi semangat kepada kita untuk lebih fokus tetapi tidak semua orang mampu menghadapi banyak tekanan dalam kehidupan.
Golongan wanita terutama para ibu antara yang ramai menghadapi tekanan kerana bebanan pelbagai tugasan di rumah dan di tempat kerja bagi yang bekerja. Ada yang kurang tidur atau tak dapat tidur malam atau hilang selera makan jika mengalami tekanan perasan terlalu teruk.
Photo by Anna Shvets
Lama kelamaan, stres ini akan mempengaruhi kesihatan, mood, produktiviti dan kualiti hidup seseorang. Lebih teruk lagi, stres yang berlarutan dalam jangka masa yang terlalu lama boleh mengakibatkan masalah depresi.
Ads
Stres boleh menyebabkan darah beku?
Kegelisahan dan depresi yang berlarutan dalam satu jangkamasa yang lama juga telah terbukti dapat meningkatkan risiko penyakit sakit jantung.
Tambah lagi, masalah kegelisahan dan depresi yang berlaku secara serentak, ditambah lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam, sudah pasti akan menyebabkan kesihatan seseorang itu jadi merosot.
Selain itu, perlu diingat bahawa ada di antara kita yang tidak mampu untuk mengawal stres dengan baik.
Disebabkan setiap individu mengalami stres dengan intinsiti yang berbeza, ada individu yang boleh diserang ketakutan yang amat sangat dan serangan panik akibat stres yang melampau.
Saintis di Univerisity of Bonn telah melakukan kajian terhadap 31 orang subjek yang mengalami masalah kegelisahan. Subjek ini kemudiannya di bandingkan dengan individu yang sihat dengan umur dan jantina yang sama.
Ads
Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati bahawa individu yang menghidap masalah kegelisahan dan mengalami stres berpanjangan mempunyai darah yang lebih pekat berbanding individu yang sihat.
Saintis juga mendapati ada sedikit perbezaan pada sistem pembekuan darah milik pesakit anxiety dan juga manusia biasa.
Sistem pembekuan darah boleh berfungsi secara dua hala dan saling mengimbangi satu sama lain. Sistem koagulasi badan bertindak untuk membekukan darah untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.
Dalam masa yang sama, sistem koagulasi juga akan melakukan proses fibrinolysis iaitu sebuah proses yang membantu darah mengalir dengan lebih baik dengan cara menguraikan darah beku dalam salur darah.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan pesakit yang mengalami kegelisahan dan depresi, proses fibrinolysis tidak dapat dijalankan secara normal.
Pesakit yang mempunyai masalah ini lebih berisiko untuk mengalami darah beku dalam saluran arteri. Keadaan ini mungkin merupakan jawapan kepada mengapa pesakit anxiety lebih berisiko untuk meninggal dunia akibat sakit jantung.
Ads
Namun, ini tidak bermaksud semua pesakit yang mengalami stes ataupun kegelisahan berpotensi untuk mengalami serangan jantung.
Jangan pandang remeh stress yang dihadapi
Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.
Doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca stres dan cara yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan tekanan perasaan yang anda alami.
Kajian membuktikan bahawa stres yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kardiovaskular.
Jika anda dapati diri anda sering rasa tertekan, cuba redakan stres yang anda alami dengan melakukan aktiviti yang sihat. Jika anda mempunyai hobi, luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.
Lakukan senaman yang boleh menenangkan seperti yoga, brisk walking, jogging ataupun senaman lain.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jangan buat main apabila berkaitan dengan pemakanan ubat untuk kesihatan diri. Jika salah makan boleh mudaratkan diri. Begitu juga dengan ibu ayah kita yang kebanyakknya pada usia emas mengalami sakit lutut.
Pastinya akan dibekalkan ubat atas nasihat doktor. Namun kadang kala, terlepas pandang boleh membahaykan nyawa.
Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai penggunaan ubat tahan sakit dan steroid yang digunakan untuk membantu melegakan rasa sakit lutut apabila ditanya oleh warganet di facebook beliau.
Kombinsi maut
Soalan: Assalamualaikum Doktor. Emak saya mengalami sakit lutut sejak dari dulu lagi. Umur dia sudah 71 tahun. Pil tu sesuaikah utk dia? Terima kasih.
Walaikumusalam. Kombinasi ubat tahan sakit NSAIDs (contoh indomethacin, mefanamic acid, diclofenac, brufen) dan steroid (seperti betamethasone, prednisolone) adalah kombinasi maut terutama bagi wargamas yang mengalami sakit lutut.
Kerosakan buah pinggang
Bila mereka mengambil dua ubat ini serentak, memang cepat rasa lega, tetapi boleh menyebabkan gastric ulcer dan pendarahan dalam perut. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal.
Bawa maut
Saya sudah lihat ramai wargamas yang muntah darah dan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Wad Pembedahan depan sama kerana mengambilnya dalam masa yang lama.
Ramai juga yang mengalami kerosakan ginjal. Jadi berhati2 dgn kombo ubat tahan sakit NSAID dan steroid.
Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sesiapa yang mempunyai sejarah pernah diserang penyakit gout, tentu sudah maklum ada jenis-jenis makanan yang mesti dihindarkan untuk mengelakkan terjadi kembali.
Namun ada juga yang tidak ambil berat tentang pantang larang, kalau boleh semuanya ingin dimakan. Akhirnya, menanggung kesakitan dan ianya boleh menjadi serius.
Untuk itu, bersama kita kenal pasti jenis-jenis makanan yang wajar dihindarkan oleh pesakit gout untuk menjaga kesihatan seperti yang dikongsikan olrh saintis ini. Jom semak.
MAKANAN dan GOUT
Kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan HATI AYAM, BILIS dan supplement SPIRULINA adalah antara yang TINGGI bahan PURINE.
Kepada yang ada masalah GOUT, makanan tinggi PURINE boleh akibatkan GOUT jika diambil berlebihan.
Daging MERAH juga tinggi PURINE berbanding daging PUTIH.
Daging eloknya DI BASUH sebelum dimasak untuk kurangkan kandungan PURINE
KURANGKAN ambil KUAH daging kerana bahan PURINE banyak dalam kuah
Elakkan ambil MADU TIRUAN dan produk makanan / minuman yang menggunakan HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)
KURANGKAN ambil sayur ASPARAGUS, BAYAM, KOBIS BUNGA dan CENDAWAN
Kajian melibatkan lebih 50,000 orang di Singapura – mendapati bahawa, mereka yang ambil SOYA lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil SOYA
Sumber alami yang bagus untuk masalah gout adalah; a. PERIA b. BUNGA KRYSANTHEMUM c. KULIT KAYU MANIS d. CEKUR e. MENGKUDU HUTAN f. DAUN BETIK g. EMPULUR NANAS
Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda
Rujukan:
a. Biol. Pharm Bull 37(5) 709-721
b. Asia Pac. J Clin Nutr 20(3): 347-358
c. Int Food Rec 19(1) 159-165
d. Frontiers in Pharma vol 9
e. Anna Ellington B. Sc Thesis