Tekan Butang Ini Kalau Tidak Mahu Keracunan Oksigen Dalam Kereta! Penting Bagi Perjalanan Panjang

Share

Beberapa hari yang lagi, kita dikejutkan dengan satu berita di mana sebuah keluarga telah ditemukan pengsan dan merempuh Plaza Tol Bentong.

Punca empat orang mangsa dilaporkan pengsan kerana keracunan oksigen econ. Rentetan dari kejadian itu, ramai yang mula risau lebih-lebih lagi ianya berlaku sewaktu perayaan sedang rancak diadakan.

Malah setiap hari, kesesakan di lebuhraya dilaporkan sangat luar biasa dan tempoh perjalanan meningkat dengan sangat mendadak. tidak mustahil kejadian seperti ini akan berualang malah jika ianya tidak dikawal boleh mengakibatkan kemalangan.

[Artikel Berkaitan] Tragedi Aidilfitri! Sekeluarga Pengsan, Kereta Rempuh Plaza Tol Akibat Keracunan Oksigen Econ

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon, kejadian ini berlaku adalah disebabkan oleh tidak menghidupkan fungsi kitaran udara luaran dalam kenderaan ketika menghidupkan penyaman udara.

Tindakan ini akan menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kelesuan serta pengsan akibat kekurangan oksigen.

Menerutnya lagi, fungsi tersebut adalah penting bagi memastikan oksigen sentiasa mencukupi terutama untuk pemanduan jarak jauh.

“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.

“Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara tidak diingini berlaku.”

Mengambil ikhtibar kejadian yang berlaku pada empat sekeluarga yang pengsan di dalam kenderaan dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan sebelum kereta dinaiki merempuh Plaza Tol Bentong.

Menurut Shaw Voon, kejadian itu berkemungkinan berlaku disebabkan mangsa tidak menggunakan fungsi kitaran udara luaran sebagai langkah keselamatan.

Tambahnya, jika tidak mahu menggunakan kitaran udara luaran, adalah disarankan untuk membuka tingkap agar pengudaraan berlaku dengan baik.

“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad menyebabkan ia berlaku.

“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), kena buka tingkap sebelum pengsan,” ujarnya.

Jelas beliau, bagi pemanduan jarak dekat, tidak mendatangkan masalah jika tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut.

“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekan butang tersebut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club