Beberapa hari yang lagi, kita dikejutkan dengan satu berita di mana sebuah keluarga telah ditemukan pengsan dan merempuh Plaza Tol Bentong.
Punca empat orang mangsa dilaporkan pengsan kerana keracunan oksigen econ. Rentetan dari kejadian itu, ramai yang mula risau lebih-lebih lagi ianya berlaku sewaktu perayaan sedang rancak diadakan.
Malah setiap hari, kesesakan di lebuhraya dilaporkan sangat luar biasa dan tempoh perjalanan meningkat dengan sangat mendadak. tidak mustahil kejadian seperti ini akan berualang malah jika ianya tidak dikawal boleh mengakibatkan kemalangan.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon, kejadian ini berlaku adalah disebabkan oleh tidak menghidupkan fungsi kitaran udara luaran dalam kenderaan ketika menghidupkan penyaman udara.
Tindakan ini akan menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kelesuan serta pengsan akibat kekurangan oksigen.
Menerutnya lagi, fungsi tersebut adalah penting bagi memastikan oksigen sentiasa mencukupi terutama untuk pemanduan jarak jauh.
Ads
“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.
“Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara tidak diingini berlaku.”
Mengambil ikhtibar kejadian yang berlaku pada empat sekeluarga yang pengsan di dalam kenderaan dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan sebelum kereta dinaiki merempuh Plaza Tol Bentong.
Menurut Shaw Voon, kejadian itu berkemungkinan berlaku disebabkan mangsa tidak menggunakan fungsi kitaran udara luaran sebagai langkah keselamatan.
Ads
Tambahnya, jika tidak mahu menggunakan kitaran udara luaran, adalah disarankan untuk membuka tingkap agar pengudaraan berlaku dengan baik.
“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad menyebabkan ia berlaku.
“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), kena buka tingkap sebelum pengsan,” ujarnya.
Ads
Jelas beliau, bagi pemanduan jarak dekat, tidak mendatangkan masalah jika tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut.
“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekan butang tersebut,” katanya.
Setiap kali ada acara yang perlu dihadiri, tentu kita penat perah otak memikirkan pakaian yang sesuai untuk menghadirinya. Lebih-lebih lagi jika acara tersebut mempunyai tema yang tersendiri.
Tidak dinafikan, setiap kali menghadiri acara pelbagai fesyen dapat kita saksikan. Ramai yang mengambil peluang untuk melaram dan menampailkan pelbagai idea kreatif mengikut tema yang ditetapkan.
Bagi seorang pemuda, Ahmad Farid Yang Abd Talib kehadirannya ke acara anjuran sebuah kelab di kolej tempat dia bekerja pada awalnya buntu memikirkan busana apa yang harus ditampilkan.
Pemuda ini merupakan pensyarah di Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) di Sejingkat, Kuching mengayakan bahawa tema bagi acara tersebut adalah ‘KMSw Red Carpet Dinner 2023, jadi dia mengambil pendekatan tema ‘red carpet’ itu untuk hadir ke acara ini.
Melihat penampilannya pada acara tersebut, ramai yang memuji kerana ideanya yang di luar kotak dan tak mungkin terlindas di fikiran anda untuk berpenampilan seperti ini.
“Kalau tema red carpet, orang mesti nak glamor atau sewa mahal-mahal saja. Saya fikir beli saja karpet merah saiz sederhana berharga RM 20.”
“Nak beli karpet saiz lebih besar harganya RM 60, mahal pula. Keadaan ekonomi sekarang tak berapa baik.”
“Jadi beli karpet harga RM 20 ni, saya potong bahagian tengah dan sarungkannya. Saya sepadankan dengan baju sukan di bahagian dalam.”
Kerana kreativiti yang ditampilkan, Farid telah dipilih sebagai pemenang bagi hadiah pakaian tercantik pada acara tersebut dan menarima hadiah berupa baucar beli belah bernilai RM 50.
Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.
“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Majlis perkahwinan merupakan momen terindah yang dimiliki oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kerana itulah yang akan mengingatkan kita pada hari bersejarah.
Hari di mana bermula detik memasuki fasa baharu dan foto-foto itulah nanti yang akan ditunjukkan kepada anak cucu sebagai mengingati detik manis sebuah keluarga.
Namun berbeza dengan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi, baru-baru ini mereka telah bersanding sekali lagi dengan lengkap berpakaian pengantin selepas 15 tahun melayari bahtera rumah tangga kerana mahukan foto perkahwinannya dalam keadaan menutup aurat.
Memetik Kosmo, Lisdawati mengakui terkilan apabila foto pernikahannya yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana ketika itu masih belum berhijab.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.
“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” katanya.
Menurut Lisdawati lagi, untuk persandingan mereka kali kedua ini dia memilih busana berona biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi serta majlis diadakan secara ringkas sahaja.
“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” katanya.
Ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang dibina selama 15 tahun, Lisdawati berkata dia dan suami turut melalui fasa pasang surut dalam perkahwinan.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.
“Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.
“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” katanya.
Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. Lisdawati turut mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...