Cuaca panas tak menentu, boleh menjadi penyebab kesihatan terjejas. Paling tidak, tekak akan terasa perit dan tidak selesa.
Berkongsi usaha untuk melegakan kesakitan, doktor ini pesan untuk buatkan larutan yang diajarkan ini.
Jom semak.
Aduh, tiba-tiba anak start batuk-batuk dan selsema. Siap asyik mengadu tekak tak selesa. Makan pun dah mula kurang selera.
Walaupun mungkin tak berapa teruk, tapi lumrah mak ayah tetap akan rasa susah hati dan bimbang.
Nak bawa keluar ke klinik, satu hal pulak. Risau jugak takut anak ter expose pada pesakit lain yang ada penyakit yang lebih teruk. Nak ke farmasi pun hati duk risaukan benda yang sama.
Haa, mungkin kalian boleh usahakan rawatan yang ini dulu di rumah.
Pergi ke dapur, dan kemudian siapkan larutan air garam.
Saya kongsikan pada kalian cara sediakan larutan air garam ni mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).
1. Masak air terlebih dulu. Air yang tak dimasak boleh jadi ada spesis Ameoba dalam tu, tak pasal-pasal dapat jangkitan penyakit lain pulak nanti.
2. Air yang dah dimasak tadi, masukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam. Biarkan ia terlarut dan kemudian berikan masa untuk ia menyejuk.
3. Rasa dulu. Jika terlalu masin, kalian boleh saja tambah air lagi.
Mudah je weh.
Untuk anak yang ada masalah selsema, ambil larutan air garam tadi lalu titiskan ke kedua-dua belah hidung. Air tu akan jadi agen untuk cairkan mukus pekat yang block saluran pernafasan.
Selain tu, yang bagusnya bila kita gunakan larutan air garam, sel tubuh akan manfaatkan klorida daripada garam untuk hasilkan hypoclorus acid.
Hypoclorus acid ni lah akan jadi cecair peluntur untuk musnahkan virus!
Itu bab selsema.
Sekiranya ada sekali gejala sakit tekak dan batuk, ajar anak supaya kumur dengan larutan air garam yang kita buat tu sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tak selesa.
Dah ada penyelidik yang buat kajian pasal larutan air garam ni sebenarnya. Dia orang jumpa banyak sangat faedah yang kita boleh dapat daripada kaedah yang ringkas begini.
Antaranya:
✅ Kita dapat kurangkan risiko penyebaran kuman dan virus pada orang lain
✅ Penyembuhan berlaku lebih pantas selalunya dalam tempoh kurang 2 hari
✅ Dapat elakkan penyalahgunaan antibiotik
✅ Kos lebih jimat dan juga dapat elakkan daripada terpaksa dapatkan rawatan di klinik atau hospital
✅ Risiko berlaku komplikasi serius seperti pneumonia pun jadi lebih rendah
Namun beringat ya, jika keadaan masih tak sembuh atau sakit berterusan walaupun dah usaha dengan cara ni, teruskanlah untuk bawa anak dapatkan pemeriksaan lanjut.
Semoga bermanfaat!
sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari