Tekak Rasa Gatal Dan Sakit, 5 Cara Buatkan Tekak Lebih Lega Selain Makan Ubat

Share

Sakit tekak yang disusuli dengan batuk berpanjangan buat kita rasa perit. Lebih-lebih lagi ditambah dengan suhu tubuh yang tinggi dan cuaca pula semakin panas berbahang. Keadaan ini buat kita rasa cukup tak selesa.

Sakit tekak kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan kuman atau jangkitan virus. Bakteria Beta-Hemolytic Streptococci atau singkatkannya GABHS adalah antara punca sakit tekak yang sering berlaku pada kita.

Selain ubat yang dibekalkan oleh doktor, sebenarnya anda boleh juga redakan serangan bakteria ini dengan beberapa petua semulajadi yang membantu meredakan. Rasa sedikit lega dari biasa. Jom cuba.

Air Asam Jawa
Ambil segenggam asam jawa dan bancuh dengan air. Biarkan dalam suhu bilik semalaman dan keesokkan paginya barulah diminum airnya. Rasa airnya yang sejuk ini buat tekak lebih lega dan makin pulih. Jom amalkan.

Air Garam
Campurkan air suam bersama sesudu garam dan kumur selama 15 saat. Lakukan kumuran air garam ini sebanyak tiga kali setiap hari. Air garam bertindak
meredakan bengkak di kawasan ini. Malah garam juga membantu mengeluarkan kahak-kahak yang tersangkut.

Bawang Putih
Makan bawang putih dan gigit isinya. Jika rasa tak mampu makan mentah, anda boleh membakar sekejap dan terus dimakan. Pastikan digigit supaya mengeluarkan allicinnya yang sangat baik untuk sakit tekak.

Madu
Madu juga antara penawar terbaik bagi mengatasi masalah sakit tekak ini. Anti radang dan antibakteria yang dimilikinya buat kawasan yang bengkak makin
dipulihkan. Bancuh madu dengan air suam atau panas dan amalkan setiap pagi. Selain baik untuk badan, sakit tekak pun hilang.

Lemon
Selain madu, lemon juga mengandungi nutrien semujadi yang bersifat antiradang dan antibakteria. Bahan utama lemon iaitu vitamin C juga dapat menguatkan
sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit. Minum segelas lemon panas dengan madu dan secubit garam. Amalkan dua kali sehari dan sakit tekak pasti
lebih reda.