Sakit tekak yang disusuli dengan batuk berpanjangan buat kita rasa perit. Lebih-lebih lagi ditambah dengan suhu tubuh yang tinggi dan cuaca pula semakin panas berbahang. Keadaan ini buat kita rasa cukup tak selesa.
Sakit tekak kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan kuman atau jangkitan virus. Bakteria Beta-Hemolytic Streptococci atau singkatkannya GABHS adalah antara punca sakit tekak yang sering berlaku pada kita.
Selain ubat yang dibekalkan oleh doktor, sebenarnya anda boleh juga redakan serangan bakteria ini dengan beberapa petua semulajadi yang membantu meredakan. Rasa sedikit lega dari biasa. Jom cuba.
Air Asam Jawa
Ambil segenggam asam jawa dan bancuh dengan air. Biarkan dalam suhu bilik semalaman dan keesokkan paginya barulah diminum airnya. Rasa airnya yang sejuk ini buat tekak lebih lega dan makin pulih. Jom amalkan.
Ads
Air Garam
Campurkan air suam bersama sesudu garam dan kumur selama 15 saat. Lakukan kumuran air garam ini sebanyak tiga kali setiap hari. Air garam bertindak
meredakan bengkak di kawasan ini. Malah garam juga membantu mengeluarkan kahak-kahak yang tersangkut.
Bawang Putih
Makan bawang putih dan gigit isinya. Jika rasa tak mampu makan mentah, anda boleh membakar sekejap dan terus dimakan. Pastikan digigit supaya mengeluarkan allicinnya yang sangat baik untuk sakit tekak.
Ads
Madu
Madu juga antara penawar terbaik bagi mengatasi masalah sakit tekak ini. Anti radang dan antibakteria yang dimilikinya buat kawasan yang bengkak makin
dipulihkan. Bancuh madu dengan air suam atau panas dan amalkan setiap pagi. Selain baik untuk badan, sakit tekak pun hilang.
Ads
Lemon
Selain madu, lemon juga mengandungi nutrien semujadi yang bersifat antiradang dan antibakteria. Bahan utama lemon iaitu vitamin C juga dapat menguatkan
sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit. Minum segelas lemon panas dengan madu dan secubit garam. Amalkan dua kali sehari dan sakit tekak pasti
lebih reda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanpa sedar, minyak angin sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan tubuh anda andai disalah gunakan.
Manakan tidak, sejak dahulu lagi kita sudah biasa dengan minyak angin. Sama ada sakit perut, pening kepala, loya dan sebagainya, pasti minyak angin yang akan dicari terlebih dahulu.
Bahkan ibu bapa kita sejak dahulu lagi suka bergantung kepada minyak angin berbanding ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jom baca perkongsian dari Dr Rushdan Noor berkenaan hal ini.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga2 ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yg sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Ketiga2 ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak2 (rujuk pautan di bawah). Ubat2 ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak2 dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing2 ada kesan sampingan yg tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam2 herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain2. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat2 yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga2 atau salah satu daripada ubat2 di atas, gunakan dengan berhati2 pd bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak2. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat2 yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.
DDr Rushdan Noor Medical Mythbusters Malaysia 30hb Jan 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kala ini, penularan covid-19 telah melonjak naik kepada 659 kes satu hari. Situasi yang membuatkan ramai yang semakin bimbang. Ketika ini juga ramai ibu bapa tidak membenarkan anak-anak hadir ke sekolah.
Walaupun pihak kerajaan tidak melaksanakan PKP, namun kita harus sentiasa mematuhi SOP elak jangkitan.
Bayangkan jika ramai yang dijangkiti dalam tempoh yang singkat, tentu banyak pesakit akan menjalani rawatan. Ketika ini sudah tentu para barisan hadapan seperti kakitangan perubatan bekerja dalam situasi yang mencabar.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang Dr mengenai situasi yang dialami oleh rakan beliau di Sabah.
Ikuti perkongsiannya.
Sesak nafas bila baca perkongsian dari rakan seperjuangan di hospital Sabah tentang kepayahan mereka menangani Covid. Saya tahu perasaannya kerana saya pernah berada di tempat yang sama beberapa bulan lepas. Penat, letih, pasrah, adakala rasa putus asa bagaikan tiada harapan. Shif 12 jam 6 hari berturut selama hampir 3 bulan bersarungkan PPE terasa hilang perasaan sebagai manusia. Hanya fikir nak survive; nak doffing PPE supaya boleh bernafas, berfikir, makan dan tidur. Itu saja. Cuma situasi kami waktu itu agak beruntung kerana ombak demi ombak pesakit Covid yang dijangkiti dapat diperlahankan kerana PKP dikuatkuasakan serta merta (walau terlambat 2 minggu). Tapi jumlah pesakit datang dalam keadaan tenat berkurang dalam masa sebulan.
Di Sabah dengarnya dah tenggelam dengan kedatangan ramai pesakit dalam keadaan tenat. Datang saja dah tahap 4 dan keatas. Seorang saja pesakit Covid tahap 5 yang dimasukkan ke ICU mengambil masa 2-6 minggu untuk di rawat di ICU. Lepas itu sambung lagi sebulan dua di wad biasa. Jadi turnover di ICU sebenarnya adalah sangat lama. Bagaimana jika ada pesakit Covid tenat lain yang memerlukan ICU? Nak hantar ke mana? Lainlah jika mereka datang pada tahap 1 dan 2. Cepat kami boleh rawat dan halang jangkitan daripada merebak menjadi tenat. Sebab itu bila positif saja kami pantau dan rawat. Bukan biarkan saja di rumah.
Nanti bukan saja pesakit tak perasan dah semakin tenat (hanya ambil masa 12-24 jam saja untuk melarat tanpa sedar), malah boleh jangkit pada ahli keluarga lain pula. Saya doakan rakan-rakan di Sabah kuat dan tabah. Buatlah sedaya yang mampu. Namun usah sampai gadaikan nyawa atau berkompromi dengan keselamatan tempat kerja. Nyawa anda lebih penting. Anda seorang boleh selamatkan beratus nyawa jadi jagalah diri sebaik mungkin.
Pada rakan lain, usahlah sebar berita palsu atau menormalisasikan wabak Covid ini. Saya dengar ada doktor yang tak pernah rawat Covid di hospital memandai-mandai kata Covid ini penyakit biasa. Ada pula yang kata usah risau; statistik Covid kita semuanya di penjara, takkan terkena kita.
Pedih hati bila staf perubatan sendiri memandang ringan dengan keterukan Covid. Anda tak merasa bergelumang dengan kahak Covid memanglah boleh gebang macam-macam. Cuba masuk ICU Covid dan buat aerosolised procedure selama berjam-jam tengok berani ke tidak, tahan ke tidak?
Kita perlu terus berwaspada namun tak perlu sampai panik. Difficult times don’t last. Take one day at a time. This too, shall pass. Stay safe everyone!
Istilah surirumah sering dipandang rendah sesetengah orang. Hakikatnya inilah kerja yang paling menguntungkan sebagai seorang ibu. Sepenuh masa ibu, 24 jam dapat membimbing anak-anak di depan mata. Satu bonus sebagai ibu.
Jadi jangan pernah rasa rendah diri atau tidak berbuat apa-apa. Anda sukses dan berjaya di sisi Allah. Dengarkan perkongsian motivasi dari Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira untuk motivasi semua.
Dua tahun pertama saya menjadi suri rumah, saya agak segan nak beritahu saya sebagai suri rumah.
Bukan tak suka dengan kerjaya sendiri, tapi takut dan tak betah mendengar kata-kata yang agak sinis berkenaan kerjaya suri rumah.
Seiring masa, saya mula berfikir, “Kalau aku segan dan tak rasa haibah dengan kerjaya sendiri, macam mana kita nak expect orang akan respect kerjaya kita? Sampai bila mahu hidup di atas lidah orang lain?
Sedangkan kita tahu kerjaya kita pun kerjaya yang murni dan berharga di sisi Allah ?,”
Suri rumah juga adalah kerjaya. Kerana kita juga berkerja. 24 jam lamanya.
Dan kita bertugas untuk mendidik, memenuhi keperluan dan menyayangi anak serta mengurus rumahtangga di saat suami mencari nafkah.
Andai ibu berkerjaya berbagi tugas dengan taska, playschool atau pengasuh sementara ibu tersebut melakukan fardhu kifayah, ibu suri rumah sepenuh masa melakukan tugas tersebut di rumah dengan tangan dan kudratnya.
Membentuk dari anak bangun sehingga anak tidur malamnya. Wahai ibu suri rumah sepenuh masa, jangan rasa rendah diri dan tidak ada kerja, yakinlah rezeki kerjaya ini memberi kita banyak masa untuk menumbuhkan anak-anak dan rumahtangga.
Kerja ini juga besar dan bermakna seperti kerjaya yang bergaji di luar sana.vSeandainya berpeluang dan mampu menjadi suri rumah sambil bekerja sambilan, alhamdulillah, rezeki kita di situ.
Andai kita seorang suri rumah sepenuh masa , mengurus rumahtangga semata-mata tanpa bekerja, nilai anda juga tidak akan berkurang, jangan down. Anda juga sedang berbakti.
Cuma yang menilai kita bukan bos, tapi Allah. Allah yang menilai semuanya. Janganlah merendah diri. Janganlah rasa tak berbuat apa-apa. Stay strong ya. 😊 Salam sayang juga buat ibu berkerjaya di siang hari, suri rumah di malam hari. ❤️
Wan Nur Syakira 8 tahun menjadi Suri rumah sepenuh masa
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...