Bulan puasa ni, pantang tengok air orang share kat sosial media mesti teringin nak cari! Itu baru tengok, belum lagi ke bazar. Kalau dah ada di bazar, nak membeli tu satu hal… Termenung dibuatnya! Bukan apa, pelbagai jenis airnya sampai buntu nak minum air apa untuk berbuka nanti.
Tak payah pening, tak payah pusing. Pergi je kedai beli bahan buat Laicikang ni. Mudah je rupanya cara nak buat. Sesuai pula tu kita puasa siang tu panas lit-lit, dengan dahaganya.. Bila dapat air ni, terus rasa sejuk je badan dan tekak. Tak percaya? Jom ikut cara yang diajar oleh superdad ni!
Resipi Air Laicikang
Baik kau save resipi ni. Tak lama dah nak puasa, boleh buat untuk berbuka nanti. Lagipun dah start panas sekarang ni, memang segar dan menyejukkan tau benda alah ni.
Jom kita tengok cara nak buat Laicikang.
Bahan-bahan untuk 4-5 orang:
1 helai daun pandan
1 sudu besar barli
10 biji kurma merah
1 genggam longan kering
1 keping gula melaka
2 sudu gula batu
2-3 sudu gula kundur
3 sudu lotus seed
1-2 ketul kembang semangkuk (white fungus)
1 sudu besar biji selasih
2-3 sudu kismis
1 genggam kacang shandong.
Ads
Cara-caranya :-
1. Rebus semua bahan kecuali kacang shandong dan kismis bersama daun pandan sehingga kembang. Tengok sampai barli kembang yer, dia tu lambat sikit. Kalau barli dah membesar dengan jayanya maka boleh tutup api.
2. Sejukkan dulu dan barulah masukkan kismis dan kacang shandong. Hidangkan di dalam mangkuk dan masukkan beberapa ketul ais.
Apa nak dimasak untuk menu makan malam ye. Asyik nasi je bosan juga kan. jom tukar sikit menu malam ni. Kita cuba buat Bihun Soto pula. yResipi ini sangat mudah, sedap dan pasti membuka selera makan suami dan anak-anak
Ini dia tip mudah untuk sediakan Bihun Soto Ini untuk Ibu-ibu. Yang penting adalah rasa kuahnya itu. Kalau kuahnya sedap maka bihun soto anda sememangnya akan sedap.
Tak caya jom cuba sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta. Jom ibu-ibu cuba nanti.
Cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga Garam dan sedikit gula
1 ketul kiub ayam.
Serbuk ketumbar & serbuk perencah sup lebih ya bergantung byk mana kuah yg nk di buat, agak agak kepekatan kuah..
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai – ketuk
Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai, lada putih, garam dan sedikit gula..
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – goreng tanpa minyak
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Begedil Ayam
Bihoon – celur
Kacang tanah – goreng
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sudah namanya peminat makanan bercitarasa pedas, mana mungkin akan berselera menikmati hidangan yang rasa lemak berkrim. Betul bukan? Jadi jom cuba sediakan Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti yang mampu menawan selera anda. Menyediakannya juga tidak rumit dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Kalau lalu di kawasan Food Court, dari jauh boleh bau kelazatan laksa yang menjadi tumpuan orang ramai apabila berada di Pusat Membeli Belah Aeon, kan? Bukan sahaja tergugat dengan keharumannya, malah kepekatan kuah laksa tu juga yang menjadi igauan semua orang.
Teringin nak makan, tapi mengenangkan musim PKP ni kena beratur panjang, terpaksa batalkan niat. Ehhh jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah dengan aroma dan rasa yang sama, resipi oleh Puan Sharifah Zuhaira ni!
Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nanges bucu meja punya . Suami aku yang x makan laksa pon makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.
RESEPI ALA-ALA LAKSA AEON
BAHAN – sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je) – pes asam pedas adabi – bawang besar – bawang holland setengah biji – asam keping – belacan – daun kesum – bunga kantan – bebola ikan – laksa basah
CARA MASAK
1. Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit) 2. Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir. 4. Last sekali buh bebola ikan. Petis udang terpulang nak buh ke x. Nak buh nenas pon boleh. Daun pudina pon boleh. Anak2 aku x makan jadi aku x buh. Olah ikut selera masing2. 5. Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.
Selamat mencuba .
#adabi #adabiconsumer
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.