
Sebelum ini rata-rata berteka teki dengan jantina anak kepada pelakon, Emma Maembong. Kebanyakan dari mereka meneka bahawa kepada aktress cantik itu bakal menimang cahaya mata perempuan tetapi tekaan mereka meleset apabila Emma baru-baru ini mengumumkan dirinya bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Emma sendiri di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, majlis itu juga dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat Emma yang turut berkongsi rasa teruja menantikan kedatangan cahaya mata kedua pasangan itu.
Sebelum ini, Emma telah berkongsi berita kehamilannya selepas memuat naik videonya memberi kejutan untuk suaminya, Shazli ketika membuat review produk.
Terdahulu, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 2.
Sumber : Instagram @emma_maembongofficial
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Masih Berlampin Dan Berputing Susu, Ibu Pergi Selamanya. Jiran Arwah Luah Simpati, Tak Sangka Ramai Prihatin.

Hidup ini penuh rintangan. Ada cabaran yang menanti. Ada duka yang datang tanpa diundang. Termasuk kehilangan orang tersayang.
Nyata bukan semua orang bertuah memilik keluarga yang harmoni dan selesa. Ada yang hidup seadanya dengan apa makan apa yang ada.
Realitinya ada dikalangan kita tanpa sedar. Namun Tuhan itu adil, setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.
Begitulah kisah duka sebuaha keluarga ini sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Sabri Mamat mengenai sebuah keluarga yang kehilangan tempat bergantung setelah kematian ibu tersayang. Yang tinggal hanyalah anak-anak yang masih kecil dahagakan kasih sayang seorang ibu.
Namun tuhan itu sebaik perancang, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang. Setelah kematian ibu kepada anak-anak ini pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga ini.
Begitulah kuasa viral. Namun jauh disudut hati anak-anak ini pastinya sebak kehilangan kasih sayang ibu.
Ibu Tunggal mati, tinggalkan anak kecil 4 org.
Jam 7 pagi td sedang saya kemaskan barang-barang anak sekolah.. Tiba-tiba sampai van jenazah di depan pagar rumah. Ade org meninggal ke? Bisik hati saya, pergi tanya.. Rupanya betul ada meninggal, ibu tunggal. Malam tadi jam 2 pagi tiba-tiba sesak nafas. Ambulan sampai, arwah sudah tiada.
Arwah meninggalkan, Anak Sulung perempuan 21tahun sudah berkahwin dan menetap di KL. Manakala empat lagi yg menetap bersama arwah.
16 tahun (P)
11 tahun (P) darjah 5
4 tahun (P)
2 tahun (L)
Anak-anak tidak tidur semalam, pagi beralaskan roti uruskan jenazah
Rupanya malam tadi mereka semua tidak dapat tidur..Pagi ni cuma beralaskan roti kerana sibuk uruskan jenazah.. Jadi pagi ni saya belikan sedikit sarapan buat mereka
Sekarang keluarga arwah menyewa di gelong gajah, kg bukit depu, tidak jauh dgn kedai keropok lekor tok molor, KT.
Terasa hiba hati ini, memikirkan Sekiranya ujian sebegini allah takdirkan kpd keluarga kita.. Tinggalkan anak2 kecil.. Bagaimana nasib mereka.. Allah.. Kuatkanlah keluarga ini..
Bagi siapa yang ingin hulurkan sumbangan, nnti saya cuba dapatkan no akaun bank keluarga arwah.
Upate terkini: Ramai hulur bantuan.
Dalam pada itu, menerusi facebook isteri Sabri Mamat, dimaklumkan perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Keluarga ini telah mendapat bantuan.

Sumber: Sabri Mamat
Makan Dalam Dulang Bonding Dengan Anak-Anak. Cara Ayah Ini Memang Win Didik Keluarganya!

Sebagai ibu bapa moden yang bekerjaya, masa berkualiti dengan anak-anak amat terhad. Sehinggakan anak-anak terabai. Mana taknya, pergi kerja awal pagi, hampir malam baru balik rumah. Nyata bonding dengan anak-anak amat kurang.
Pendekatan yang digunakan oleh ayah ini di laman facebooknya, Ahmad Affzan Abdullah
memang sungguh inspirasi. Hanya makan dalam dulang pun boleh mengerat bonding dengan anak-anak.

Anak aku taklah ramai sangat, 4 orang saja. Tapi macam mana pun makan dalam dulang ini hampir pasti dibuat setiap kali makan.
Jarang-jarang aku makan asing, melainkan bila ada yang sakit, tak nak menyebarkan kuman. Kalau tidak, beginilah kami makan hari-hari.
Aku mulakan amalan makan dalam dulang ini sejak di UK lagi. Ketika itu kami baru bertiga. Sekarang dah berenam, alhamdulillah masih boleh sendal lagi. Muat juga makan ramai-ramai.
Kau pernah baca saranan seorang artis yang kata suami isteri kalau gaduh pun jangan tidur asing-asing?
Samalah juga macam makan dalam dulang.
Ia merapatkan hubungan yang kadang-kadang ada terusik perasaan atau terkedu.
Anak-anak kadang-kadang tengah merajuk. Namun bila panggil makan, hilang merajuknya sebab perut pun dah lapar. Mau tak mau, kena makan sama-sama juga. Akhirnya senyum pun terukir.
Makan dalam dulang juga menggalakkan sikap bertolak ansur dan berlebih kurang. Kau tau bahagian nasi depan mata kau. Sama ada kau nak tolak pada orang keliling atau kau nak kaut lebih banyak.
Ini kau belajar waktu makan. Kalau nampak orang sebelah macam lapar lebih, kau tolaklah nasi sikit pada dia. Kalau ada yang susah nak habis, kau tolong habiskan.
Perkara mudah tapi banyak yang kau boleh guna dalam interaksi sesama manusia.
Bila makan ramai-ramai, macam-macam benda kau boleh bincang bersama. Waktu inilah kau boleh selitkan pelajaran dalam hidup pada anak-anak. Bagaimana menghargai rezeki, hidup muafakat dan lain-lain.
Tak adalah mata masing-masing ke TV waktu makan, atau buat hal sendiri. Kau nak tegur pun susah.
Inilah juga waktu “bonding” antara kau dengan anak-anak dan isteri. Anak-anak akan bercerita tentang aktiviti seharian mereka. Isteri pun ada gossip terkini. Kau pula buat lawak sikit-sikit lalu masing-masing tergelak.
Sedar tak sedar, habis satu dulang kau kerjakan. Perut kenyang, hati pun gembira.
Selain dari jimat lauk, pinggan pun tak payah basuh banyak-banyak. Sekali makan, basuh dulang itu sajalah. Ini kalau masing-masing makan tak sama timing, letih nak mengemas.
Ada juga orang kata kotorlah, tak hygienic. Yalah, kalau kau tak basuh tangan, kotorlah jadinya. Kau kena pastikanlah semua jaga kebersihan, potong kuku, gosok gigi. Yang sakit, kita bagi makan asing. Insya-Allah selamat semua tak sakit perut.
Aku cadangkan kalau ada masa, bolehlah cuba makan sama-sama dalam dulang. Banyak kebaikannya untuk kehidupan kau sekeluarga.
Selagi badan masing-masing masih muat nak duduk keliling tu, Insya-Allah aku akan teruskan amalan begini.
Mudah-mudahan dari aktiviti makan pun Tuhan turunkan rahmat dan ketenangan pada keluarga kita
Manakala perkongsian lain beliau seterusnya ada menyentuh mengenai cara lain bonding untuk dengan anak-anak
9 CARA JIMAT UNTUK BONDING DENGAN ANAK-ANAK
Zaman sekarang ini sungguh mencabar. Kita jadi ibu bapa kadang-kadang terlalu sibuk cari duit sebab nak sara hidup keluarga. Maka adakalanya terlepas pandang masa berkualiti dengan anak-anak.
Aku senaraikan beberapa aktiviti yang boleh kau lakukan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk bersembang dan bermesra dengan mereka.
1. Makan dalam dulang/talam
Ini aku pernah tulis dahulu (perkongsian di atas). Mungkin ramai yang tak biasa makan dalam dulang ini, tapi kau cubalah. Banyak kebaikan yang kau boleh dapat.
Waktu inilah kau boleh banyak selitkan nasihat-nasihat kehidupan. Tutup TV, semua mengadap nasi dan lauk di tengah.
Kau boleh cerita tentang baiknya Tuhan bagi rezeki. Kau boleh cerita tentang konsep bertolak ansur sesama ahli keluarga. Anak-anak boleh bercerita tentang aktiviti mereka seharian. Sedar-sedar nasi pun habis.
Kenyang dapat, bonding pun dapat. Insya-Allah keberkatan pun kau dapat.
Petikan yang disiarkan di laman facebooknya pada tahun lepas mengenai amalan makan dulang bersama anak.
2. Memasak
Memasak atau menyediakan makanan juga aktiviti bonding yang baik. Lagipun, memang hampir setiap hari kena masak, kan?
Kalau anak kau ramai, kau bahagi-bahagilah tugas. Ada yang potong sayur, ada potong bawang, ada gaul bahan, ada yang masukkan bahan dalam kuali.
Kalau aku, paling seronok waktu kami buat sandwic sama-sama. Sandwic ini memang antara kepakaran aku. Jadi anak-anak semua sangat teruja bila aku kata nak buat sandwic. Nanti aku kongsikan resipinya.
Masing-masing berebut nak sapu mentega atas rotilah, nak letak tomatolah, nak kapit rotilah.
Ia jadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan merapatkan hubungan dengan anak-anak.
.
.
3. Cuci kereta atau motor.
Kalau kau tak hantar kereta ke kedai, bolehlah kau cuci sendiri beramai-ramai dengan anak-anak.
Waktu aku kecil dulu, ini antara aktiviti yang aku suka buat dengan arwah Abah.
Kerja aku senang saja, Abah suruh aku cuci tayar, sebab kawasan yang tinggi-tinggi aku tak sampai. Lepas itu yang seronok sebab dapat main air waktu nak bilas.
Basah lencun tapi penuh dengan gelak ketawa. Penat pun tak terasa.
.
.
4. Buat hobi sama-sama.
Kenalpasti hobi anak kau, kemudian kau sama-samalah buat dengan dia, atau temankan dia waktu dia sedang beraktiviti itu.
Dulu anak aku minat main Gunpla atau Gundam. Alah, yang robot plastik main cantum-cantum tu. Aku pun sama-sama buat robot itu dengan dia. Dia gunting, aku cantum. Aku gunting, dia cantum.
Main lego pun begitu juga. Sama-sama cantumkan blok dan bina rumah contohnya. Bila siap, masing-masing rasa bangga sebab buat sama-sama.
Kalau hobi anak kau melukis, kau pun sama-samalah melukis dengan dia. Ataupun kau sokong aktiviti dia, contohnya bawa dia pergi jumpa pelukis, beri idea nak lukis apa, belikan buku-buku lukisan dan lain-lain.
Kau tunjuk minat yang sama dengan anak-anak, memang anak-anak akan hargai dan ingat sampai bila-bila.
.
.
5. Solat jemaah
Aktiviti pergi masjid dan surau juga salah satu aktiviti yang sangat baik untuk kau bermesra dengan anak-anak.
Waktu jalan kaki untuk sampai ke masjid itu, banyak benda kau boleh sembangkan. Fadilat solat berjemaah jangan ceritalah. Rapatkan saf itu antara sebab yang boleh menyatukan hati kau dengan anak-anak dan ahli jemaah yang lain.
Kalau tak dapat ke masjid, kau solat berjemaah di rumah. Dapat sehari satu waktu pun cukuplah sebagai permulaan. Ini aktiviti spiritual yang boleh merapatkan hubungan yang renggang insya-Allah.
6. Hantar dan ambil anak dari sekolah/kelas
Mungkin ramai yang tak berkesempatan buat aktiviti ini disebabkan kesibukan kerja dan ‘timing’ yang tak selaras. Namun jika ada kesempatan, kau cubalah usahakan
Benda ini nampak biasa saja, tapi waktu kau dalam kereta itulah masa untuk kau kenali anak kau dengan lebih rapat.
Kau tanya apa aktiviti dia hari itu, dia belajar apa, cikgu baik ke tidak. Anak-anak pun biasanya akan teruja untuk beritahu dia buat apa, kawan mana yang menangis, budak mana yang muntah, budak mana yang bawa duit bekal RM50 dan lain-lain.
Yang ibu bapa mahu begitulah. Anak-anak mesra dan bebas bercerita apa saja dengan kita. Maka masa hantar dan ambil dari sekolah itulah peluang untuk kau bersembang bagai nak rak dengan anak-anak. Jangan kau diam layan radio saja.
7. Majlis taalim
Majlis taalim ini biasanya aku buat sebelum tidur.
Kau bacakan buku-buku yang bermanfaat untuk anak-anak contohnya kisah para Nabi, sejarah hidup Nabi Muhammad, kisah para sahabat dan lain-lain.
Kalau kau ada ilmu lebih sikit, kau bacakan buku-buku hadis berkaitan adab dan akhlak, contohnya kitab Riyadhus Solihin, Hadith 40, Adabul Mufrad atau Fada’il A’mal.
Kemudian kau tutup dengan tadarus beramai-ramai. Dapat satu malam satu mukasurat Quran, jadilah.
Anak-anak aku paling suka kalau aku bacakan kisah para Nabi. Selalu jugalah mereka mendesak.
Sambil cerita itu, kau selitkan juga pengajaran dan kaitannya dengan kehidupan kita sekarang. Barulah anak-anak boleh faham dengan lebih jelas.
.
.
8. Berkebun
Kalau kau ada laman, gunalah laman yang ada itu untuk berkebun bersama anak-anak.
Benda mudah macam cabut rumput pun jadi satu aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya kau lumba siapa cabut rumput paling banyak ke, atau siapa dapat jumpa cacing ke.
Kemudian kau ajar anak-anak teknik tanam pokok. Macam mana nak pindahkan dari polybag ke tanah atau pasu, macam mana tabur benih, bila nak siram pokok.
Biar anak-anak kembali kepada ‘nature’. Pegang tanah, biar tangan kotor, keluar peluh jantan.
Lepas itu, kau beri dia seorang satu pokok untuk dijaga. Ini melatih anak-anak untuk rasa tanggungjawab dan cintakan alam sekitar juga. Bila pokok dah besar, kau boleh kata dengan bangga pada dia,
“Tengok, itu pokok yang awak tanam dulu, kan? Dah berbunga dah.”
Mesti anak-anak pun seronok.
.
.
9. Main masak-masak atau play pretend
Biasanya ini dibuat waktu anak kau masih kecil.
Kau buat khemah dalam rumah guna tali rapia dan selimut. Duduk dalam itu dengan anak, lepas itu guna periuk dari dapur, konon-kononnya tengah masak dalam hutan. Kertas-kertas yang diracik kononnya sayur dan lauk pauk.
Anak lelaki pula biasanya main lawan pedang atau tembak-tembak. Imaginasi anak lelaki aku biasanya begitulah. Anak lelaki orang lain, mungkin lain imaginasinya.
Kau pun pakailah topeng dan segala aksesori untuk masuk dalam dunia anak kau. Jadi budak-budak sekejap.
Jadi kawan mereka yang paling rapat, sebelum mereka mencari kawan-kawan yang lain.
================
.
.
Begitulah yang aku boleh kongsi setakat pengalaman aku membesarkan 4 orang anak.
Masing-masing lain kerenah dan karakternya. Namun biasanya bila buat aktiviti bonding ini, semuanya akan seronok dan boleh beraktiviti bersama-sama.
Cubalah di rumah. Mudah-mudahan hubungan kekeluargaan kau dengan pasangan dan anak-anak bertambah erat dan mesra setiap hari.
.
.
Ahmad Affzan Abdullah.
Pelukis Kaligrafi Eksklusif
Sumber: Ahmad Affzan Abdullah
Ini Empat Trik Buat Langsir Tutup Bawah Sinki Supaya Tahan Lama. Kos Hanya Bawah RM50 Aje. Jimat!

Rumah bagaikan syurga buat kita semua. Rumah yang kemas dan tersusun pastinya membuatkan kita berada tenang. Begitu juga dengan ruang memasak. Ia memainkan peranan penting untuk memasak dalam keadaan selesa. Ruang dapur yang cantik pastinya buat mood masak makin seronok. Jadi, dapur perlulah sentiasa kemas. Dengan ini, sudah pasti pentingnya menutup ruang yang buat mata tidak sedap pandang seperti ruang menyimpan barang di bawah dapur, singki dan para.
Bagaimanapun, untuk mencantikkan ruang dapur tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi. Jika boleh lakukan sendiri, lagi jimat. Begitu juga dengan pasangan ini. Mereka melakukan DIY sendiri penutup sinki dengan bajet yang rendah hanya mengunakan kain lapik meja untuk sinki. Biarpun tanpa pintu buatan yang mahal, hasil kerja yang dilakukan sendiri tetap puas kemas. Inspirasi!
Terdapat beberapa keping gambar telah dikongsikan oleh Erynn Sabri berkongsi cara untuk membuat kain langsir sinkir dengan menggunakan railing boleh adjust supaya tahan lama. Hasilnya menakjubkan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BEFORE
& AFTER
Kita D.I.Y sendiri je lagi senang , lagi-lagi time PKP ni banyak sangat masa terluang tak tahu nak buat apekan so better manfaatkan masa yang ade..
Sebelum tu sis share ape barang sis guna untuk cover area bawah sinki sebab tak suka terlopong jadi sakit mata.
4 TRIK KENA TAHU BUAT LANGSIR SINKI
Korang yang tak de budget banyak sangat boleh DIY cmni je senang..kemas & cantik
tak habis sampai RM50.
1 ) Curtain ( sis beli plastik lapik meja dekat kaison potong 2 – sis prefer plastik if kain bila basah akan berkulat / berbau )
2 ) Railling ( hardware / diy pon ade – beli yang adjustable so korang boleh panjang / pendekkan tak perlu dah nak potong-potong )
3 ) Hook pelekat ( hardware / diy – beli ikot berat ye sis pakai yang 3kg ( 2 pcs untuk kiri kanan )
4 ) Cangkuk (sis guna yang curtain toilet / korang boleh beli besi yg bulat janji boleh gantung curtain )
Tapi korang ukur dulu nak senang so baru boleh budget nk panjang atau pendekkan
Thanks to my husband yang always support ape wife dia nak.
Selamat mencuba.
Kredit: Erynn Sabri