Teh Tarik Kaw Sediakan Dari Dapur Sendiri, Sekali Buat Satu Famili Dapat Minum!

Share

Melihat itu, membuatkan kita tidak sabar rasanya untuk menghirup kesedapan rasa minuman teh tarik. Umumnya bila bercakap tentang minuman teh tarik ini, ia lebih sinonim dikaitkan
dengan air istimewa di warung-warung mahupun kedai makan mamak. Agak jarang untuk kita sediakan minuman teh tarik ini di rumah memandangkan rasa air yang dibancuh kurang kaw berbanding di gerai.

Sebenarnya ada rahsia untuk mendapatkan minuman teh tarik yang enak yang mana teknik bancuhannya juga berbeza daripada biasa. Nak tahu
lanjut, ini dikongsikan resipi dan cara penyediaannya oleh Nurdeanna Affendi.

Ini perkongsiannya:

Masak apa ni? Saya masak teh tarik untuk 10 orang..terima kasih yang bagi petua masak dalam periuk memang sedap
sangat,tarangkat,kawkaw..dan bubuh sikit garam memang lagi kik dan lemak gitu..kalah teh tarik mamak.

Resepi(agak-agak tau,jangan takut bubuh lebih sampai dapat rasa kaw yang diingini)

.

Teh Tarik Kaw

Air dalam 3 liter
Serbuk teh 5 sudu besar
Uncang teh 5 (guna cap 888 serbuk wangi)
Susu pekat 3 tin
Susu cair 1 tin
Garam halus 1 sudu kecil

Cara-caranya :
1. Panaskan air sampai menggelegak.

.

2. Masukkan teh dan kacau biar 5 minit.

.

3. Masukkan semua susu dan garam. Kacau lagi dan biar masak dalam 5 minit. Ok sambil tu rasalah ada yang tak cukup tambah lagi sampai
dapat rasa yang diingini.Siap

sumber : Nurdeanna Affendi via MAHN