Teh Masala, Minuman Herba Ni Bagus Untuk Bakar Lemak & Buang Angin. Kena Cuba!

Share

Menikmati secawan teh bersama keluarga diwaktu pagi tentu membuatkan waktu bersarapan menjadi  lebih sempurna.

Pun begitu, jika amalkan minum air teh Masala  yang dimasak bersama herba terpilih, tidak kurang hebatnya.

Malah menurut Linda Md Yusof, antara khasiat teh herba ini dikatakan mampu panaskan badan, buang angin, bakar lemak dan mengatasi masalah peredaran darah.

Untuk itu, jom kita ketahui resipi yang dikongsikan olehnya dan bolehlah diamalkan.

TEH MASALA

Bahan-bahan:
2 uncang teh @ 2 sudu besar serbuk teh
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 inci halia- ditumbuk lumat
1 sudu kecik buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Susu pekat manis secukup rasa
5 cawan air

Cara-caranya:
1.Didihkan air dalam periuk.
2.Masukkan teh, halia, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga.
3.Didihkan semua bahan selama 5 minit.
4.Tapiskan air dalam jug dan tambah susu pekat manis secukup rasa ( jangan manis-manis sangat nanti kena potong kaki hokey).
5.Sedia untuk dinikmati.

Sumber : Linda Md Yusof via MAHN