
Menikmati secawan teh bersama keluarga diwaktu pagi tentu membuatkan waktu bersarapan menjadi lebih sempurna.
Pun begitu, jika amalkan minum air teh Masala yang dimasak bersama herba terpilih, tidak kurang hebatnya.
Malah menurut Linda Md Yusof, antara khasiat teh herba ini dikatakan mampu panaskan badan, buang angin, bakar lemak dan mengatasi masalah peredaran darah.
Untuk itu, jom kita ketahui resipi yang dikongsikan olehnya dan bolehlah diamalkan.
TEH MASALA
Bahan-bahan:
2 uncang teh @ 2 sudu besar serbuk teh
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 inci halia- ditumbuk lumat
1 sudu kecik buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Susu pekat manis secukup rasa
5 cawan air
Cara-caranya:
1.Didihkan air dalam periuk.
2.Masukkan teh, halia, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga.
3.Didihkan semua bahan selama 5 minit.
4.Tapiskan air dalam jug dan tambah susu pekat manis secukup rasa ( jangan manis-manis sangat nanti kena potong kaki hokey).
5.Sedia untuk dinikmati.
Sumber : Linda Md Yusof via MAHN
Patutlah Viral Resipi Ayam Panggang Ni. Bukan Sahaja Nampak Sedap, Rupanya Cara Buat Pun Mudah Sangat. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Sepanjang bulan Ramadhan ini pasti yang membuatkan ibu-ibu pening apabila masuk dapur adalah menu yang bakal dimasak. Kalau hari biasa pun kadang kala mati kutu, inikan pula bulan istimewa ini.
Pasti mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk petang ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah. Resipi ini dikongsikan oleh Sitjua Jua.
Morning!
Sempena nak sambut ramadhan ni sy nak share resepi ayam panggang…tak perlu beli ayam golek kat bazar dah.
Bahan-bahan:
½ Bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar Black Pepper
1 Kiub pati ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..
3. Letakkan sesudu kicap.
4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.
5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit
6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!
Sumber: FB Sitjua Jua via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Ibu Bayi Tercomel Di Dunia Ini Kongsi Resipi Kek Batik Versi Mentua Kesayangannya. Wow Terlajak Mudah & Sedap!

Wankta ini pernah viral di media sosial apabila mengahwini lelaki berbangsa Rusia bernama Asadullah stumbrys . Lebih manis lagi, pasangan ini dikurniakan anak perempuan yang cukup comel sehingga dipilih sebagai antara bayi tercomel di dunia.
Apa tidaknya, bayi bernama Dhuha Sophea Stumbrys ini memiliki wajah seakan-akan anak patung. Ibunya Siti Safuraa Hamzah, anak kelahiran Terengganu ini rajin memuat naik gambar dan video berkenaan aktiviti anaknya di instagram miliknya.
Selain gambar dan video anaknya, Siti Safuraa juga turut berkongsi resipi. Baru-baru ini, beliau berkongsi resipi Kek Batik air tangan ibu mentuanya.
Untuk ibu-ibu yang nak mencuba, jom kita tengok resipi yang disediakan ini.
Assalamualaikum semua!!
Memandangkan esok kami dah nak pulang ke Sweden, jadi hari ini mak mertua sediakan kek batik kegemaran menantunya ni .
Pagi-pagi dah gigih mama dan dad sediakan bahan-bahan , jadi sempat saya rakam cara-cara membuat kek batik versi mertua kesayangan saya ni.
So here i will share with u guys!
Bahan
Roasted Walnut – di cincang kasar ( dalam segenggam )
Serbuk Coco – dalam 3 sudu besar ( takde dalam gambar bersama bahan-bahan tu, lupa nak letak sekali )
1 ketul butter – di sini seketul butter 200grm je. So kita kira dalam 200grm jelah ye.
3 bungkus biskut – boleh je pakai biskut marie, tp biskut ni memang sedap rasa nya lain sikit dari biskut marie, memandangkan saya tak rasa biskut ni ada kat Malaysia so guna jelah biskut marie kot kan? Huhu
1 tin susu pekat
Cara buat :
Biskut tu di patah patah kan . Tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Campurkan bersama walnut tadi . ( asingkan dalam satu bekas ). Campurkan susu pekat dan gaul sekata .
( masak )
Cairkan butter dalam periuk masak dengan api perlahan sehingga cair keseluruhannya. Masukkan serbuk coco dan sesudu kecil gula dan gaul sekata . Tutup api serta merta supaya tidak berketul (takut terlebih masak)
Seterusnya :
Masukkan biskut tadi ke dalam plastik / bekas dan mampatkan cantik-cantik ( seperti dalam video yang sy sediakan ) . Lepas tu bolehlah simpan dalam peti ais utk sejukkan dalam sejam dua.
Selamat mencuba!! Boleh rujuk video yang saya sediakan.
Sumber: FB Siti Safuraa Hamzah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Dah Start Makan Tak Boleh Berhenti, Rasanya Memang Padu. Wanita Ni Kongsi Resipi Biskut Nestum Dari Mak Mertua!

Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut raya berasaskan konflake atau pun nestum, boleh mencuba resipi yang satu ini. Menurut Aishah, resipi yang dikongsikan ini adalah merupakan resipi turut temurun dan sangat digemari ramai.
Bahkan menurutnya, dulu masa arwah opah (ayah mentua punya mak) ada, opah mesti suruh mak mentua buat biskut nestum ni, buat berbalang-balang. Pastu opah simpan bawah katil, siapa-siapa yang nak, kene jumpa opah dulu, dia bagi sorang satu je, punya nak jimat sebab tak nak habis cepat.
Jadi untuk yang ingin mencuba resipi ini, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.
Hari ni saya nak share resepi BISKUT NESTUM mak mentua saya.. biskut ni mesti ada tiap kali raya.. biskut ni orang dulu2 je kenal kot, orang sekarang tak tau la kenal ke tidak.. kalau sekali pandang, mesti orang akan ingat biskut kelapa.
Biskut ni pon ada cerita jugak.. dulu mase arwah opah (ayah mentua punya mak) ada, opah mesti suruh mak mentua buat biskut nestum ni, buat berbalang-balang, pastu opah simpan bawah katil, siapa-siapa yang nak, kene jumpa opah dulu, dia bagi sorang satu je, punya nak jimat sebab tak nak habis cepat…
Eh, biskut ni rasa dia unik tau, kalau dah start makan, mesti tak boleh berhenti.. siapa suka and pernah makan biskut ni? kalau yang belum rasa, meh sini saya kongsikan resepi BISKUT NESTUM ni…
Bahan-bahan:
1 kotak kecil cornflakes
1 tin kecil nestum
1 cawan penuh planta
6 sb madu
3/4 cup gula
*mesti guna cawan yang sama untuk sukatan.
*resepi ni untuk yang baru nak cuba buat..
selamat mencuba…
Cara Buat :
Ramas cornflakes sampai hancur, jangan telalu halus, nanti bile dah bakar, tak dapat tekstur rangup tu.
Ni hasil cornflakes setelah diramas.
Cornflakes yang telah dicampur dengan nestum.
Satukan planta, madu dan gula. Kacau sampai sebati je,bukan nak bagi hancur.. kacau guna senduk kayu ye, jangan pakai wire whisk macam saya.
Dah sebati, campurkan dalam nestum dan cornflakes tadi.
Lepastu, gaul dengan tangan sampai nestum tadi tak berderai dan basah-basah.. andai kata masih nampak bederai dan kering, boleh tambahkan planta dan gula.
Ok,ni cara nak letak dalam acuan. kena tekan sampai padat, kalau tak nanti bila keluarkan dari acuan, dia bederai..
Bakar pada suhu 180°c, selama 6minit, api atas bawah
yeayyy,siap dah…
~~serbuk2 yg jatuh2 tu boleh campur balik dalam bancuhan tadi, masukan balik je, boleh guna lagi.. kalau ade yang tak jadi pon, boleh campur juga dalam bancuhan tadi, gaul je balik.. takmembazir kan..
Ni yang dah siap susun dalam bekas.
Sumber : Aishah Hasan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club