Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Terpaling Sedap Macam Beli Kedai Mamak, Ini Cara Bancuhnya

Share

Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Terpaling Sedap Macam Beli Kedai Mamak, Ini Cara Bancuhnya

Teh ais, kopi ais, milo ais dan nescafe ais ikat tepi  beli di kedai mamak memang terpaling sedap. Bayangkan cuaca panas-panas lepas tu dapat pula ‘minuman ikat tepi’ ni tak dapat digambarkan kepuasannya.

Selain beli di kedai mamak, anda boleh je buay sendiri di rumah. Kiranya macam ala beli di kedai mamak. Siap ikat tepi lagi. Nah ini resipi cara buat teh ais, kopi ais, milo ais dan nescafe ais ikat tepi seperti yang dikongsikan oleh Miz Juejue.

RESIPI NESCAFE AIS, MILO AIS KAW, KOPI AIS KAW DAN TEH AIS

1. NESCAFE AIS KAW

BAHAN-BAHAN:
3 sudu teh Nescafe – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
1/2 gelas air – jangan banyak nanti tidak kaw
Sedikit susu cair – jika suka – beli online disini
Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Satukan kesemua bahan di dalam cawan. Kacau hingga larut.
2. Masukkan ais ke dalam plastik dan tuang bancuhan nescafe tadi.
3. Jika suka, boleh masukkan sedikit susu cair. Jika tidak, boleh abaikan.

2. MILO AIS KAW

BAHAN-BAHAN:
4 sudu milo – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
1/2 gelas air – jangan banyak nanti tidak kaw
Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Satukan kesemua bahan di dalam cawan. Kacau hingga larut.
2. Masukkan ais ke dalam plastik dan tuang bancuhan milo tadi.
3. Jika suka, boleh tambahkan susu cair atau susu segar. Nanti rasanya seakan susu kotak.
4. Jika nak buat Neslo, boleh tambah 2 sudu nescafe dan 3 sudu milo.

3. KOPI AIS KAW

BAHAN-BAHAN:
2-3 sudu serbuk kopi (empunya resipi guna serbuk kopi cap gantang) – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
Air panas secukupnya
Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Rendam serbuk kopi dalam air panas secukupnya hingga nampak pekat. Tapis.
2. Masukkan susu pekat manis ikut cita rasa masing-masing.
3. Jika kopi terlampau pekat, boleh tambah air suam.
4. Tambahkan susu cair jika suka.
5. Masukkan ais ke dalam plastic, tuang bancuhan kopi dan sedia untuk dinikmati.

4. TEH AIS KAW

BAHAN-BAHAN:
3 cawan air
3-4 sudu serbuk teh – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
3/4 sudu susu cair – beli online disini
Secubit garam – beli online disini
Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk treh. Biarkan mendidih seminit dua kemudian tapis (empunya resipi tapis guna penapis kain)
3. Tambahkan susu pekat manis, susu cair dan juga garam. Sebatikan. Jika mahu rasa lebih lemak, boleh lebihkan susu cair.
4. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Miz Juejue