Tegas Dalam Mendidik, Siti Sarah Praktis Denda Baca Zikir Jika Anak-Anak Buat Salah.

Share

Melihat pautan di laman instagramnya, nampak betapa penyanyi, Siti Sarah seorang ibu yang tegas. Malah, empunya diri mengakui sangat ‘strict’ dalam mendidik anak-anaknya.

Manakala Shuib pula lebih cool namun kedua-duanya setuju menggunakan pendekatan sedemikian. Pendekatan mendenda bila anak-anak buat salah adalah satu cara perlu dan memang dipraktikkan oleh Sarah.

“Saya menggunakan pendekatan denda baca zikir itu sebenarnya ilham dari sekolah anak saya. Waktu itu, anak saya balik dan bercerita ada ustaz denda baca zikir. Jadi, saya terfikir apa salahnya kalau praktik benda yang sama di rumah.

“Dengan keadaan sekarang ini yang cukup besar cabarannya, memang patut aada peraturan untuk. Sebagai ibu bapa kena bertindak sewajarnya dan jika anak buat salah kena hukum. Biar mereka  menangis sekarang dari kemudian hari.

“Pernah sebelum ini saya mendenda anak dan menghukum tapi dia masih buat kesalahan yang sama. Jadi saya letakkan di luar rumah. Dia menangis dan saya yang berada dalam rumah yang terasa ‘sakit’. Tapi demi nak mengajar dia, jadi saya tidak beralah.

“Saya kuatkan hati dan beroa moga Allah pinjamkan kekuatan untuk saya terus bertahan dan tidak lemah dengan tangisan anak. Bukan bermakna saya kejam tapi itu adalah untuk mendidik dia dan supaya dia faham dan tak buat salah yang sama lagi.

“Sementelah budak-budak sekarang sangat bijak. Tapi bukan bermakna mereka tak boleh bermanja. Kalau orang kenal saya, mereka tahu saya sangat penyayang tapi sangat tegas.

“Shuib pula jadi orang kedua yang bila saya dah tak boleh buat apa-apa dia akan datang untuk ‘buat sesuatu’. Anak-anak juga berbeza karekter, yang sulung memang pemalu, yang kedua pula biasa sahaja Cuma yang ketiga sangat mesra orangnya.

Hilang suara lepas bersalin

Pernah ‘hilang suara’ setiap kali lepas bersalin membuatka Sarah memilih untuk berehat seketika daripada menambah bilangan anak.

“waktu anak sulung tak ketara sangat, yang kedua memang sangat ketara dan yang ketiga hilang tapi Alhamdulillah dapat balik.  Lagipun sekarang saya kembali menyanyi dan ada bisnes, jadi biarlah tumpu pada kerjaya terlebih dahulu.