Tegangkan Yang Kendur Dengan Teh Mantap Ni, IsteriWajib Cuba Ni!

Share

Jika air halba baik fungsinya untuk dalaman suami isteri, air rendaman yang satu ini juga sama hebat fungsinya buat suami dan isteri.

Gabungan air halba bersama kurma sememangnya cukup berkhasiat.

Bukan hanya awet muda bahkan air dengan halba ini dikatakan baik untuk ibu menyusu kerana mampu memperbanyakkan susu ibu. Paling best, katanya air yang mengandungi halba juga berpotensi menegangkan apa jua yang kendur. Jadi isteri-isteri wajib ikut saranan yang dikongsikan Dr Malinda ini. Suami pula, nak isteri cantik hebat sila buatkan ya.


” First time saya minum masa ziarah rumah saudara tempoh hari. Serius sedap dan menyegarkan! Khasiat kurma dah tidak dapat disangkal lagi dan rasanya ramai dah tahu.

Berbeza dgn halba, biasanya kita gunakan sebagai masakan tetapi tak sangka pula bila direbus dengan kurma, rasanya seakan-akan air mata kucing. Memang sedap!

Saya kongsikan sikit kebaikan Halba ataupun Fenugreek yang telah terbukti melalu pelbagai kajian sains, antaranya 7 kebaikannya ialah :

1. Anti keradangan atau Anti-Inflammasi.

Inflammasi kronik adalah penyebab berlakunya banyak penyakit kronik seperti Kanser, Penyakit Jantung, Diabetes, Darah Tinggi, Arthritis dll.

2. Membantu sistem pencernaan – kembung dan ulser.

3. Mengurangan sembelit

4. Menurunkan paras kolestrol

 

Satu kajian di India mendapati pengambilan 2.5grm Halba, 2 kali sehari selama 3 bulan dapat membantu pesakit Diabetes menurunkan paras kolestrol jahat, LDL dan Trigeliserida tanpa mengurangkan jumlah kolestrol baik.

5. Meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal tahap gula dalam darah.

6. Baik untuk kesihatan lelaki – Improve libido dan masalah Erectile dysfunction.

7. Memperbanyakkan susu ibu. Ada juga kawan-kawan yang berkongsi pengalaman, minum halba ni membantu membesar dan menegangkan apa yang dah mula kendur ??

Simple je cara membuatnya:

Bahan-bahan:

1 sudu halba (Fenugreek)
7 biji kurma (saya prefer guna Kurma Mariami sebab tak manis, kalu tak just guna kurma biasa yang tak manis )
Air – setengah cerek

Caranya:
1. Masukkan air dalam cerek untuk merebus.

2. Masukkan halba dan kurma tadi.

3. Rebus sampai warna air kelihatan seperti teh.

4. Siap! Ambil airnya dan minum seperti teh biasa.

Anda tak perlu tambah gula sebab manisan dari kurma tu dah cukup. Minum 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.

– Dr Malinda

Selamat Mencuba!

Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy